Strategi Perdagangan

CANDLESTICK HAMMER DAN PERINCIANNYA

DEFINASI CANDLESTICK HAMMER DAN PERINCIANNYA

Hammer adalah candlestick Bullish dengan shadow bawah yang panjang, sedikit atau tidak ada shadow pada bahagian atas dan mempunyai saiz body yang kecil. Ia muncul selepas price melakukan penurunan.

Bagi korang yang masih fresh berkaitan Candlestick ini, Abang cadangkan korang untuk baca dahulu artikel ini sebelum meneruskan pembacaan. Boleh Klik DI SINI untuk baca.

CIRI-CIRI CANDLESTICK HAMMER

  • Muncul ketika Downtrend atau price dalam keadaan menurun
  • Shadow panjang di bawah dan sedikit atau tiada shadow di bahagian atas
  • Body candle agak kecil jika dibandingkan dengan shadow
  • Shadow sekurang-kurangnya dua kali ganda dari saiz body
  • Apabila ianya terbentuk, memberikan petanda bahawa price berkemungkinan akan melakukan kenaikan

.

Bila candlestick ini muncul bukan bermakna akan 100% confirm. Tapi ia cuma memberikan petanda bahawa price bakal akan naik sama ada melakukan kenaikan reversal ataupun continue the trend.

Sekiranya price semakin turun selepas candlestick ini terbentuk, maka ianya dianggap sebagai fake signal kerana berkemungkinan besar Hammer ini terbentuk di kawasan atau zon di antara support dan resistance.

.

OPEN REAL AKAUN TRADING DI SINI

BrokerLeverageMin. DepositIB CodeOpen Real Account
Image result for blackbullmarketsUP to 1:500200USDN/AImage result for REGISTER HERE
Image result for profittoltdUP to 1:100010USD10014Image result for REGISTER HERE
Image result for fxprimusUP to 1:3000100USDN/AImage result for REGISTER HERE
Image result for gmiedgeUP to 1:200025USDGMP05839Image result for REGISTER HERE
Image result for fullertonmarketsUP to 1:500100USDN/AImage result for REGISTER HERE
Image result for erranteUP to 1:50025USDN/A
Image result for REGISTER HERE
Image result for roboforexUP to 1:200010USDkdejImage result for REGISTER HERE

Sebarang pertanyaan dan bantuan berkaitan pendaftaran real akaun trading, boleh ajukan melalui whats app ke no berikut 011-5557 5242

.

MAKLUMAT YANG CUBA DISAMPAIKAN BILA CANDLESTICK HAMMER MUNCUL

Melalui pembentukan candlestick Hammer ini, memberikan petanda bahawa Buyer mula memasuki pasaran dan cuba menekan harga naik ke atas. Ini dapat dilihat dengan rejection yang kuat dan meninggalkan shadow yang panjang di bahagian bawah.

Shadow yang panjang di bahagian bawah mewakili seller. Samada seller itu melakukan close posisi entry secara manual ataupun telah mencapai target lalu seller keluar dari pasaran dengan melakukan close posisi entry.

Ada juga sebahagian seller tidak close posisi entry dan mereka dalam keadaan rugi atau lebih mudah difahami sebagai floating negatif entry.

Pada masa yang sama, Buyer mula memasuki pasaran dan terus menerus menekan harga untuk naik ke atas dan close price berhampiran dengan open price. Dalam masa yang sama juga shadow yang panjang pada bahagian bawah terbentuk.

.

Candlestick yang terbentuk selepas Hammer ini muncul dikira sebagai salah satu confomation ianya valid untuk dijadikan sebagai panduan sebelum memasuki pasaran. Rujuk rajah di atas.

Sekiranya candlestick selepas Hammer ini muncul melepasi high price dan close pricenya di atas high hammer dianggap sebagai valid.

Namun sekiranya candlestick selepas Hammer ini, yang mana price close tidak melepasi high Hammer tersebut dianggap sebagai tidak valid. Rujuk rajah di atas

.

