Istilah Penting Forex Trading
Istilah Penting Forex Trading

Forex trading bukan sekadar buy dan sell. Ia adalah dunia yang penuh dengan istilah teknikal yang perlu difahami, terutamanya bagi beginner. Tanpa pemahaman asas tentang istilah-istilah ini, korang mungkin akan keliru dan membuat keputusan yang kurang tepat.

Dalam artikel ini korang akan belajar istilah-istilah penting dalam forex trading dan financial instrumen market dengan cara yang mudah difahami.

Selepas membaca artikel ini, korang akan memahami istilah-istilah asas dan konsep-konsep penting yang digunakan dalam forex trading.

Istilah Asas Forex Trading



1. Pips (Percentage in Point)


Pips juga dikenali sebagai point. Setiap kenaikan dan penurunan harga dipanggil pips. 

Contoh paling mudah kita ambil bagi pair EUR/USD..Kita andaikan harga bagi pair EUR/USD naik dari 1.1200 kepada 1.1300. Ini bermakna ia telah naik sebanyak 100 pips (1.1300 – 1.1200 = 0.0100 @ 100pips)
Tips : sekiranya acc anda adalah 5 decimal abaikan saja nombor yang terakhir

2. Buy @ Long dan Sell @ Short


Buy @ Long bermaksud beli. Andaikan korang jangkakan harga akan naik maka korang perlu buy manakala Sell @ Short bermaksud jual.

Sekiranya korang menjangkakan harga akan turun maka perlu sell..

Jika jangkaan tepat maka korang akan meraih keuntungan dan jika sebaliknya berlaku maka akan mengalami kerugian.
Tips : buy bila anda jangkakan harga naik, sell bila anda jangkakan harga turun

3.Spread


Spread adalah perbezaan di antara harga bid dan ask. Sebagai contoh Harga Bid bagi pair GBP/USD adalah 1.5442 dan Harga Ask adalah 1.5445 maka spread bagi pair GBP/USD adalah 3 pips.

4. Profit


Profit adalah jumlah keuntungan yang diperoleh pada satu-satu masa tertentu.

Sebagai contoh harga bagi pair GBP/USD naik sebanyak 50 pips dan mengambil posisi buy dengan lot 1usd.

Maka korang telahpun untung sebanyak 50usd (50pips x 1usd = 50 usd)

5. Loss


Loss adalah jumlah kerugian yang diperoleh pada satu-satu masa tertentu.

Sebagai contoh korang menjangkakan pair GBP/USD akan naik dan mengambil posisi buy dengan lot 1 usd, tetapi price tidak naik dan terus turun sebanyak 50 pips.

Maka korang mengalami rugi sebanyak 50 usd (50 pips x 1 usd = -50usd).

6. Available Margin


Available Margin adalah Jumlah bersih baki yang masih ada dalam akaun yang boleh diniagakan setelah jumlah modal ditambah untung (-rugi).
Available Margin = Equity (modal) – Used Margin + Profit(-loss)

7. Take Profit


Take Profit @ Target Profit adalah satu tahap di mana korang telah menetapkan jumlah keuntungan yang diinginkan.

Sebagai Contoh bagi pair GBP/USD. Harga naik dari 1.1300 kepada 1.1400.

Pada masa yang sama korang buy pada harga 1.1310 dan menetapkan jumlah keuntungan 50 pips sahaja pada harga 1.1360.

Ini bermakna korang telah memperoleh untung sebanyak 50 pips bukannya 100 pips, kerana telahpun menetapkan target keuntungan pada level tertentu.

8. Stop Loss


Stop Loss @ SL adalah jumlah kerugian yang sanggup ditanggung.

Kita gunakan contoh yang sama seperti di atas. Harga GBP/USD naik dari 1.1300 kepada 1.1400.

Pada masa yang sama korang sell pada harga 1.1300 dan menetapkan Stop Loss sebanyak 30 pips iaitu pada harga 1.1330.

Ini bermakna korang rugi sebanyak 30 pips bukannya 100 pips, kerana nilai kerugian yang sanggup ditanggung telah ditetapkan.

9. Breakeven


Breakeven @ BE @ pulang modal adalah satu tindakan menetapkan sesuatu keputusan agar tidak mengalami kerugian dengan mengubah Stop Loss kepada BE+1 apabila market tidak berpihak dengan apa yang telah dirancangkan.

Contoh : buy Pair GBP/USD pada harga 1.1300 dan menetapkan TP sebanyak 100 pips pada harga 1.1400.

Pada masa yang sama harga telah naik sebanyak 35 pips dan profit kemudian mengubah SL menjadi BE+1 (mengubah SL menjadi 1.1301).

Selang beberapa jam kemudian market tidak berlaku seperti yang dijangka dan mengubah haluan turun mendadak kepada 1.1250.

Walaupun price turun mendadak sebanyak 85pips (1.1335 – 1.1250 = 0.0085 @ 85 pips) tetapi sebenarnya korang telah untung 1pips kerana telah mengubah SL menjadi 1.1301.

10. Bid dan Ask


Bid adalah harga yang ditawarkan oleh broker untuk kita menjual.

Manakala Ask pula adalah harga yang ditawarkan oleh broker untuk kita membeli.

Sebagai contoh Harga Bid GBP/USD 1.1300, manakala harga Ask 1.1303. Apabila anda buy,anda akan buy pada harga 1.1303.

Sebaik saja posisi dibuka, korang mendapati harga semasa entry adalah 1.1300 (harga Bid) dan sedang mengalami rugi sebanyak 3 pips. Perbezaan ini dipanggil sebangai spread.

Istilah Berkaitan Dagangan

11. Margin

Margin adalah jumlah wang yang diperlukan dalam akaun untuk membuka posisi dagangan. Ia berfungsi sebagai jaminan kepada broker bahawa anda boleh menampung kerugian yang mungkin berlaku.

12. Margin Call

Jika ekuiti dalam akaun anda jatuh di bawah tahap margin yang ditetapkan, broker akan mengeluarkan ‘margin call’, meminta anda menambah dana atau menutup posisi terbuka untuk mengelakkan kerugian lanjut.

8. Stop Loss & Take Profit

  • Stop Loss: Arahan untuk menutup posisi secara automatik apabila harga bergerak bertentangan dengan posisi pada tahap tertentu, bagi menghadkan kerugian.
  • Take Profit: Arahan untuk menutup posisi apabila harga mencapai tahap keuntungan yang diinginkan.

13. Order Types

  • Market Order: Arahan untuk membeli atau menjual pada harga pasaran semasa.
  • Limit Order: Arahan untuk membeli atau menjual pada harga tertentu yang lebih baik daripada harga pasaran semasa.
  • Stop Order: Arahan untuk membeli atau menjual apabila harga mencapai tahap tertentu, digunakan untuk memasuki pasaran dalam arah trend.

📈 Istilah Berkaitan Analisis Pasaran

14. Support dan Resistance

  • Support: Tahap harga di mana permintaan dijangka cukup kuat untuk menghalang harga daripada jatuh lebih rendah.
  • Resistance: Tahap harga di mana penawaran dijangka cukup kuat untuk menghalang harga daripada naik lebih tinggi.

15. Trend

Pergerakan harga dalam satu arah tertentu. Trend boleh bersifat menaik (uptrend), menurun (downtrend), atau mendatar (sideways).

16. Breakout

Apabila harga menembusi tahap support atau resistance yang penting, menunjukkan potensi permulaan trend baru.

17. Reversal

Perubahan arah trend semasa kepada arah yang bertentangan. Contohnya, daripada uptrend kepada downtrend.

Korang juga boleh baca artikel Definisi Forex Trading, Sejarah, Kebaikan Dan Cabaran untuk tingkatkan pengetahuan.


💡 Istilah Tambahan yang Berguna

18. Swap / Rollover

Caj atau kredit yang dikenakan apabila posisi dagangan dibiarkan open semalaman. Ia bergantung kepada perbezaan kadar swap antara dua instrumen tersebut.

19. Liquidity

Tahap kemudahan untuk membeli atau menjual sesuatu aset tanpa menyebabkan perubahan harga yang ketara. Pasangan mata wang utama seperti EUR/USD biasanya mempunyai liquidity yang tinggi.

20. Volatility

Tahap perubahan harga dalam tempoh masa tertentu. Pasaran yang volatile mempunyai pergerakan harga yang besar dalam masa singkat, menawarkan peluang dan risiko yang tinggi.

Semoga artikel ini membantu korang memahami istilah penting dalam forex trading. Teruskan belajar dan tingkatkan pengetahuan untuk menjadi trader yang berjaya!

2 thoughts on “Istilah Penting Forex Trading Beginner Wajib Tahu”

Leave a Reply

error: Content is protected !!