Siapa Andrew Krieger

Andrew Krieger merupakan seorang graduan Universiti Wharton School of Business yang terletak di Pennsylvania. Andrew mempunyi ijazah di dalam bidang Bahasa Sankrit dan juga Falsafah. Sesuatu yang pelik bagi seorang trader bertaraf dunia yang tidak mempunyai ijazah khusus di dalam bidang ekonomi.

.

Andrew kemudianya bekerja sebagai seorang trader di sebuah bank terkenal pada era tersebut iaitu Salomon Brothers yang merupakan sebuah bank pelaburan yang penting berpengkalan di New York pada ketika itu.

.

Setelah beberapa lama bekerja di Salomon Brothers, Andrew Krieger telah berpindah ke bank yang lebih kecil iaitu Bankers Trust. Ketika di sini, beliau telah menununjukan prestasi yang begitu baik dengan menggunakan cara trading yang agresif.

.

Hanya 6 bulan di sana, dia telah diberi peluang untuk menggunakan modal yang besar bagi menjalankan trading bagi pihak bank. Andrew menggunakan teknik trading yang agresif di dalam setiap trading yang dilakukanya. Dengan kepakaran yang dimilikinya, ianya telah memberi keyakinan yang tinggi kepadanya.

.

Pada 1980-an, kebanyakan trader yang menjalankan trading untuk institusi kewangan diberi had limit sebanyak $50 juta setiap seorang. Berlainan dengan Andrew Krieger yang mana pihak Bankers Trust telah memberi kepercayaan yang tinggi yang mana pihak bank telah memberi had limit sebanyak $700 juta kepadanya.

.

PERISTIWA BLACK MONDAY

Kegawatan ekonomi bukanlah perkara yang asing, kerana ianya merupakan kitaran yang berlaku setiap 10-12 tahun. Pad tahun 1987 pula, ekonomi meleset dipercayai disebabkan oleh sistem trading saham yang dikawal oleh komputer telah melakukan transaksi tanpa kawalan.

.

Ini menyebabkan sesetengah saham dijual dengan jumlah yang banyak dan mengejut, sehingga menimbulkan panik dikalangan pelabur terutamanya pelabur jangka pendek. Peristiwa ini dikenali sebagai Black Monday yang berlaku pada hari Isnin 19 Oktober 1987.

This image has an empty alt attribute; its file name is Andrew-Krieger-Pelabur-Yang-Membuat-Keuntungan-Sebanyak-300-Juta-Ketika-Peristiwa-Black-Monday-1987-2-700x399.jpg

Walaupun ramai pelabur telah kehilangan duit pelaburan mereka pada Black Monday ini, seorang pelabur yang kurang dikenali berjaya membuat keuntungan luarbiasa.

.

Andrew telah membuat short-selling terhadap mata wang New Zealand yang pada ketika itu mata wang tersebut saja baru didagangkan di dalam dunia Forex (Menggunakan dollar sebagai tambatan pada 4 Mac 1985).

.

Seorang pelabur yang dikenali sebagai Andrew Krieger telah melakukan pertaruhan terhadap mata wang New Zealand dan berjaya mendapat keuntungan sebanyak $300 juta.

Pada peristiwa Black Monday 1987 di mana kebanyakan pelabur Wall Street mengalami panik akibat Indeks Dow Jones telah jatuh lebih daripada 20% dalam masa sehari, iaitu jatuh sebanyak 508 mata.

.

Ramai pelabur yang panik telah menjual hampir kesemua saham mereka tetapi bagi Andrew Krieger, ia adalah peluang keemasan yang telah memberinya keuntungan yang besar.

.

Pada ketika itu, Andrew melakukan pertaruhan terhadap mata wang New Zealand yang pada pendapatnya, mata wang tersebut mempunyai nilai yang lebih kukuh berbanding Dolar Amerika Syarikat pada ketika itu.

.

Disebabkan tindakan itu, ianya telah memberi pulangan yang sangat memberangsakan dengan mengaut keuntungan sebanyak $300 juta.

.

Semua yang dilakukan oleh Andrew Krieger bukanlah merupakan tindakan yang tidak berilmu, sebaliknya ianya merupakan strategi yang telah lama dikaji dan menunggu masa yang sesuai. Selain itu, kawalan emosi juga sangat penting di dalam melakukan trading pada skala yang besar.

.

Trading yang dilakukan oleh Andrew Krieger ini berjaya kerana dia sememangnya mempunyai ilmu Fundamental Analysis yang cukup kuat. Kebanyakan trader pada hari ini kurang peka mengenai ilmu Fundamental Analysis dan hanya fokus kepada ilmu Technical Analysis.

.

Setahun selepas peristiwa tersebut iaitu pada tahun 1988, Andrew telah berhenti kerja daripada Bankers Trust dan membina kerjaya yang cemerlang dengan lagenda yang terkenal, iaitu George Soros.

.

KESIMPULAN

Pengarajan yang boleh diambil dari kisah ini adalah memastikan kita mempunyai ilmu sebelum membuat sebarang tindakan untuk melabur. Kita perlu tahu dan faham dengan pepatah, ‘High risk high return’. Kalau tak mampu nak menanggung kerugian yang besar, jangan mengambil risiko yang tinggi.

.

Artikel Lain

.

Sumber Rujukan

One thought on “Peristiwa Black Monday 1987, Pelabur Andrew Krieger Untung $300 Juta”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Contact Us

error: Content is protected !!
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
  • More Networks
Copy link
Powered by Social Snap