Strategi Perdagangan

Teknik Forex Simple Dengan Bands, Stochastic, Candlestick

Antara topik hangat dalam dunia dan arena Forex trading adalah teknik forex. Bermacam-macam teknik kita dengar samada secara online ataupun offline. Samada trader baru atau trader lama soalan berkaitan tentang teknik tak akan pernah lekang .

Ramai beranggapan teknik forex ini adalah faktor terbesar (profitable) untuk berjaya. Mungkin ada betulnya dan mungkin ada juga yang tak betul. Bagi yang trade pure base pada Money Managment dan Displin, ianya tidak mencukupi. Kebarangkalian untuk berjaya agak tipis. Itu pada pengalaman sendiri.

.

Mengapa Perlukan Teknik Untuk Berjaya

.

Teknik forex ini agak penting kerana ia antara faktor penyumbang kepada kejayaan trading anda. Sebab itu setiap teknik yang dipelajari perlu buat backtest terlebih dahulu untuk melihat sejauh mana kefahaman dan keberkesanannya. Selebihnya bergantung pada ketahanan psikologi anda untuk menunggu setup.

.

Terdapat banyak teknik forex yang ada. semua teknik boleh diguna pakai. Persoalannya adalah sejauh mana kefahaman kita terhadap sesuatu teknik itu. Adakah sekadar cukup-cukup makan (hangat-hangat tahi ayam), ala kadar, atau anda faham sepenuhnya.

.

Antara teknik yang pernah saya belajar adalah teknik price action, teknik naked chart, teknik supply & demand, candlestick pattern, teknik pucuk akar, teknik pullback, teknik ew, teknik csr100, teknik tbst, teknik bbma, teknik moving average, teknik rsi, dan bermacam-macam lagi teknik yang ada. Walaupun 1001 teknik ada tetapi matlamat dia cuma satu iaitu untuk mendapatkan profit.

.

Dan pada hari ini saya ingin kongsikan teknik forex terbaik dan simple. Tapi tidak bermakna teknik ini 100% holy grail. Anda sendiri boleh cuba dan paling penting perlu backtest terlebih dahulu untuk meningkatkan kefahaman.

.

Teknik ini sebenarnya daripada seorang hamba Allah yang tidak mahu dikenali dan meminta untuk memanjangkan amal jariah ini untuk dikongsikan. Teknik ini juga adalah teknik yang beliau gunakan untuk melakukan urusniaga. Anda boleh cuba dahulu, jangan terus melatah, dan sebaiknya praktikkan seadanya ok

Teknik ini adalah gabungan dari Bands, Stochastic dan juga Candlestick. Jangan lupa kongsi pada kawan-kawan dan jangan lupa juga share feedback anda pada saya ok ataupun tak ok. Tanpa melengahkan masa sila refer panduan di bawah untuk rujukan anda

  1. Setting boleh refer gambar yg saya attachkan..
  2. Cara gunakan seperti dalam gambar
  3. Jangan percaya,tapi cubala dulu..
  4. Kongsikan pada kawan-kawan yg memerlukan
  5. Jangan lupa like & share sekiranya ianya bermanfaat untuk anda & orang lain

.

Itu saja perkongsian untuk hari ini. Saya berharap melalui posting teknik ini dapat menjadi batu loncatan untuk anda dan menjimatkan masa untuk mencari teknik yang sesuai. Semoga posting ini bermanfaat untuk semua.

.

Dan satu lagi bagi anda yang berminat untuk belajar lebih mendalam tentang teknik forex yang simple from zero A-Z dengan harga mampu milik anda boleh klikĀ  DI SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *