infografik spread dalam forex
infografik spread dalam forex

Dalam dunia forex trading, kita biasa dengar istilah “spread”, tapi ramai sebenarnya tak faham betul-betul apa benda spread ni, dan kenapa ia penting gila bila kita trade.

Kalau korang pernah rasa pelik kenapa entry terus merah walaupun baru masuk, haa… besar kemungkinan sebab spread ni la. Artikel ni akan bantu korang faham dengan mudah dan paling penting – macam mana nak kenal broker yang ‘makan senyap-senyap’ dari spread.

Apa Itu Spread Dalam Forex?

Secara ringkas, spread ialah perbezaan antara harga bid (jual) dan harga ask (beli)**** sesuatu pasangan mata wang.

Contoh:

EUR/USD:

  • Bid: 1.1050
  • Ask: 1.1052
    ➡️ Spread = 2 pips

Bila korang tekan “buy”, korang akan beli pada harga 1.1052 dan kalau terus close, korang akan jual semula pada harga 1.1050 – rugi 2 pips terus!

Kenapa Spread Wujud?

Broker forex bukan badan kebajikan. Spread ialah “kos servis” yang dikenakan broker setiap kali korang buat urus niaga.

Dalam erti kata lain, spread ni macam:

  • Caj tersembunyi
  • Komisen broker
  • Kos ‘masuk pintu’ market

Jenis Spread: Fixed vs Floating

Fixed Spread

  • Tetap, tak berubah walaupun market tengah volatile.
  • Sesuai untuk scalper & trader modal kecil.
  • Biasanya digunakan oleh broker market maker.

Floating Spread

  • Berubah-ubah ikut keadaan market.
  • Bila news keluar, spread boleh jadi sangat besar!
  • Biasanya digunakan oleh broker ECN/STP.

Contoh:

  • Spread biasa: 1.0 pip
  • Masa news FOMC: boleh naik 5-10 pips!

Untuk faham risiko tersembunyi lain dalam trading, korang boleh baca artikel ni — Margin Call dan Stop Out: Punca Akaun Habis Tanpa Sedar

Perbezaan Spread Setiap Pair Forex

Tak semua pair forex ada spread yang sama. Biasanya, major pair macam EUR/USD, GBP/USD ada spread yang paling rendah. Tapi kalau korang trade exotic pair macam USD/MXN atau USD/TRY, spread dia boleh jadi luar biasa besar.

Contoh purata spread :

  • EUR/USD – 0.6 hingga 1.5 pip
  • GBP/JPY – 2.0 hingga 4.0 pip
  • USD/ZAR – boleh cecah 10–20 pip!

Jadi, kalau korang trade pair pelik-pelik, jangan terkejut kalau entry terus floating merah besar. Spread besar = lebih tekanan nak capai breakeven.

Bagaimana Spread Boleh ‘Makan’ Profit Korang

Kalau korang scalping untuk ambil 5–10 pips je satu trade, dan spread broker 2–3 pips, korang sebenarnya bagi lebih 30% profit kat broker!

Senang cerita:

  • Spread besar = trade jadi berat
  • Spread kecil = lebih ruang untuk untung

Ciri Broker Yang ‘Curi’ Melalui Spread

Nak tahu broker tu telus atau tak? Perhatikan perkara ni:

  1. Spread tak masuk akal besar – contohnya 5–6 pips untuk EURUSD.
  2. Spread berubah gila-gila masa news – broker sengaja besarkan spread.
  3. Tiada info rasmi pasal spread di laman web.
  4. Slippage kerap + spread tak konsisten

Kalau semua ni berlaku, korang kena fikir dua kali untuk kekal dengan broker tu.

Adakah Spread Boleh Jadi Sumber Keuntungan Broker?

Jawapannya: YA.

Broker (terutamanya jenis Market Maker) buat duit dari spread. Lagi besar spread, lagi banyak “komisen senyap” yang dia collect dari setiap trader. Broker jenis ini biasanya tak hantar order korang ke liquidity provider sebenar — maksudnya, mereka jadi lawan kepada trade korang.

Kalau korang rugi, mereka untung.

Sebab tu broker jenis ni suka bagi spread besar, kadang-kadang sembunyi info sebenar pasal spread, execution delay, dan slippage. Sebagai trader saya hanya boleh bagi nasihat sila berhati-hati..

Spread Kecil Tak Semestinya Bagus Kalau Ada Komisen Tinggi

Ada broker offer spread rendah, tapi caj komisen $7 – $10 per lot. Jadi jumlah kos sebenar (spread + komisen) tetap tinggi.

Tips:

  • ECN broker : Spread rendah, tapi ada komisen
  • Market Maker: Spread tetap, tiada komisen, tapi mungkin ada manipulation

Macam Mana Nak Semak Spread?

  1. Guna Akaun Demo – buka MetaTrader 4/5, semak pair popular (EURUSD, GBPUSD, XAUUSD).
  2. Guna laman rasmi broker – cari bahagian Spreads.
  3. Bandingkan antara broker – jangan terus daftar tanpa buat perbandingan.

Contoh Kiraan Spread vs Profit

Contoh:

  • Buy EURUSD dengan spread 2 pips
  • TP target: 10 pips
  • Kos spread: 2 pips
  • Untung bersih: 8 pips je!

Kalau lot besar (contoh 1.00 lot), beza 2 pips = $20. Tu kalau lot besar…kalau lot kecil taklah terasa sangat..

Tips Pilih Broker Dengan Spread Terbaik

✅ Pilih broker ECN/STP kalau nak spread rendah & real market
✅ Cek dulu review trader lain, forum trader, ForexFactory atau TrustPilot
✅ Elak broker yang tak tunjuk spread atau selalu ubah spread
✅ Gunakan akaun demo untuk uji sendiri sebelum deposit

Kenapa Spread Penting Untuk Jangka Panjang

Ramai trader baru anggap spread ni hal kecil je — tapi sebenarnya, bila dah masuk 100–200 trade sebulan, kos spread boleh jadi ratusan ringgit! Kalau korang scalper, atau trade pair yang spread besar macam gold (XAUUSD), spread boleh makan modal tanpa korang sedar.

Contohnya:

  • 2 pips spread x 100 trade = 200 pips
  • Kalau 1 lot standard = $2,000+ hilang dari spread je!

Jadi kalau korang betul-betul serius nak konsisten dalam forex, spread ni kena jadi kawan baik, bukan musuh dalam diam.

Spread vs Slippage: Ramai Trader Salah Faham

SpreadSlippage
Kos tetap (antara bid & ask)Perbezaan antara harga order & harga sebenar bila order executed
Diketahui awalBerlaku masa news atau market laju
Boleh dikawal (pilih broker rendah spread)Susah nak elak, tapi boleh minimumkan

Jadi kalau korang masuk trade dan kena harga pelik dari yang korang klik, itu bukan spread — itu slippage.

Adakah Zero Spread Betul-Betul Zero?

Ramai broker sekarang iklankan “zero spread account” — tapi betul ke takde spread langsung?

Jawapannya: Tak semestinya.

Broker mungkin iklankan spread 0.0 pip, tapi tetap:

  • Caj komisen $7–$10 setiap lot
  • Ada markup masa news
  • Tetap floating disebabkan delay server

Jadi sebelum korang percaya 100% dengan “zero spread”, pastikan buat backtest, guna demo account, dan perhatikan execution sebenar.

Mana yang bagus itu alhamdulillah..

Kesimpulan: Spread Tu Kecil Tapi Memberi Kesan Besar

Spread ni mungkin nampak kecik – 1 pip, 2 pip je. Tapi kalau korang trade hari-hari, entry banyak, lot besar… spread ni boleh jadi penyebab utama korang rugi pelan-pelan tanpa sedar kalau tak kena dengan cara..

Jadi sebelum jatuh cinta dengan bonus $100 broker atau design website yang cantik, tengok dulu spread dia! Jangan bagi peluang broker “curi senyap-senyap”.

Untuk memahami dengan lebih lanjut, korang boleh rujuk Investopedia – Forex Spread dan BabyPips Guide.

Tapi Kalau Korang Tanya Saya

Saya tak berapa kisah tentang spread sebab saya bukan scalper. Paling penting bagi saya adalah urusan withdraw mudah dan tak banyak cengkadak…

Brokerpun cari makan dan kita sama-sama cari makan. Tak ada satu pun broker yang sempurna. Yang pasti masing-masing ada kekurangan dan kelebihan.

Nak saya cerita bab spread nie, boleh sampai 3-4 eposide. Tapi saya rasa sudah cukup setakat ini untuk korang faham tentang spread.

error: Content is protected !!