Support dan Resistance merupakan tools yang paling popular dan paling banyak digunakan oleh trader dari serata dunia. Juga dikenali dengan singkatan SNR. Setiap daripada mereka mempunyai idea yang tersendiri dalam menggunakan dan mengaplikasikan tools ini dalam trading seharian. Jom kita belajar tentang asas “Support dan Resistance” dahulu.

.

Melalui Rajah diatas, ia adalah pembentukan zig zag yang menaik. Apabila harga melakukan kenaikan dan kemudian melakukan penurunan (pullback), point tertinggi yang dicapai diambil sebagai Reistance. Resistance ini dianggap secara psikologynya ramai seller cuba menekan harga ke bawah dan membolehkan harga turun ke area support yang terdekat.

.

Apabila harga naik semula, point terendah yang dicapai sebelum ini dianggap sebagai Support. Support ini dianggap secara psikologynya adalah ramai buyer yang cuba menekan harga untuk naik ke atas dan membolehkan harga naik ke area resistance yang terdekat.

.

Dengan adanya buyer dan seller yang melakukan urusniaga jual beli membolehkan pergerakan naik dan turun harga berlaku. Support dan Resistance akan sentiasa terbentuk apabila harga naik dan turun dari semasa ke semasa.

.

Cara yang paling asas dalam melakukan urusniaga menggunakan tools “Support dan Resistance” adalah;

Trade at Bounce (Pantulan)

  • Buy (Beli) apabila harga turun ke Support
  • Sell (Jual) apabila harga naik ke resistance

Trade at Break (Breakout)

  • Buy (Beli) apabila harga menembusi (breakout) resistance
  • Sell (Jual) apabila harga menembusi (breakout) support

.

Satu perkara yang perlu anda ingat adalah Support dan Resistance bukanlah satu garis yang mutlak ataupun tepat yang mana kerapkali kita lihat harga menembusi level support dan resistance dan kemudian barulah kita tahu bahawa harga hanya melakukan percubaan untuk menguji level tersebut.

.

Anda juga boleh menganggap “Support dan Resistance” ini sebagai lantai dan syiling.

.

Anda juga mungkin berminat dengan artikel berikut :

.

Melalui gambar rajah di atas, ia merupakan chart bagi pair EURUSD yang menunjukkan garis support dan resistance yang simple. Sebarang garis yang berada di atas price semasa adalah resistance dan sebarang garis yang berada di bawah price semasa adalah support.

.

Bagi anda yang tak tahu apa itu price semasa, dalam bahasa yang mudah difahami adalah garis yang bergerak-gerak ke atas dan ke bawah dan sentiasa bergerak dan ianya berhenti apabila market tutup. Anda boleh rujuk melalui gambar di atas..

.

Artikel Lain :

3 thoughts on “Apa Itu Support Dan Resistance”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Contact Us

error: Content is protected !!
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
  • More Networks
Copy link
Powered by Social Snap