Perkongsian

Please Jangan Terjebak Dengan Forex Trading, Jika Anda

Warning Signs It's Time to Hire an Outsourced Accountant or Bookkeeper |  Accounting for Small Business | Easier Accounting

Seringkali kita dengar janji-janji manis dan kata-kata manis mengenai forex trading. Forex Trading digembar-gemburkan kononnya boleh mengaut keuntung besar dalam jangka masa yang singkat.

Tayangan screen short profit yang berleluasa, seolah-olah tidak pernah rugi, entry buy untung dan entry sell pon untung, pendek kata asal entry je mesti untung dan tak pernah rugi. Tak ke pelik gitu??..

Cuma satu yang perlu korang tahu iaitu, korang boleh mengaut keuntungan dalam jangka masa yang singkat sekiranya dah cukup power dan cukup  pengalaman.

Kalau rasa-rasa ilmu di dada baru setahun jagung, jangan mimpilah. Seandainya korang mampu memperoleh keuntungan dalam jangka masa yang singkat itu bermakna korang cuma bernasib baik sahaja. Ingatlah langit tidak selalunya cerah, mendung tak semestinya hujan.

1. TAK MAHU RUGI WALAU 1 CENT

Dalam apa jua bisness ataupun pelaburan pasti ada risiko untung dan rugi. Kita ambil satu contoh bisness beg katakan. Sekiranya proses jual beli berjalan dengan lancar, maka si penjual akan meraih keuntungan.

Begitu juga dengan forex trading, sekiranya market berpihak pada entry kita, maka kita juga akan meraih keuntungan. Sebaliknya jika urusan jual beli beg tidak berjalan dengan lancar dan tidak diurus dengan betul, maka risiko tutup kedai teramat tinggi kepada si penjual. perkara yang sama juga akan terjadi dalam forex trading.

.

2. ADA PENYAKIT KRONIK

Dengar macam pelik tapi itulah realitinya, kadang rasa nak gelak pun ada betul ??…tapi serius memang betul..jangan ingat forex trader nie goyang kaki je duit masyuk.

Memang duduk releks tapi otak tetap bekerja, mata macam sniper memerhati kawasan mana yang sesuai dijadikan untuk meletakkan entry. Itupun kalau untung.

Itu dah satu hal, jantung berdegup laju, muka merah padam bontot rasa panas ke hulur, ke hilir, ke sini dan ke sana jadi tak aman dibuatnya. Nie tak kira lagi sampai masuk dalam mimpi, bercakap dengan dinding sorang-sorang, kejap-kejap buka phone dan macam-macam karenah lagi.

Sekiranya korang seorang yang lemah semangat dan ada penyakit yang melibatkan jantung maka korang sangat-sangat tidak sesuai menceburi bidang ini. Tak percaya dan nak rasa juga, bolehlah cuba-cuba.

.

OPEN REAL AKAUN TRADING DI SINI

BrokerLeverageMin. DepositIB CodeOpen Real Account
Image result for blackbullmarketsUP to 1:500200USDN/AImage result for REGISTER HERE
Image result for profittoltdUP to 1:100010USD10014Image result for REGISTER HERE
Image result for fxprimusUP to 1:3000100USDN/AImage result for REGISTER HERE
Image result for gmiedgeUP to 1:200025USDGMP05839Image result for REGISTER HERE
Image result for fullertonmarketsUP to 1:500100USDN/AImage result for REGISTER HERE
Image result for erranteUP to 1:50025USDN/A
Image result for REGISTER HERE
Image result for roboforexUP to 1:200010USDkdejImage result for REGISTER HERE

Sebarang pertanyaan dan bantuan berkaitan pendaftaran real akaun trading, boleh ajukan melalui whats app ke no berikut 011-5557 5242

.

3. MENGANGGAP FOREX TRADING SEBAGAI JALAN PINTAS MENJADI KAYA RAYA

Tidak dinafikan forex trading boleh mengubah kehidupan seseorang dari biasa-biasa kepada luar biasa, dari papa kedana menjadi kaya raya.

Tapi untuk sampai ke tahap itu, ianya memerlukan pengorbanan yang besar dari segi masa, tenaga, wang ringgit dan juga kerahan otak.

Kadang ada yang sampai tahap keluarga jadi porak peranda, bercerai berai, dikejar ah-long dan ada juga sampai tahap nak bunuh diri. Please jangan ambil ringan

Korang tak akan mampu menguasainya dalam masa sehari, ianya memerlukan latih tubi yang kerap, high displin, dan sabar menunggu peluang. Semakin lama berlatih maka secara perlahan-lahan dan tanpa disedari korang akan semakin cekap.

.

4. MENGALAMI KESEMPITAN WANG

Sekiranya korang mengalami situasi gaji cukup-cukup makan, ada duit lebih tapi hanya untuk beli susu anak, dan ada stok duit tapi khas untuk belanja kecemasan sahaja maka korang dikategorikan dalam kategori mengalami masalah kesempitan wang.

Jika korang mengalami situasi seperti ini, adalah  sangat-sangat tidak disyorkan melibatkan diri dalam bidang ini.

Bermula dahulu dengan demo akaun dan kalau nak start realpun buatlah partime untuk buat modal depo. Tak perlu malu buat kerja partime. Itu sebenarnya lebih baik dari buat pinjaman kemudian  trade dan rugi. Korang akan mengalami tekanan yang melampau. Percayalah

.

5. ADA PLAN UNTUK SCAM DAN TIPU ORANG RAMAI

Ini bukan lawak atau gimik, ianya sudah banyak terjadi dan yang dapat nama busuk dan dipandang sinis adalah trader yang sebenar.

Tersangat banyak skim-skim penipuan yang bertopengkan forex trading dan ada juga yang jadikan forex trading ini sebagai skim MLM.

Korang kena ingat tipu dan scam orang ramai, maka korang akan memiliki jiwa yang tidak tenang, hati yang kacau bilau, dan yang pasti korang tidak akan terlepas di akhirat kelak.

Jemput join dan lepak kat channel telegram Abang DI SINI. FREE je tak bayar YURAN pun.

telegram channel - Synapse Trading

Ada sebarang pertanyaan, berita, info, ilmu atau teknik untuk dikongsikan secara PERCUMA ???..jangan segan silu pm admin Traderstylo…atau emailkan ke admin@traderstylo.com.

.

Anda juga boleh kongsikan pendapat, pandangan atau info pada ruangan komen di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *