Bagi korang yang tak pernah terjebak dalam industri forex trading atau masih baru , please baca artikel 9 pantang larang ini. Artikel ini releven sepanjang zaman kecuali industri forex trading ini tutup. Sangat rugi kalau tak baca.

.

Tanpa membuang masa, saya senaraikan 9 pantang larang forex trading yang wajib korang telan dan simpan dengan rapi dalam kepala. Korang nak simpan, simpan…korang tak nak simpan terpulang..

1. Mencari Teknik 100% Profit

Bagi korang yang baru menceburkan diri dalam industri forex trading, ramai beranggapan bahawa menjadi seorang forex trader merupakan jalan pintas untuk menjadi kaya dalam jangka masa yang singkat. Hal ini terjadi disebabkan ramai terpengaruh dengan tayangan secreen short profit yang berleluasa di media sosial seolah-olah tak pernah rugi. Masuk entry mesti untung, asal masuk entry je mesti untung. Bagi pendapat saya lebih baik lupakan mencari teknik yang holly grail atau lebih dikenali sebagai teknik 100% win. Apa yang paling penting adalah nilai keuntungan melebihi nilai kerugian itu sudah memadai.

.

OPEN REAL AKAUN TRADING DI SINI

BrokerLeverageMin. DepositIB CodeOpen Real Account
Image result for blackbullmarketsUP to 1:500200USDN/AImage result for REGISTER HERE
UP to 1:100010USD10014Image result for REGISTER HERE
Image result for fxprimusUP to 1:3000100USDN/AImage result for REGISTER HERE
Image result for gmiedgeUP to 1:200025USDGMP05839Image result for REGISTER HERE
Image result for fullertonmarketsUP to 1:500100USDN/AImage result for REGISTER HERE

Sebarang pertanyaan dan bantuan berkaitan pendaftaran real akaun trading, boleh ajukan melalui whats app ke no berikut 019-281 5242

.

2. Malas

Dalam apa jua bidang diceburi, jika korang malas maka korang tetap akan gagal. Waktu ambil SPM dulupun kalau malas gerenti akan gagal. Ramai trader memberikan alasan bahawa mereka tak ada masa untuk belajar disebabkan kekangan kesibukan kerja.

.

Pagi masuk kerja, malam hari balik kerja dan badanpun dah letih. Sedangkan masa kerja ada masa rehat, sambil kerja sambil pelan-pelan kayuh untuk belajar. Bak kata pepatah hentak seribu daya, tak hendah seribu dalih.

.

Korang boleh ambil inisiatif untuk membuat nota-nota kecil untuk diselitkan di dalam poket dan boleh dibawa ke mana-mana. Bukan senang nak senang. Semuanya memerlukan pengorbanan

.

Kalau rasa-rasa tak boleh buat, lupakanlah industri forex trading ini. Korang carilah bisnes yang tak payah belajar-belajar. Tapi percayalah semua bisnes memang kena belajar dulu. Tak adanya buatje terus pandai

.

3. Sibuk Mencari Broker 100% Tip Top

Perkara yang seharusnya dilakukan adalah perbaiki sistem trading korang bukannya sibuk mencari broker 100% tiptop. Setiap broker ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.

.

Bagi saya apa yang paling penting proses depo, draw tak banyak cengkadak dan tak banyak rules yang perlu dipatuhi. Setakat mt4 hang 5-10 minit sekali sekala tu bagi saya normal dan tak menjejaskan, melainkan anda seorang scalper.

.

4. Mengabaikan Money Managment

Mengabaikan Money Managment dalam Forex Trading umpama korang menaiki motorsikal tanpa helmet. Ianya juga boleh diumpamakan seperti memandu tanpa memakai tali pinggang keledar.

.

Nampak seperti remeh tapi sebenarnya membahayakan diri sendiri. Power mana sekalipun korang, power tahap dewata raya sekalipon, dalam trading pasti akan tersungkur jua. Ini kerana, korang takkan boleh win dalam semua entry, pasti akan ada loss. Ini hakikat bukan lawak.

.

5. Tamak

Tamak boleh diumpamakan seperti ” bagai anjing dengan bayang-bayangnya “. Nampak seperti sinis tapi itulah realitinya. Rata-rata trader tidak boleh mengawal sifat tamak yang menguasai diri.

.

Apa yang saya perhatikan setelah jumpa dengan ramai trader, bukan tak boleh trade. Sebenarnya ramai je boleh trade, ramai boleh generate profit, tapi masalah utamanya tamak setinggi gunung. Kalau ikutkan gunungtupun tenggelam oleh ketamakkan mereka

.

Profit dah dapat dan dah lebih dari target tapi merasakan masih tak cukup. Bila rasa dah tak cukup mulalah mantra “KALAU” akan keluar. Kemudian trade lagi hinggakan profit tadi hilang dan lagi menyedihkan akaun bertukar menjadi total loss. Begitulah kesannya bila tamak menguasai diri.

.

6. Trade Mengikut Emosi

Trade mengikut emosi umpama tunduk ke atas hawa nafsu. Lumrah kehidupan bila diri dikuasai nafsu, pasti akan merosakkan diri. Buat trading plan korang dan ukurlah kemampuan diri.

.

Sama ada meletakkan target harian, mingguan ataupun bulanan. Bila target tercapai tutup mt4 dan buatlah benda lain agar profit korang tidak hilang begitu sahaja.

.

telegram channel - Synapse Trading

.

7. Gamble

Gamble nie kalau korang tak tahu, lebih dikenali sebagai berjudi. Gamble ini sangat-sangat tidak baik untuk korang yang mempunyai masalah kewangan. Sekali trade 100% merisikokan modal yang ada.

.

Bila profit memang rasa seronok, seolah-olah koranglah paling power. Seolah-olah Market tu macam kacang je bagi korang. Paling tak tahan siap update POST kat media sosial dengan perkataan keramat “alhamdulillah”.

.

Tapi bila loss abih ranap kesemua modal yang ada. Dalam media sosialpon senyap tak update pape..Lebih menyedihkan modal yang ranap itulah guna untuk beli susu anak dan dengan duit itu jugalah digunakan untuk beli belanja rumah dan seisi keluarga.

.

8. Tidak Meletakkan STOP LOSS Pada Setiap Entry

Stop Loss lebih dikenali sebagai nilai kerugian yang sanggup ditanggung oleh korang. Stop Loss digunakan sebagai ukuran atau jumlah kerugian yang sanggup korang rugi dalam setiap entry.

.

Bila korang tak meletakkan stop loss pada setiap entry, bermakna korang merisikokan keseluruhan modal yang ada dalam akaun. Memang tidak dinafikan jika korang mengambil inisiatif untuk melakukan cut loss bila kerugian berlaku..itu jika anda boleh monitor entry..

.

Jika anda seorang yang sibuk bekerja, nasihat saya letaklah stop loss untuk mengurangkan risiko terhadap akaun korang.

.

9. Mencari Maklumat Sepanjang Hari Di Dalam Forum & Internet

Perkara yang sebetulnya korang lakukan adalah perbaiki kesilapan, adakah silap entry awal ataupun silap entry lambat..adakah stop loss terlalu dekat ataupun memang tak sesuai.

.

Bila korang menghabiskan sepanjang hari untuk belajar dari forum dan internet, ianya akan merugikan masa korang. Korang akan melalui proses pembelajaran yang panjang. Korang juga akan bertemu dengan 1001 teknik dan terpaksa try and eror satu persatu.

.

Ada sebarang berita, info, ilmu atau teknik untuk dikongsikan secara PERCUMA ???..jangan segan silu pm admin Traderstylo…atau emailkan ke admin@traderstylo.com.

.

Anda juga boleh kongsikan pendapat, pandangan atau info pada ruangan komen di bawah.

5 thoughts on “9 Pantang Larang Forex Trading”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Contact Us

error: Content is protected !!
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
  • More Networks
Copy link
Powered by Social Snap