Persoalan berapakah modal yang di perlukan untuk melakukan urusniaga forex trading pasti bermain di minda bakal trader dan juga trader yang baru berjinak-jinak dalam forex trading. Bahkan bila sebut tentang forex boleh dikatakan rata-rata masyarakat kita berasa takut, kononnya memerlukan modal yang besar sehingga beribu-ribu ringgit, sedangkan mereka belum selidik lagi dah macam-macam alasan dan komen negatif yang dilontarkan..

.

Tak cukup dengan mengata. tup-tup  cerita pulak benda yang buruk kat orang lain, sedangkan dia sendiri hapakpon tara….ramai orang melayu kita takut terjebak dengan forex trading, tapi lebih rela ditipu dan terjerumus di dalam skim MLM (Multi Level Marketing) yang menjanjikan pulangan ROI yang tak masuk akal.. Ini ada betul ?

.

Sebenarnya modal yang diperlukan adalah serendah 20usd, bergantung pada broker..bahkan ada juga broker yang menawarkan cuma 5usd saja..mesti korang terkejut, ye tak?? mana taknya hanya perlukan sedikit modal dan boleh mula trading..cuma realistiknya modal kecil risiko kecil maka untung pon kecil, setuju?..kalau tanggapan saya salah tolong betulkan 🙂

.

Cuba korang duduk sejenak kemudian fikirkan camne nak gandakan dari 20usd ke 1000usd setiap bulan..ehh tak payahlah setiap bulan..sebulanje cukup, boleh??…

.

Kalau nak buka akaun 20usd lepastu nak gain sampai 1000usd sebulan jangan mimpilah….hangus, lebur dan hancur berkecai adalah…dulu saya juga beranggapan seperti itu..tapi semuanya hanya indah kabar dari rupa, angan-angan je lebih…..hanya otai saja boleh buat..itupon jarang…

.

Baiklah saya bagi contoh pengiraan mudah. Katakan korang inginkan pendapatan sampingan rm800 sebulan untuk menampung perbelanjaan minyak, tol dan makan minum. Ini contoh ye..

.

Target bulanan 10% dari modal

katakan rate 1 usd = rm 4.20 untuk deposit

1 usd = rm4 untuk withdraw

Bermakna korang perlu dapatkan 200 usd bagi mendapatkan rm800..

.

Setakat nie ada faham?..tak faham ulang balik baca..kalau dah faham  teruskan

.

Untuk tahu berapa modal yang ideal bagi mendapatkan 200 usd sebulan dengan target minima 10% sebulan

.

Jom belajar kira-kira pulak

200/10 x 100 = 2000 usd..

.

Ini bermakna dengan bermodalkan 2000usd dan target cuma 10% sebulan, maka keuntungan yang diperoleh adalah 200 usd..

.

Banyaknya 2000usd..boleh tak depo 200 usd dan target 100% sebulan tuan??..jawapan saya boleh je tak ada masalah..itupun kalau korang dah expert..kalau rasa-rasa diri tu tak expert lagi..ikot jela modal yang .disarankan..

.

Tak pon berlatih kat demo acc lagi senang..tak pening dan tak keluar modal…Dah konpiden baru trade kat real akaun dan mulakan dengan modal yang minima untuk tajamkan skill.

.

Artikel Berkaitan

.

Artikel Lain

3 thoughts on “Berapa Modal Yang Diperlukan Untuk Melakukan Urusniaga”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Contact Us

error: Content is protected !!
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
  • More Networks
Copy link
Powered by Social Snap