CONTOH 1 CANDLESTICK HAMMER

Melalui gambar rajah contoh 1 di atas, overall pergerakan price adalah dalam keadaan menurun. Candlestick Hammer terbentuk selepas price melakukan penurunan.

Candlestick selepas Hammer pula close di atas high price Hammer tersebut dan melalui pembentukan ini, price berkemungkinan besar akan naik lebih tinggi.

.

CONTOH 2 CANDLESTICK HAMMER

Melalui contoh 2 di atas, Candlestick Hammer yang dipetakkan bewarna kuning. Ianya terbentuk selepas price melakukan kenaikan kemudian price melakukan retrecement ke bawah sehinggalah Hammer terbentuk.

Selepas hammer ini terbentuk price mula secara perlahan naik dan naik dan selepas itu naik lebih jauh.

.

CONTOH CARA MENGGUNAKAN CANDLESTICK HAMMER

Melalui contoh rajah di atas, overal pergerkan price adalah dalam keadaan menurun. Sehinggalah candlestick hammer ini terbentuk yang mana open price dan low price jauh berbeza (shadow) dan close price pula berhampiran dengan open price.

Candlestick yang muncul selepas Hammer dan close di atas price tertinggi Hammer memberikan petanda bahawa price berkemungkinan akan naik lebih tinggi(melakukan kenaikan).

Untuk melakukan BUY, terdapat tiga pilihan order iaitu, instant order, limit order ataupun stop order.

Setiap pilihan order itu, boleh digunakan mengikut keselesaan masing-masing. Ada yang suka floating rendah, ada yang suka price pergi dulu baru instant manual, ada juga trader yang gemar menggunakan stop order.

Semua jenis order boleh digunakan mengikut keselesaan masing-masing. Dalam Forex Trading tiada istilah siapa betul atau salah, kalau ada sifu atau masta kata cara itu salah, cara ini salah semua dia je betul, teknik dia je power dan betul. Ketuk je kepala dia.

Dan jika korang dalam kelas, sifu kata tanpa teknik dia, semua teknik tidak bermakna. Abang nasihatkan angkat beg dan keluar dari kelas cepat-cepat.

.

CONTOH 1

Melalui contoh 1 di atas, cara terbaik untuk memanfaatkan candlestick Hammer ini adalah tunggu sehingga candlestick selepas Hammer itu close dahulu dan memberikan petanda confirmation.

Sekiranya ianya berlaku besar kemungkinan price akan naik lebih tinggi. Daripada rajah di atas juga, bulatan kuning yang ditandakan adalah zon Entry terbaik.

Ianya boleh dilakukan menggunakan Limit Order ataupun menggunakan Instant Order apabila price memasuki zon yang ditandakan.

Entry terbaik dilakukan apabila ada confirmation dan price melakukan retrecement(sama maksud dengan pullback) terlebih dahulu. Apabila price masuk ke zon support seperti yang ditandakan dalam rajah di atas, maka itulah kawasan entry terbaik.

.

CONTOH 2

Contoh 2 di atas pula menunjukkan cara dan juga tips untuk entry di kawasan retrecement (sama maksud dengan pullback) ataupun korang boleh entry pada next candlestick yang close di atas high price Hammer tersebut.

Dan sebenarnya ada banyak trick entry lagi selain dari contoh-contoh di atas.

.

Jemput join dan lepak kat channel telegram Abang DI SINI. FREE je tak bayar YURAN pun.

telegram channel - Synapse Trading

Ada sebarang pertanyaan, berita, info, ilmu atau teknik untuk dikongsikan secara PERCUMA ???..jangan segan silu pm admin Traderstylo…atau emailkan ke admin@traderstylo.com.

.

Anda juga boleh kongsikan pendapat, pandangan atau info pada ruangan komen di bawah.

1 thought on “CANDLESTICK HAMMER DAN PERINCIANNYA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *