
Forex merupakan sigkatan daripada perkataan “Foreign Exchange” yang bermaksud tukaran matawang asing.
Setiap negara mempunyai matawang dan nilai yang berlainan, ekoran daripada itu,maka timbullah urusan jual beli antara sebuah negara dengan negara yang lain.
.
Forex merupakan Pasaran Kewangan Terbesar di Dunia yang melibatkan transaksi kira-kira USD 5 Trillion sehari (RM 16,500,000,000,000)
.
Pasaran Forex dibuka 24 jam sehari dan 5 hari seminggu (Isnin – Jumaat).Pasaran Utama Forex bermula di Australia / New Zealand, di ikuti Pasaran Jepun dan kemudian Pasaran Euro/UK. Akhir sekali Us / Canada. Hari sabtu dan ahad merupakan hari market tutup.
.
FOREX juga telah menjadi alternatif yang paling popular kerana ROI (Return On Investment ) serta profit yang bakal di jana melebihi rata-rata perdagangan lain (biasanya rata-rata return berkisar lebih dari 5% – 10% per bulan, bahkan boleh mencapai lebih dari 100% perbulan untuk professional trader). Akibat pergerakan yang terlalu cepat, maka FOREX juga mempunyai risiko yang tinggi apabila anda tidak mempunyai pengetahuan yang cukup serta pengurusan kewangan yang baik.
.
MATAWANG YANG DI DAGANGKAN
.
Terdapat 8 matawang utama yang di dagangkan iaitu :-
.
NO | SINGKATAN | MAKSUD | NEGARA |
1. | USD | US DOLLAR | UNITED STATE |
2. | GBP | GREAT BRITAIN POUND | UNITED KINGDOM |
3. | EUR | EURO | EURO ZONE |
4. | NZD | NEW ZEALAND DOLLAR | NEW ZEALAND |
5. | AUD | AUSTRALIAN DOLLAR | AUSTRALIA |
6. | JPY | JAPANESE YEN | JAPAN |
7. | CHF | SWISS FRANCE | SWITHZERLAND |
8. | CAD | CANADIAN DOLLAR | CANADA |
.
Matawang ini didagangkan dalam bentuk pasangan (pair ) dan pair ini terdiri daripada base dan qoute. Base berada sebelah kiri dan qoute berada sebelah kanan. Contoh GBP/USD. GBP adalah base dan USD adalah qoute.
.
Dalam pair ini pula, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :-
- Major pair
- Minor pair
- Exotic pair
.
NO | MAJOR PAIR | CROSS PAIR | CROSS PAIR | EXOTIC PAIR | LAIN-LAIN |
1. | EUR/USD | GBP/JPY | EUR/CHF | USD/SEK | AUD/CHF |
2. | GBP/USD | EUR/JPY | EUR/GBP | USD/SGD | CAD/CHF |
3. | USD/CAD | CAD/JPY | GBP/CHF | USD/HKD | NZD/CHF |
4. | USD/CHF | AUD/JPY | GBP/AUD | USD/NOK | NZD/CAD |
5. | USD/JPY | NZD/JPY | GBP/NZD | USD/MXN | AUD/CAD |
6. | AUD/USD | CHF/JPY | GBP/CHF | USD/DKK | AUD/NZD |
7. | NZD/USD | EUR/NZD | USD/ZAR | ||
8. | EUR/CAD | USD/THB | |||
9. | EUR/AUD |
.
Semoga posting ini membantu bagi mereka yang memerlukan
.
1 thought on “Apa Itu Forex Trading”