Pengguna Neteller Wajib Baca

pengguna-neteller-wajib-baca

.

Baru-baru ini kita digemparkan dengan khabar angin yang mengatakan pihak neteller tidak lagi mahu berurusan dengan client dari Malaysia. Mesti ramai terkesima dan terkejut disebabkan khabar angin tersebut. Mana taknya ramai trader-trader menggunakan khidmat mereka. Setelah bertahun-tahun lamanya, terdetik satu persoalan pada mida saya iaitu, adakah neteller akan jadi seperti liberty reverse suatu hari nanti??… Banyak persoalan-persoalan yang timbul. Disebabkan itu saya mula membuat research, mencari bahan rujukan, bahan bacaan, dan meneliti satu persatu ayat yang saya dapat melalui email dari neteller…

.

Boleh rujuk gambar di bawah:-

.

nett-1

.

Bagi yang kurang jelas dengan gambar di atas, boleh rujuk ayat kat bawah

” we regret inform you that as of 25 november 2016, we will nolonger offer the Net+Prepaid Mastercard service in your country. You will not be able to use card but your NETELLER Account remains fully functional and your balance is unaffected. You can withdraw funds from your NETELLER Account to your bank account or send money to any other NETELLER user or online business accepting NETELLER”

.

Sekali baca dan sekali imbas memang berderau jantung beb…saya sendiri terkejut, sebab saya juga merupakan pengguna neteller..ayat nie yang buat suspen

“we will nolonger offer the Net+Prepaid Mastercard service in your country. You will not be able to use” .

.

Betul tak?…kalau English power sekali baca memang dah faham. Tapi ramai trader malaysia nie memang fail english termasuklah saya ( ayat tak nak ketinggalan jg ­čśŤ ). Baik ngaku….hahahaha

.

Bila saya baca satu persatu dan teliti, baca bolehlah..tapi sebut tu memang bergulung lidah taw…saya perhatikan ayat …..

.

” You will not be able to use card but your NETELLER Account remains fully functional and your balance is unaffected “

.

Ayat tu anda boleh jumpa dalam gambar di bawah yang telah saya petakkan bewarna biru dan merah. Saya percaya bila tulis macam nie masih ramai lagi yang tak faham..betull???…baik ngaku jangan tipu….memang itulah realitinya trader malaysia..

nett-2

.

Next step sayapon tanyalah Master The Legend Of Forex Trader Mr Google. Tanyalah apapun mesti dia jawab, kalau tak caya cubalah buat apa yang saya buat k. ­čÖé

.

Bila saya tanya┬áMaster The Legend Of Forex Trader Mr Google, dia pon jawab macam nie…ayat nie saya dah susun untuk memudahkan anda faham…

.

” pihak kami tidak lagi menawarkan perkhidmatan kad neteller di negara anda. Anda tidak boleh menggunakan kad tersebut. Tetapi akaun neteller anda boleh digunakan seperti sediakala dan baki akaun tidak akan terjejas. Anda boleh keluarkan baki ke dalam akaun bank anda atau transfer ke pengguna neteller lain dan melakukan urusniaga online yang menerima kaedah pembayaran neteller”.

.

Setelah┬áThe Legend Of Forex Trader Mr Google jawab, sayapun lega…maknanya…akaun neteller boleh digunakan seperti sediakala..cuma kadje tak boleh digunakan..

.

Neteller nie berdaftar dengan FCA…bila berdaftar dengan FCA, segala tindak tanduk mereka akan diperhatikan. Mereka tidak boleh melakukan sesuatu perkara secara sesuka hati. Kebarangkalian penipuan dari pihak mereka sangat tipis. Sebab tu saya masih menggunakan neteller sehingga sekarang. Cuma yang tak syoknya bila kad tak ada, tak boleh cucuk kat mesin atm dan kena melalui bank tempatan. Segala tindak tanduk yang melibatkan transaksi besar akan mudah dihidu oleh pihak pemungut cukai.

.

Seandainya kad tersebut tidak lagi boleh digunakan, anda boleh rujuk exchanger yang menyediakan khidmat jual beli neteller. Ianya bukanlah satu masalah besar dan jika anda nak juga yang ada master card, saya suggestkan boleh register skrill, perfect money @ fasapay.

.

Moga posting ini memberi manfaat pada semua

4 Replies to “Pengguna Neteller Wajib Baca”

  1. azimmahamad says:

    Hati-hati jika depo acc forex menggunakan netteller,
    Jika anda depo acc menggunakan debit card ke acc netteller dan depo dr netteller ke acc forex,masalah akan timbul bila hendak withdrawal acc forex, broker akan withdrawal jumlah modal ke acc debit@kredit card.walaupun depo guna acc netteller.netteller byk masalah selepas 25nov2016

    1. Jamal Abdullah ( Naked Chart Trader ) says:

      betul tu…option transfer terus ke bank mmg tak ok..proses akan jd lambat…baik guna option local netteler atau direct keluar dari mesin atm..tapi sekarang option guna local je yg boleh digunapakai ­čÖé

  2. hye..sy nak tanye mcm mne nak verify alamat klau kite x da utiliti bil atas nama kite..ape yg perlu sy buat untuk verify alamat..

  3. Antara cara deposit Olymp Trade yang paling aku suka , guna Neteller. Cepat masuk duit dan cepat dapat duit masa withdraw. Ramai org kata susah susah ..tp seb aku baik kot…takde pulak ada masalah masa guna cara ni .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *