Asas Candlestick

Candlestick berasal dari perkataan jepun yang bermaksud lilin dan ianya telah digunakan sejak abad ke-18. Candlestick ini sangat popular antara trader dan sehingga kini ianya masih digunakan termasuklah saya sendiri.

Hanya dengan melihat candlestick kita dapat melihat dan menjangkakan ke mana halatuju market.  Berikut saya kongsikan sedikit Asas Candlestick yang perlu anda tahu..tak perlu hafal yang penting anda faham…kalau hafal tapi tak faham tak memberi manfaat juga..betul ?

.

.

Perkara paling penting yang perlu anda faham adalah mengenai open, high, low, close candle (OHLC). Seringkali kita dengar OHLC, tapi adakah anda sebenarnya faham atau buat-buat faham?

.

Selepas membaca artikel ini, anda akan tahu samada anda tergolong dalam golongan yang faham atau golongan yang buat-buat faham.

.

Berdasarkan rajah di atas terdapat 2 candle body sama besar yang mempunyai shadow di bahagian atas dan bawah. Satu warna merah ( mewakili bear candle) dan satu lagi warna biru ( mewakili bull candle).

.

Menatang apa pulak bear dengan bull nie??…releks….teruskan membaca anda akan faham nanti orite.

.

Bear dalam bahasa melayu beruang manakala bull pula bermaksud lembu. Tingkah laku kedua-dua binatang ini sangat berkaitan dengan pergerakan market iaitu turun dan naik dan sering berlawanan antara satu dengan yang lain.

.

Beruang menyerang lawannya dan menerkam ke bawah seiring dengan pergerakan market yang bergerak ke bawah dan ianya di namakan bearish ( pergerakan menurun ).

.

Manakala lembu pula menyerang lawannya dengan menghalakan tanduk dari bawah kemudian menolak lawannya ke atas menggunakan tanduk seiring dengan pergerakan market yang bergerak dari bawah ke atas dan ianya dinamakan bullish ( pergerakan menaik ). Dah boleh faham dan nampak sikit-sikit ?…teruskan pembacaan..

.

Set dalam kepala bear itu down dan bull itu up. Jadikan ianya sesimple mungkin untuk memudahkan kefahaman anda. Pembentukan candle bear terjadi apabila price bergerak ke bawah dengan bermulanya harga pembukaan/open ( rujuk rajah ).

.

Kemudian price naik lalu membentuk high dan price berpatah balik ke bawah dalam beberapa ketika untuk membentuk low ( harga terendah ) dan seterusnya close di  bawah harga open untuk melengkapkan sebatang candle.

.

Manakala pembentukan candle bull pula adalah sebaliknya iaitu harga open bermula dari bawah, kemudian price turun membentuk low dan berpatah balik ke atas untuk membentuk high lalu close di atas harga open tadi. Perkara sebegini perlu dititikberatkan, sekiranya anda faham maka mudahlah bagi anda untuk mempelajari ilmu-ilmu yang lebih advance.

.

Cara membaca candlestick cukup mudah:

  • Open bermaksud harga pembukaan
  • Close bermaksud harga penutupan
  • Low bermaksud harga terendah
  • High bermaksud harga tertinggi

.

Paling penting adalah anda perlu mengetahui dengan jelas candlestick yang berada di depan anda sedang ingin menyampaikan pesanan apa kepada Anda mengenai market structure, kekuatan sebuah trend, pertarungan buyer dan seller dan kemungkinan pergerakan harga berikutnya.

.

Untuk mahir menggunakan candlestick Anda perlu memahami 3 elemen utama. Sebelum tu, jemput join dan lepak kat channel telegram Abang DI SINI

telegram channel - Synapse Trading

3 ELEMEN ITU ADALAH;

.

1# Bentuk Candlestick Itu Sendiri

Adakah anda melihat bentuk candlestick dengan body lebih pendek daripada ekornya atau adakah anda melihat body candlestick berada diantara dua ekor yang panjang?

Panjang ekor sebuah candlestick menunjukkan tekanan yang kuat pada pergerakan harga.

Candlestick dengan body kecil di ujung dan mempunyai ekor yang panjang memberi petanda bahawa, price akan melakukan reversal. Candlestck jenis anda akan jumpa dengan kerap di bahagian support dan juga resistance.

This image has an empty alt attribute; its file name is spinning-top-candlestick-pattern-1.png

Candlestick yang mempunyai body pendek dan berada di tengah-tengah antara dua ekor yang panjang seperti gambar di atas, memberikan petanda bahawa market sedang ragu-ragu untuk membuat keputusan. Baik Buyer maupun Seller

.

2# Ukuran Body Candlestick

Ukuran dari body candlestick membantu kita untuk mengetahui siapakah yang sedang mendominasikan market. Samada Buyer ataupun Saller.

Semakin besar/panjang body candlestick itu, maka semakin jelaslah siapa yang sedang mendominasikan market. Jika dilihat dari segi momentum yang kuat kebiasaannya, anda akan lihat candlestick body yang panjang dan ekor pendek.

.

OPEN REAL AKAUN TRADING DI SINI

BrokerLeverageMin. DepositIB CodeOpen Real Account
Image result for blackbullmarketsUP to 1:500200USDN/AImage result for REGISTER HERE
UP to 1:100010USD10014Image result for REGISTER HERE
Image result for fxprimusUP to 1:3000100USDN/AImage result for REGISTER HERE
Image result for gmiedgeUP to 1:200025USDGMP05839Image result for REGISTER HERE
Image result for fullertonmarketsUP to 1:500100USDN/AImage result for REGISTER HERE

Sebarang pertanyaan dan bantuan berkaitan pendaftaran real akaun trading, boleh ajukan melalui whats app ke no berikut 019-281 5242

3# Kedudukan Candlestick

Elemen terakhir adalah posisi candlestick itu sendiri terhadap trend sebuah harga. Adakah kedudukan candlestick yang muncul itu memberi petanda peluang untuk meneruskan trend atau melakukan reversal.

Berikut beberapa jenis bentuk dan kedudukan candlestick.

Anda tidak perlu menghafal semua bentuk-bentuk candlestick di atas. Anda cuma perlu belajar memahami apa mesej yang cuba disampaikan oleh candlestick tersebut.

Bagaimana Buyer dan juga Seller menekan harga, siapa yang mendominasikan market dan siapa yang tersingkir.

Setelah menghabiskan pembacaan, anda sendiri tahu jawapannya samada anda tergolong dalam golongan faham atau golongan buat-buat faham….jangan lupa share artikel ini pada kawan-kawan atau mereka yang memerlukan..

Ada sebarang pertanyaan, berita, info, ilmu atau teknik untuk dikongsikan secara PERCUMA ???..jangan segan silu pm admin Traderstylo…atau emailkan ke admin@traderstylo.com.

Anda juga boleh kongsikan pendapat, pandangan atau info pada ruangan komen di bawah.

12 Replies to “Asas Candlestick”

  1. Halo! Selamat Siang,

    Perkenalkan sebelumnya, saya Elfira, dari Department Kemitraan Instaforex Company.
    Kami ingin menawarkan kerjasama program afiliasi yang memungkinkan Anda mendapatkan $ 15-53 dari setiap lot pasar standar pelanggan Anda.
    Jika Anda tertarik, silahkan hubungi saya dan saya akan memberikan rincian.

    InstaForex memberikan semua mitra dengan peluang berikut:

    – SUB-IB Program – menarik mitra dan mendapatkan komisi dari klien sub IB anda;
    – jangkauan terluas materi promosi;
    – konten gratis untuk situs web Anda;
    – Statistik link referral canggih dalam Kabinet Mitra Anda;
    – website siap pakai bebas untuk kenyamanan Anda;
    – bonus kupon untuk mendorong pedagang;
    – kampanye – “$ 500 Afiliasi Reward!”;
    – hadiah untuk mitra: undian dari gadget mobile (iPad, iPhone, Blackberry, atau Samsung Galaxy Tab);
    – berbagai pilihan sistem pembayaran untuk account pengisian dan penarikan dana;
    – dukungan dan pendekatan individu untuk setiap mitra.

    Menjadi afiliasi sekarang dan mendapatkan materi informasi untuk situs web Anda dengan link afiliasi terintegrasi!
    Kami akan senang untuk membangun kerjasama yang saling menguntungkan dengan Anda.
    Terima kasih atas perhatian yang diberikan, jika ada pertanyaan atau sudah melakukan pendaftaran, silahkan hubungi saya kembali.

    Salam,
    Elfira

    Email:
    partners@mail4.instaforex.com

    1. Jamal Abdullah ( Naked Chart Trader ) says:

      wsalam…t.kasih atas pelawaan anda…buat masa sekarang sy tak berminat lg.. 🙂

  2. Assalammualaikum bos.. Boleh tak saya belajar lebih lanjut lagi tentang candlestick ni dari bos.. Sy ada ebook psl ni tapi bahasa english.. Kurang nak faham sbb terma2 dalam bahasa english yg buat saya susah nak faham psl candlestick ni.. Boleh tak bos ajar saya?

    1. Trader Stylo says:

      Wsalam..maaf lambat balas baru pasan msg..boleh aja tn 🙂

  3. Hassim Hamdan says:

    Assalammualaikum bos.. Boleh tak saya belajar lebih lanjut lagi tentang candlestick ni dari bos.. Sy ada ebook psl ni tapi bahasa english.. Kurang nak faham sbb terma2 dalam bahasa english yg buat saya susah nak faham psl candlestick ni.. Boleh tak bos ajar saya?

    1. Trader Stylo says:

      Wsalam..maaf lambat balas baru pasan msg..boleh aja tn 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *