Perkongsian

Mulakan Trading Anda & Jangan Terlalu Banyak Berfikir

Bila terlalu banyak berfikir (Overthinking), ianya merupakan satu bentuk ‘racun’ mental yang jika dibiarkan, boleh memakan diri dan secara drastik akan mengubah cara berfikir, tingkah laku dan keperibadian anda. Tidak perlu dikatakan, tabiat negatif ini boleh membawa kesan buruk dalam mana-mana bidang samada kerja, peribadi (hubungan), sekolah dan terutama dalam perdagangan.

Seperti yang anda tahu, seorang forex trader yang berjaya adalah mereka tidak memikirkan terlalu jauh ke depan tentang semua kemungkinan yang bakal terjadi . Perniagaan Forex Trading bukan permainan “catur” seperti kebanyakan orang fikirkan yang mana ianya perlukan perancangan yang begitu teliti. Ia tidak akan meningkatkan kemungkinan kejayaan anda dengan hanya overthinking.

Kemahiran menjalankan perniagaan forex trading datang apabila anda mempunyai alat yang sesuai untuk menganalisis dan memahami pasaran serta hanya perlukan pemikiran yang betul bagi membolehkan mereka kekal “dalam pasaran” dan tidak berfikir terlalu banyak (overthinking).

Sebelum tu jemput tuan2 dan puan2 masuk ke channel telegram traderstylo dengan klik DISINI

Channel ini bertujuan untuk memberikan hebahan sekiranya terdapat apa-apa perkongsian, tips ataupon analisa.


Apakah yang dimaksudkan dengan Berfikir terlalu banyak atau “overthinking” dalam perdagangan Forex Trading dan bagaimana ia mempengaruhi anda?

Overthinking kelihatan seperti topik yang agak luas dan agak kabur jadi penting untuk menentukan apa itu Overthinking atau berfikir terlalu banyak supaya anda tahu jika anda sedang melakukannya, anda boleh mengambil tindakan untuk menghentikannya dengan segera.

Kita semua tahu bahawa jika seseorang “overthinking”, mereka akan berfikir terlalu banyak tentang sesuatu perkara, dari mana ia bermula hinggalah ke titik di mana ia memberi kesan negatif kepada mereka. Disebabkan overthinking ini, menyebabkan mereka takut untuk bermula. Perkara-perkara berikut menggariskan beberapa contoh dan sebab-sebab Overthinking.

  • Takut Kehilangan Wang

Rata-rata forex trader berfikir takut untuk “kehilangan wang”. Kerana kebanyakan daripada mereka yang mana bagi mereka itulah satu-satunya modal yang ada dan dengan modal tersebut itu jugalah satu-satunya harapan utama mereka. Mereka terlalu berharap dan tabiat sebegini biasanya akan berakhir dengan mengalami Total LOSS atau dengan perkataan popularnya adalah MC.

  • Tidak Yakin Dengan Strategi erdagangan Sendiri

Apabila anda overthinking, anda akan mula meragui strategi perdagangan atau teknik forex sendiri. Anda akan mula berfikir seperti “mungkin strategi atau teknik forex saya ini tidak berkesan” atau “mungkin saya harus menambah beberapa indikator ke dalam chart mt4” dan sebagainya. Tabiat sebegini akan sangat merosakkan.

Tidak mempercayai strategi perdagangan anda adalah hasil daripada overthinking dan bukannya “percaya pada proses”. Hanya kerana anda mengalami loss berturut-turut, tidak bermakna anda harus meninggalkan strategi perdagangan atau teknik forex anda dan mencari teknik forex yang baru.

