Perkongsian

Korang Ada 5 Ciri Nie, Please Jangan Jadi Forex Trader

Hari ini, abang ingin kongsikan pada korang tentang ciri-ciri yang tak patut ada pada seorang trader forex. Seringkali kita dengar janji-janji manis dan kata-kata manis mengenai forex trading.

.

Kononnya boleh mengaut keuntung besar dalam jangka masa yang singkat, tayangan screen short profit yang berleluasa, seolah-olah tak pernah rugi, entry buy untung dan entry sell pon untung, pendek kata asal entry je mesti untung dan tak pernah rugi.

Tak ke pelik gitu ??..Cuma satu yang perlu korang tahu, koarng boleh mengaut keuntungan dalam jangka masa yang singkat sekiranya pengalaman dan kebolehan dalam kategori expert. Kalau rasa-rasa ilmu baru setahun jagung, jangan mimpilah.

.

Seandainya korang mampu memperoleh keuntungan dalam jangka masa yang singkat itu bermakna itu cuma bernasib baik atau di panggil sebagai begginner luck. Ingatlah langit tidak selalunya cerah, mendung tak semestinya hujan.

.

Jika korang atau ada rakan-rakan yang mempunyai ciri-ciri seperti di bawah, tolong nasihatkan mereka jauhkan diri dari bidang forex trading. Tolong maklumkan, bidang ini tidak sesuai untuk mereka kerana forex trading penuh dengan onak dan duri serta ranjau yang penuh dengan cabaran.

.

1. TAK MAHU RUGI WALAU 1 CENT

Dalam apa jua bisness ataupun pelaburan pasti ada risiko untung dan rugi. Kita ambil satu contoh bisness beg katakan. Sekiranya proses jual beli berjalan dengan lancar, maka si penjual akan meraih keuntungan.

.

Begitu juga dengan forex trading. Sekiranya market berpihak pada entry korang, maka korang juga akan meraih keuntungan. Sebaliknya jika urusan jual beli beg tidak berjalan dengan lancar maka risiko tutup kedai teramat tinggi kepada si penjual. perkara yang sama juga akan terjadi dalam forex trading.

.

2. ADA PENYAKIT KRONIK

Dengar macam pelik tapi itulah realitinya, rasa nak gelak pun ada betul ??…tapi serius memang betul..jangan ingat forex trader nie goyang kaki je duit masyuk. Memang duduk releks tapi otak tetap bekerja, mata macam sniper memerhati kawasan mana yang sesuai dijadikan untuk meletakkan entry.

.

Itu dah satu hal, jantung berdegup laju, muka merah padam bontot rasa panas ke hulur, ke hilir, ke sini dan ke sana jadi tak aman dibuatnya. Sekiranya korang atau ada rakan-rakan merupakan seorang yang lemah semangat dan ada penyakit yang melibatkan jantung serta darah tinggi, maka sangat-sangat tidak sesuai menceburi bidang forex trading.

.

3. MENGANGGAP FOREX TRADING SEBAGAI JALAN PINTAS MENJADI KAYA RAYA

Memang Abang tak nafikan forex trading boleh mengubah kehidupan korang dari biasa-biasa kepada luar biasa, dari papa kedana menjadi kaya raya. Tapi untuk sampai ke tahap itu, ianya memerlukan pengorbanan yang besar dari segi masa, wang ringgit dan juga kerahan otak.

.

Korang tak akan mampu menguasai kesemuanya dalam masa sehari. Ianya memerlukan latih tubi yang kerap. Semakin lama anda berlatih maka korang akan semakin cekap. Pendek cerita “Practice Can Make Me Perfect”.

.


.

DOWNLOAD E-BOOK ASAS FOREX TRADING PART I-IV SECARA PERCUMA!!!

Sila Masukkan Nama Dan Email Anda Untuk Download E-Book Ini Sekarang!!!


.

4. MENGALAMI KESEMPITAN WANG

Mesti ramai dikalangan korang nie, mengalami situasi gaji cukup-cukup makan, ada duit lebih tapi hanya untuk beli susu anak, dan ada stok duit tapi khas untuk belanja cukup-cukup sampai hujung bulan dan kecemasan saja. Maka korang dalam kategori masalah kesempitan kewangan.

.

Jika korang menghadapi masalah sebegini, abang  sangat-sangat tidak syorkan melibatkan diri dalam bidang ini. Bila keadaan korang seperti ini, bermula dahulu dengan demo akaun dan kalau nak start realpun buatlah partime atau kerja sampingan untuk buat modal depo.

.

Dan depo pulak, depolah ditahap paling minima yang mampu tanpa menjejaskan pendapatan utama. Tak perlu malu buat kerja partime. Itu sebenarnya lebih baik dari korang buat pinjaman kemudian  trade dan rugi. Korang akan mengalami tekanan yang melampau.

.

5. ADA PLAN UNTUK SCAM DAN TIPU ORANG RAMAI

Siyess…ini bukan lawak atau gimik, ianya sudah banyak terjadi dan yang dapat nama busuk dan dipandang sinis adalah trader forex yang sebenar. Tersangat banyak skim-skim penipuan yang bertopengkan forex trading dan ada juga yang jadikan forex trading ini sebagai skim MLM.

.

Korang kena ingat, jika tipu dan scam orang ramai..korang akan memiliki jiwa yang tidak tenang, hati yang kacau bilau, dan yang pasti anda tidak akan terlepas di akhirat kelak.

.

Jika korang baru merangkak dan zero knowledge tentang forex trading dan ada terdetik di hati nak belajar, artikel nie sesuai untuk bacaan anda “Forex Trading For Beginner”.

.

Dan kalau korang tercari-cari nak guna broker yang senang berurusan, tak banyak cengkadak dari segi deposit dan withdrawal profit dan paling best deposit serendah 10usd, artikel ini akan memberikan jawapan untuk persoalan korang “Review Broker Profittoltd”

.

Ada sebarang pertanyaan, berita, info, ilmu atau teknik untuk dikongsikan secara PERCUMA ???..jangan segan silu pm admin Traderstylo…atau emailkan ke admin@traderstylo.com.

.

Anda juga boleh kongsikan pendapat, pandangan atau info pada ruangan komen di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *