Dalam dunia forex trading, ‘slippage’ merujuk kepada perbezaan antara harga yang anda inginkan untuk suatu transaksi dan harga di mana transaksi itu sebenarnya dilakukan.

Slippage biasanya berlaku apabila volatile market yang tinggi atau perubahan harga berlaku dengan cepat.

Pernah tak bila entry harga yang anda beli berbeza dari harga yang nak di beli?

.

Pernah tak dah set stop loss tapi sekali hint stop loss point jauh berbeza?

.

Dan anda rasa tertipu, broker penipu, broker sengaja main game??..

.

Sebenarnya anda yang tak tahu, sebenarnya anda yang tak faham..

..

Slippage adalah satu keadaan di mana order yang dibuat tersasar dari order yang dipesan.

.

Untuk lebih faham saya bagi satu contoh mudah, kita ambil pair GBPUSD, harga semasa adalah 1.2530.

.

Kemudian kita menjangkakan price akan terus naik dan terus set buy stop 15 pips dari harga semasa iaitu 1.2545.

.

Kemudian harga terus naik tapi order tadi diaktifkan pada harga 1.2555 dan bukannya 1.2545. Inilah yang dikatakan slippage.

.

Ada faham?..ada faham bagus..

Artikel Berkaitan

PENYEBAB SLIPPAGE BERLAKU?

Slippage dalam forex trading adalah fenomena yang lazim berlaku dan beberapa faktor berikut yang menyebabkan ia berlaku.

  1. Volatile Pasaran: Volatile pasaran adalah faktor utama yang menyebabkan slippage. Apabila pasaran sangat volatile, harga boleh berubah dengan sangat cepat dalam masa singkat. Ini bermakna harga di mana order yang anda buat akan berbeza daripada harga di mana anda awalnya menempatkan order.
  2. Berita Ekonomi dan Kewangan: Pengumuman ekonomi dan kewangan penting sering kali menghasilkan pergerakan harga yang besar dan cepat. Ini termasuk laporan ekonomi seperti kadar pengangguran, inflasi, dan keputusan kadar faedah oleh bank pusat. Jika berita tersebut menyebabkan perubahan besar dalam harga, slippage boleh berlaku.
  3. Order Market vs Pending Order: Jenis order yang anda gunakan juga boleh mempengaruhi slippage. Order market, yang diisi pada harga pasaran semasa, lebih mungkin mengalami slippage berbanding dengan limit order, di mana anda menetapkan harga tertentu untuk melakukan transaksi.
  4. Liquiditi atau Kecerunan Pasaran: Dalam pasaran yang kurang likuiditi, slippage boleh lebih kerap berlaku kerana kurangnya buyer dan seller untuk melaksanakan order pada harga yang diinginkan. Ini biasa berlaku pada market yang kurang popular atau dalam waktu perdagangan di luar jam perdagangan utama.
  5. Waktu Perdagangan: Slippage biasanya lebih kerap berlaku pada waktu perdagangan tertentu, seperti pada waktu open market atau pada waktu news penting diumumkan. Ini adalah kerana volatile pasaran biasanya lebih tinggi pada waktu-waktu ini.

.

Bila ada pengumuman besar dibuat, ianya akan memberi kesan pada market . Big news adalah pengumuman besar atau berita besar dan bukannya cakap besar.

.

Untuk tahu jadual big news anda boleh lawati www.forexfactory dan jika rajin boleh ke www.blomberg.com.

.

KESAN SLIPPAGE PADA TRADER

Slippage, mempunyai beberapa kesan penting pada trader, dan memahami kesan-kesan ini adalah kunci untuk pengurusan risiko yang berkesan.

  1. Kesan pada Keuntungan dan Kerugian: Slippage yang paling ketara mempengaruhi keuntungan dan kerugian trader. Contohnya, jika trader ingin membeli instrumen pada harga 1.3000 dan terdapat slippage, dia mungkin akhirnya membeli pada harga 1.3010. Jika trader kemudian menjual instrumen tersebut pada harga 1.3005, dia akan mengalami kerugian, walaupun harga jual lebih tinggi daripada harga beli yang diharapkan.
  2. Kesan pada Strategi Perdagangan: Slippage juga boleh mempengaruhi bagaimana strategi perdagangan berfungsi. Contohnya, jika seorang trader menggunakan strategi yang bergantung pada jenis order samada instant order atau stop order pada harga tertentu, slippage yang kerap berlaku boleh mengurangkan keberkesanan strategi tersebut.
  3. Kesan Psikologi: Slippage juga boleh mempengaruhi psikologi trader. Menghadapi slippage yang tidak dijangka boleh menyebabkan stres dan kekecewaan. Jika seorang trader kerap menghadapi slippage, ini boleh mengurangkan keyakinan mereka dan mungkin mempengaruhi keputusan perdagangan mereka.
  4. Stop Loss: Bagi trader yang gemar mempraktikkan stop loss senipis kulit bawang, akan sering terkena stop loss berbanding trader yang meletakkan di zon atau level area tertentu. Bila anda sudah agak lama dalam bidang ini, anda akan tahu yang mana lebih ideal dipraktikkan. Kedua-duanya boleh dipraktikkan, tiada betul atau salah namun ianya bergantung pada tahap kemahiran trader.
  5. Kesan pada Pengurusan Risiko: Slippage boleh menambahkan risiko yang tidak dijangka ke dalam perdagangan. Trader mungkin menetapkan ‘stop loss’ untuk mengurangkan kerugian, tetapi slippage boleh menyebabkan kerugian melebihi jumlah yang ditetapkan.

.

Walau bagaimanapun, ada cara untuk mengurangkan kesan slippage.

.

Salah satunya adalah dengan menggunakan pesanan ‘limit order’, yang membolehkan trader menentukan harga maksimum atau minimum yang mereka mahu lakukan transaksi.

.

Anda Juga Mungkin Berminat Dengan Artikel Berikut

Selain itu, memahami waktu di mana slippage lebih mungkin berlaku – seperti ketika berita ekonomi penting diumumkan – juga boleh membantu.

.

Secara keseluruhan, walaupun slippage adalah sebahagian daripada realiti perdagangan forex,

Namun ia boleh diurus dan diminimumkan melalui strategi dan pengurusan risiko yang baik.

Walaupun order yang diaktifkan berbeza dari harga yang diminta, ianya juga boleh memberi satu kelebihan kepada trader dalam memaksimumkan keuntungan.

.

Anda juga boleh kongsikan pendapat, pandangan atau info pada ruangan komen di bawah.

One thought on “Apa Itu Slippage”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Contact Us

error: Content is protected !!
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
  • More Networks
Copy link
Powered by Social Snap