  • Menganggap Forex Trading Seperti Permainan Catur

Ramai, forex trader berfikir bahawa mereka boleh “mengalahkan” atau “mengabaikan” trend pasaran dengan melakukan lebih banyak penyelidikan atau pembelajaran sistem perdagangan (teknik forex) baru yang terkini. Walau bagaimanapun, ini tidak dapat lari dari kebenaran. Pasaran Forex Trading akan melakukan apa yang mereka mahu, tanpa mengira berapa kali anda menghabiskan membaca laporan ekonomi atau mempelajari kaedah perdagangan baru. Malangnya, perdagangan forex trading ini bukanlah permainan catur yang boleh menjadi lebih baik dengan hanya berfikir lama. Ya, anda MESTI melakukan kajian awal dan dapatkan beberapa latihan untuk mempelajari kaedah dan strategi perdagangan yang berkesan, tetapi apabila anda mempelajari terlalu banyak kaedah dan anda mempunyai rutin perdagangan mingguan dan harian untuk membuat kajian, ada masa tambahan untuk “meneliti “” Menganalisis “atau” cuba meramalkan apa yang bakal akan berlaku seterusnya adalah sia-sia.

  • Time Frame Yang Kecil Akan Menyebabkan Overthinking

Apa yang pasti apabila anda trade forex dengan menggunakan time frame yang kecil anda akan seperti seolah-olah berada dalam “kesesakan lalu lintas”. Sebab utama yang pasti apabila anda melalukan perdagangan forex trading dengan menggunakan time frame yang besar adalah kerana ia akan memudahkan analisis anda dan melancarkan semua tindakan anda berbanding menggunakan time frame yang kecil. Penggunaan time frame kecil ini akan menyebabkan anda overthinking kerana anda sentiasa berteka-teki dan menggalakkan anda untuk meramalkan apa yang bakal akan terjadi.

  • Sentiasa Memeriksa News

Sekiranya anda mengikuti saya, anda tahu bahawa secara amnya saya tidak suka ambil tahu mengenai news kecuali news yang berimpak besar, kerana saya merasakan price action sudah cukup untuk mencerminkan semua pembolehubah yang penting dalam pasaran forex trading dan jika anda sentiasa memeriksa news ia menyebabkan over-trade.

Bagaimana Untuk Hentikan Overthinking dan Mulakan Trade?

Sekarang anda telahpun tahu apa itu overthinking dan bagaimana ia memberi kesan negatif kepada perdagangan forex trading anda, berikut adalah beberapa penyelesaian yang mudah untuk mengatasi tabiat overthinking ini:

  • Trade Apa Yang Anda Lihat dan Bukan Apa Yang Anda Fikirkan

Trade dengan apa yang anda lihat bukan seperti apa yang anda fikirkan dan cuba meramal apa yang bakal akan berlaku. Ramai dikalangan forex trader trade dengan apa yang mereka fikirkan. Mereka sentiasa bermain dengan teka-teki dan cuba menjadi hero dan cuba untuk menjadi hebat. Tapi hakikatnya indah khabar dari rupa sebenar.

Trust the proses dan percaya pada strategi perdagangan forex trading anda sendiri. Pegang kata-kata hikmat nie ” Trade dengan apa yang anda nampak, bukanya trade dengan apa yang anda fikirkan”

  • Abaikan News

Seperti apa yang saya katakan hanya dengan menggunakan price action, akan memudahkan anda untuk melihat pergerakan harga. Bukan setakat price action, anda juga boleh gunakan teknik forex yang bersesuaian dengan diri anda. Apabila anda kerap melihat news dan ambil tahu kesemuanya. Tindakan itu akan membuatkan anda lari dari strategy asal. News ini akan membuatkan anda lari dari FOKUS asal. Nasihat saya abaikan NEWS-NEWS yang tidak penting kecuali news yang berimpak besar.

  • Buat Trading Plan

Bagi mengatasi masalah overthinking ini, jalan terbaik adalah buat trading plan. Trading Plan ini merangkumi strategi perdagangan anda atau anda buat trading plan untuk teknik forex yang telah anda pelajari sebelum ini. Tak kisah teknik apapun yang anda belajar. Apa yang penting adalah sejauh mana kefahaman anda terhadap sesuatu teknik itu. banyak yang anda boleh pelajari daripada trading plan tersebut.

