Perkongsian

5 Lagenda Forex Trader

Sebilangan besar Forex Trader mengelakkan diri dari menjadi perhatian. Pendek cerita mereka mengelak untuk menjadi terkenal. Namun beberapa individu ini menjadi perhatian atas sebab prestasi mereka dan mencatatkan keputusan yang luar biasa sepanjang berada dalam kerjaya.

Mereka mempunyai pengaruh yang besar dalam arena Forex Trading dan juga industri pelaburan. Individu-individu ini banyak memberikan panduan kepada trader-trader baru dan juga lama bagi yang ingin meningkatkan pendapatan.

Malah mereka juga telah menjadi contoh dengan mengambil kira risiko yang telah diteliti. Berikut senarai 5 Forex Trader yang bergelar jutawan.

.

1. BILL LIPSCHUTZ

Image result for BILL LIPSCHUTZ quote

Bill Lipschutz mula berniaga semasa menghadiri Cornell University pada akhir 1970-an. Pada ketika itu, dia berjaya grow akaun trading saham dari 12,000USD ke 250,000USD. Namun kemudian akaun tersebut menjadi total LOSS dan kehilangan keseluruhan modal akibat tersilap dalam membuat keputusan.

Namun Bill Lipschutz tidak berhenti setakat itu, dia berusaha keras dan sangat menekankan dalam Pengurusan Risiko. Pada tahun 1982, dia mula bekerja untuk Salmon Brothers ketika dia melanjutkan pelajaran di peringkat MBA.

Bill Lipschutz kemudian bertukar dipartment ke bahagian Pertukaran Asing Salmon yang baru diwujudkan ketika itu yang mana pasaran Forex Trading amat popular. Dia berjaya mendapatkan keuntungan bagi syarikat itu sebanyak 300 juta USD setahun pada 1985.

Bill Lipschutz juga menjadi trader utama bagi akaun Forex Trading paling besar dalam syarikat itu sehingga tahun 1990. Dia juga telah memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan bagi portfolio di Hathersage Pengurusan Modal sejak 1995.

.

2. ANDY KRIEGER

Image result for ANDY KRIEGER quote

Andrew Krieger, Pelabur Yang Membuat Keuntungan Sebanyak 300 Juta Ketika Peristiwa Black Monday 1987

Apabila orang lain panik dengan crash yang sedang berlaku, Andrew Krieger dengan penuh bergaya meraih keuntungan yang besar.

Andrew Krieger merupakan graduan Universiti Wharton School of Business yang terletak di Pennsylvania. Mempunyi ijazah dalam bidang Bahasa Sankrit dan juga Falsafah.

Kemudianya bekerja sebagai seorang trader di sebuah bank terkenal pada era tersebut iaitu Salomon Brothers yang merupakan sebuah bank pelaburan yang penting berpengkalan di New York pada ketika itu.

Setelah beberapa lama bekerja di Salomon Brothers, Andrew Krieger telah berpindah ke bank yang lebih kecil iaitu Bankers Trust. Ketika di sini, dia telah menununjukan prestasi yang begitu baik dengan menggunakan cara trading yang agresif.

Hanya 6 bulan di sana, Andrew telah diberi peluang untuk menggunakan modal yang besar bagi menjalankan trading bagi pihak bank. Andrew menggunakan teknik trading yang agresif di dalam setiap trading yang dilakukanya. Dengan kepakaran yang dimilikinya itu, ianya telah memberi keyakinan yang tinggi kepadanya.

Pada era 1980-an, kebanyakan trader yang menjalankan trading untuk institusi kewangan diberi had limit sebanyak $50 juta setiap seorang.

Berlainan dengan Andrew Krieger yang mana pihak Bankers Trust telah memberi kepercayaan yang tinggi dan pihak bank telah memberi had limit sebanyak $700 juta.

Pada peristiwa Black Monday 1987 di mana kebanyakan pelabur Wall Street mengalami panik akibat Indeks Dow Jones telah jatuh lebih daripada 20% dalam masa sehari, iaitu jatuh sebanyak 508 pips.

Ramai pelabur yang panik telah menjual hampir kesemua saham mereka tetapi bagi Andrew Krieger, ia adalah peluang keemasan yang telah memberinya keuntungan yang besar

Andrew melakukan pertaruhan terhadap mata wang New Zealand yang pada pendapatnya, mata wang tersebut mempunyai nilai yang lebih kukuh berbanding Dolar Amerika Syarikat pada ketika itu.

Disebabkan tindakan itu, ianya telah memberi pulangan yang sangat memberangsakan dengan mengaut keuntungan sebanyak $300 juta.

Semua yang dilakukan oleh Andrew Krieger bukanlah merupakan tindakan yang tidak berilmu, sebaliknya ianya merupakan strategi yang telah lama beliau kaji dan menunggu masa yang sesuai. Selain daripada itu, kawalan emosi juga sangat penting di dalam melakukan trading pada skala yang besar.

Setahun selepas peristiwa tersebut iaitu pada tahun 1988, beliau telah berhenti kerja daripada Bankers Trust dan membina kerjaya yang cemerlang dengan lagenda yang terkenal, iaitu George Soros.

.

OPEN REAL AKAUN TRADING DI SINI

BrokerLeverageMin. DepositIB CodeOpen Real Account
Image result for blackbullmarketsUP to 1:500200USDN/AImage result for REGISTER HERE
Image result for profittoltdUP to 1:100010USD10014Image result for REGISTER HERE
Image result for fxprimusUP to 1:3000100USDN/AImage result for REGISTER HERE
Image result for gmiedgeUP to 1:200025USDGMP05839Image result for REGISTER HERE
Image result for fullertonmarketsUP to 1:500100USDN/AImage result for REGISTER HERE
Image result for erranteUP to 1:50025USDN/A
Image result for REGISTER HERE
Image result for roboforexUP to 1:200010USDkdejImage result for REGISTER HERE

Sebarang pertanyaan dan bantuan berkaitan pendaftaran real akaun trading, boleh ajukan melalui whats app ke no berikut 011-5557 5242

.

3. BRUCE KOVNER

Bruce Kovner dilahirkan pada tahun 1945 di Brooklyn, NEw York. Dia memulakan perdagangannya dengan meminjam kad kredit peribadinya untuk membeli kontrak niaga hadapan kacang soya dan memperoleh keuntungan sebanyak 20,000USD.

Dia kemudiannya bergabung dengan Commodities Corporation sebagai Trader dan mendapat keuntungan jutaan USD serta memperoleh prestasi yang unggul.

Bruce Kovner telah mengasaskan Caxton Alternative Managment pada tahun 1983 dan menjadikannya sebagai sebuah Hedge Fund paling berjaya di dunia dengan Aset lebih dari 12 Billion USD.

Keuntungan Dana dan pengurusan dana yang dibahagikan antara komoditi dan juga currency menjadikan Kovner salah seorang players terbesar di dunia Forex Trading. Dia kemudiannya bersara pada tahun 2011

.

4. STANLEY DRUCKENMILLER

Stanley Druckenmiller dilahirkan pada 14 Jun 1953 di Pittsburgh, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Ibunya bernama Anne dan ayahnya Stanley Thomas Druckenmiller, bekerja sebagai seorang Jurutera Kimia.

Ibu dan ayahnya bercerai ketika Stanley melalui zaman kanak-kanaknya. Dia terpaksa membesar dengan ayahnya di New Jersey.

Pembelajaran Dan Kerjaya

Pada tahun 1975, Stanley menerima Ijazah dalam jurusan English and Economi daripada Bowdoin College. Kemudiannya menyambung pengajian Ph.D di University of Michigan yang mana Stanley tidak sempat menghabiskan pengajian tersebut disebabkan dia telah menerima tawaran di Pittsburgh National Bank.

Stanley memulakan kerjayanya pada tahun 1977 sebagai Management Trainee di Pittsburgh National Bank, kemudiannya setahun selepas itu Stanley telah dilantik sebagai Head of The Bank’s Equity Research Group. Pada tahun 1981, dia juga telah memulakan firma sendiri iaitu Dequesna Capital Management.

Pada tahun 1988, Stanley dilantik oleh seorang lagi lagenda kewangan iaitu George Soros bagi menguruskan Quantum Fund. Di sinilah namanya mula tersebar di seluruh dunia apabila dia sebenarnya yang bekerja di sebalik tabir kejayaan Soros dengan fenomena “Broke the Bank of England” pada tahun 1992.

Stanley Druckenmiller telah mengambil position short British Pound Sterling dan mendapat keuntungan $1 Billion dalam tempoh masa sehari. Bayangkan betapa tinggi ilmunya dalam bidang kewangan. Namun, dia telah meletakkan jawatan pada tahun 2000 apabila mengalami kerugian yang besar di dalam mengurus Quantum Fund pada tahun tersebut.

Mempunyai Firma Hedgefund Sendiri:

Tidak cukup dengan kisahnya berjaya membangunkan Quantum Fund (Firma Hedgefund George Soros) dengan keuntungan tinggi secara konsisten, sekali lagi dia melakukan perkara yang sama untuk firma Hedgefund yang merupakan miliknya sendiri iaitu Dequesna Capital Management.

Stanley Druckenmiller berjaya mendapatkan lebih daripada 30% keuntungan setiap tahun dengan konsisten. Malah melakukannya dalam tempoh masa 30 tahun tanpa sebarang kerugian.

Selain berjaya mencipta keuntungan yang besar kepada firma sendiri, dia juga mendakwa bahawa 70% aset yang dimilikinya pada hari ini adalah daripada apa yang telah diusahakan selama bergelar Money Manager.

Stanley Druckenmiller Dermawan:

Stanley Druckenmiller memderma sebanyak $705 juta kepada badan amal, dan $100 juta kepada sekolah perubatan Pada tahun 2009.

Menutup Hedgefund Miliknya

Setelah selamat dari kejatuhan Ekonomi pada tahun 2008, dia kemudiannya menutup Hedge Fundnya untuk mengekalkan rekod kejayaannya.

Menurut Bloomberg News pada 18 Ogos 2010, Stanley telah mengumumkan untuk menutup Dequesna Capital Management kepada pelabur baharu, di sebabkan sudah terlalu penat untuk membuat rekod keuntungan yang tinggi secara berterusan kepada para pelabur.

Ini disebabkan dia mendapati emosinya terjejas dan tidak sepadan dengan jangkaannya untuk terus kekal pada tahap yang sama. Semasa penutupan itu dilakukan, aset firmanya telah meraih sebanyak $12 billion.

Mungkin apa yang dilakukannya pada masa lalu sukar untuk berlaku lagi pada masa akan datang. Bayangkan, Stanley mengurus 2 firma besar dalam satu masa, dan sentiasa konsisten mengaut keuntungan. Memang betul-betul legend

.

5. GEORGE SOROS

Image result for GEORGE SOROS quote

George Soros dilahirkan di Bundapest Hungry pada tahun 1930 dengan nama Gyorgy Schwartz. George merupakan seorang yang berketurunan Yahudi.

Semasa perang dunia kedua tercetus, ibu bapanya telah menukar namanya bagi mengelakkan keluarganya dibunuh oleh tentera Nazi Jerman setelah Hungary ditawan oleh Jerman dari tahun 1944 hingga 1945.

Yang mana pada masa itu, tentera Nazi Jerman adalah anti-Yahudi dan telah membunuh setengah juta bangsa Yahudi di Hungary. Keluarganya juga turut membantu keluarga Yahudi lain dengan menukar dokumen pengenalan mereka bagi mengelakan daripada dibunuh.

Setelah Jerman kalah dalam perang dunia kedua, George dan keluarganya telah berpindah ke London pada tahun 1947 kerana tidak selesa dengan pemerintahan parti komunis di Hungary. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam jurusan falsafah di bawah pengawasan Karl Popper, yang mana telah merubah gaya berfikir George.

Mengorak Langkah Ketika di New York

Pada tahun 1956, George berhijrah ke New York dan di sinilah bakat dalam dirinya bersinar dengan bekerja sebagai penganalisis pasaran saham bagi benua Eropah.

Setelah sedekad bekerja di pelbagai firma kewangan di Wall Street, George telah menubuhkan hedge fundnya sendiri pada tahun 1970 yang diberi nama Quantum Fund dan merupakan salah satu hedge fund yang paling berjaya di dunia. Firma itu dilaporkan telah menjana keuntungan lebih dari 40 Billion USD dalam masa lima dekad terakhir.

Tubuh Badan Kebajikan Sendiri

Pada tahun 1979, George menubuhkan sebuah badan kebajikan yang diberi nama Open Society. Tujuan utama badan kebajikan ini ditubuhkan adalah untuk membantu orang yang kurang bernasib baik dan ditindas.

Di antara sumbangan terawal badan kebajikan ini adalah membiayai pelajar kulit hitam Afrika Selatan yang terkesan dengan dasar perkauman yang tidak adil iatu Apartheid dan meneruskan pengajian di peringkat tertinggi.

Pada era 1990-an, George memainkan peranan yang penting dengan membuka ruang pertukaran budaya di antara Eropah Timur setelah kejatuhan Soviet Union, dan turut melabur berbilion dolar bagi mewujudkan pasaran bebas antarabangsa di rantau tersebut.

The Man Who Broke the Bank of England

Pada tahun 1993, peristiwa yang telah membuat George menjadi seorang lagenda dalam pasaran forex trading adalah merobek bank negara England dengan membuat short trading terhadap nilai Pound Sterling. George telah short nilai Pound Sterling sebanyak $10 bilion dan mendapat keuntungan sebanyak $1 bilion Pound Sterling.

Peristiwa itu dikenali sebagai Black Wednesday dan George dikenali sebagai ”The Man Who Broke the Bank of England”. Peristiwa itu menyedarkan masyarakat dunia bahawa George merupakan seorang spekulator yang mampu menimbulkan keadaan panik di pasaran dunia dan mampu merubah landskap politik sesebuah negara.

Pada 16 September 1992, UK telah mengeluarkan matawang dari Mekanisme Kadar Pertukaran Eropah setelah gagal mengekalkan jalur perdagangan yang diperlukan.

Telah Menutup Hedge Fundnya Pada 2011

Beliau telah menutup sepenuhnya hedge fund yang telah diasaskan pada tahun 2011. Sepanjang penubuhan Quantum Fund, Hedge Fund itu merupakan di antara yang terbaik di Amerika Syarikat dengan purata pulangan pelaburan sehingga 30% setahun.

Selepas penutupan hedge fund tersebut, George hanya menguruskan wang pelaburan milik keluarganya sahaja dan tidak lagi menerima wang pelaburan dari luar.

Kini beliau lebih fokus kepada badan kebajikan yang ditubuhkan 40 tahun yang lalu. Badan kebajikan ini telah banyak membantu mangsa-mangsa dan aktivis yang tidak bernasib baik akibat daripada keadaan politik di negara terbabit. Sepanjang tahun 1979 hingga 2011, Soros telah menderma sebanyak $8 bilion USD untuk badan kebajikan ini.

Kesimpulan

Dari Bill Lipschutz hingga ke Soros mereka ini merupakan lagenda dalam arena Forex Trading. Mereka telah mendapatkan keuntungan yang besar sepanjang kerjaya mereka dalam Financial.

Tahap keyakinan mereka serta pengurusan risiko yang luar biasa telah menjadikan mereka antara trader terbaik dan terkaya dalam sejarah.

.

Jemput join dan lepak kat channel telegram Abang DI SINI. FREE je tak bayar YURAN pun.

telegram channel - Synapse Trading

Ada sebarang pertanyaan, berita, info, ilmu atau teknik untuk dikongsikan secara PERCUMA ???..jangan segan silu pm admin Traderstylo…atau emailkan ke admin@traderstylo.com.

.

Anda juga boleh kongsikan pendapat, pandangan atau info pada ruangan komen di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *