Forex trading, atau perdagangan mata wang asing, merupakan salah satu bentuk pelaburan yang semakin popular di seluruh dunia. Walaupun begitu, berjaya dalam perdagangan Forex memerlukan pengetahuan, kesabaran, dan strategi yang baik. Bagi mereka yang baru mahu memulakan perniagaan Forex trading, berikut adalah lima tip penting untuk membantu anda memulakan perjalanan anda.

1. Fahami Apa Yang Dimaksudkan Dengan Forex Trading.

Ini adalah perkara yang sebetulnya anda lakukan sebelum memulakan urusniaga. Boleh dikatakan orang baru yang ingin menjadi forex trader akan mencari jalan short cut untuk menjadi advance sekelip mata.

Bila ditanya apa itu forex trading, sepatah kata mereka tak mampu untuk memberikan jawapan. Nampak seperti remeh temeh, tapi itulah yang kebanyakan trader selalu abaikan. Bila anda faham apa yang dimaksudkan maka mudah untuk anda melangkah ke pembelajaran seterusnya.

2. Berikan Sebab Kenapa Anda Memilih Forex Trading??

Anda perlu sediakan alasan kenapa anda memilih perniagaan forex trading sedangkan perniagaan ini sangat berisiko tinggi berbanding perniagaan lain.

Mesti anda ada sebab tersendiri yang menyebabkan anda melangkahkan kaki untuk mengambil keputusan menjadi forex trader.

Saya bagi 1 contoh mudah, anda nak dapatkan pendapatan tambahan tanpa perlu bekerja sebagai pekerja sambilan di kedai makan, restoran atau pasar malam yang amat memenatkan.

3. Peralatan Yang Digunakan

Peralatan di sini merujuk kepada benda yang anda gunakan untuk berurus niaga dan bukannya alatan seperti cangkul, pisau, tukul dan gergaji yang tidak berkaitan.

Peralatan yang anda perlu ada untuk melakukan urusniaga adalah pc atau laptop atau smartfon dan ada sambungan internet. Untuk trader baru saya lebih galakkan guna pc atau laptop sebab chart nampak lebih clear.

4. Fahami dahulu fungsi asas meta trader 4

Rata-rata trader baru memandang ringan tentang perkara ini. Mereka hanya tahu tekan button sell dan buy.

Mereka tak faham apa kegunaan limit order dan stop order, mereka tak faham apa fungsi cross hair, mereka tak faham apa kegunaan bar chart, apa kegunaan line chart dan apa kegunaan candlestick chart.

Mereka cuma tahu tekan button buy dan sell sahaja. Sebaiknya cuba fahami apa kegunaan dan kemudahan yang disediakan dalam meta trader 4.

5. Belajar Cara Trade Untuk Dapatkan Profit

Untuk belajar trade ianya memerlukan masa. Tak semestinya belajar hari nie esok terus pandai tahap advance atau dewataraya.

Anda boleh belajar dan pilih teknik ikut keselesaan dan kesesuaian dengan jiwa.

Anda perlu belajar bagaimana untuk minimakan risiko. Semuanya bergantung pada diri dan kemampuan anda.


Kesimpulan

Ingatlah, tiada jaminan keuntungan dalam perdagangan Forex dan ia memerlukan usaha dan masa yang serius.

Jadi, mulakan dengan berhati-hati dan selalu melakukan due diligence sebelum membuat keputusan perdagangan.

Ada sebarang pertanyaan, berita, info, ilmu atau teknik untuk dikongsikan secara PERCUMA ???..jangan segan silu pm admin Traderstylo…atau emailkan ke admin@traderstylo.com.

.

Anda juga boleh kongsikan pendapat, pandangan atau info pada ruangan komen di bawah.

4 thoughts on “5 Tips Memulakan Perniagaan Forex Trading I Tips Untuk Orang Baru”
    1. Jamal Abdullah ( Naked Chart Trader ) says:

      tq bos 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Contact Us

error: Content is protected !!
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
  • More Networks
Copy link
Powered by Social Snap