  • Practise dan amalkan tabiat “set and forget”

Mungkin anda tidak suka dengan statment atau kenyataan ini. Tetapi inilah yang terbaik untuk anda sebenarnya. Tujuan mengamalkan set & forget ini adalah untuk mengelakkan anda dari overtrade dan overthinking yang membuatkan anda sentiasa berteka-teki tanpa disedari. Mungkin juga ramai yang berkata, semua itu boleh diuruskan masing-masing ada SOP..

Ya betul saya tak nafikan, tapi sejauh manakah mereka-mereka ini mengamalkan SOP mereka 100% seperti apa yang mereka gembar gemburkan. Saya berani jamin, ramai dikalangan kita mempunyai strategi yang baik. Tetapi masalah utama kebanyakkan forex trader kita adalah tidak mengikut SOP yang telah dibuat. Punca utama adalah disebabkan Over thinking.

  • Hapuskan Ketakutan Dengan Mengawal Apa Yang Boleh & Lepaskan Apa Yang Anda Tak Boleh Kawal

Sama seperti anda tidak dapat mengawal orang lain yang mempunyai pemikiran negatif yang teruk dalam kebanyakan kes. bagitu juga dalam Pasaran Forex Trading, anda sama sekali tidak dapat mengawalnya. Tetapi anda boleh cuba ikut apa yang pasaran ingin lakukan. Jika anda cuba mengawal pasaran dan bertindak seperti hero, anda sangat berisiko tinggi kehilangan keseluruhan modal. Cara terbaik adalah cuba ikut apa yang pasaran ingin lakukan.

Selain itu, anda juga boleh mengawal risiko dengan penetapan lot sebaiknya. Fikirkan berapakah jumlah kerugian yang anda sanggup tanggung dan bukannya fikirkan untung dahulu. Risiko ini anda boleh kawal dari pelbagai sudut samada penggunaan lot, stop loss ataupun dari segi risk reward ratio. Apabila anda mengamalkan dan biasakan diri dengan konsep ini, secara tak langsung ia akan mengelakkan anda dari over thinking

  • Stick Dan Fokus Dengan Trading Anda

Apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah tentang displin diri anda sendiri. Sebenarnya ramai dikalangan forex trader kita bukannya mereka tak boleh trade. Melalui pengalaman saya berkalobirasi bersama trader-trader lama. Mereka ini sangat advance dan masing-masing mempunyai strategi sendiri. Yang membuatkan mereka hancur adalah tidak mempunyai Displin.

Bagi saya, displin tak ada, semuanya akan hancur. Sebaik sahaja anda memasuki pasaran, perkara seharusnya anda lakukan adalah tinggalkan untuk beberapa ketika dan elakkan daripada kerap melihat entry anda. Anda akan tergoda dengan lenggang lenggok candlestick dan pergerakan harga itu sendiri untuk mengubah posisi sedia ada. Tabiat sebegini akan menjerumuskan anda kepada teknik harapan atau lebih tepatnya GAMBLING.

Kesimpulan

Apa yang dapat saya simpulkan adalah, untuk mengelakkan anda daripada overthinking anda perlu menjaga kesemua element. Bukan Elementor Boboboy kuasa 5. Element yang saya maksudkan adalah mental, emosi dan juga psikology.

Forex trading adalah sangat sukar dan tidak sesuai bagi semua orang. Kerana anda akan menghadapi godaan yang berterusan. Godaan yang membuatkan anda mengubah haluan asal. Hanya mereka yang berhati kental mampu menghadapinya. Dan bagi anda yang baru ingin mencebuarkan diri dalam bidang forex trading ini. Anda perlu bersedia untuk kehilangan wang yang banyak untuk melalui proses pembelajaran.

Sangat jarang kita dengar forex trader yang berjaya hanya LOSS sedikit. Setiap kejayaan yang kita dengar pasti ada kisah disebaliknya. Hakikat yang perlu kita terima adalah 95% adalah loser trader dan hanya 5% sahaja winner trader. Kerana 95% itu tak sanggup buat apa yang 5% itu buat

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian ini. Sila komen apa pula pandangan anda dan kongsikan posting ini sekiranya anda merasakan ianya bermanfaat

.

Yang Ikhlas

Jamal Abdullah

(Owner Traderstylo)





Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *