Setiap trader perlu tahu karekter diri masing-masing. Ada yang suka bercorak-corak, ada yang suka chart kosong, ada yang suka chart dengan ular-ular, ada yang suka campur bermacam-macam indikator. Tiada siapa yang salah atau betul. Forex Trading bagi saya adalah berkaitan diri kita sendiri. Bagaimana kita uruskan masa dan bagaimana kita mencari rentak sendiri.

Untuk masuk entry dalam market, kita perlulah ada sedikit sebanyak ilmu tentang cara-cara untuk mengenalpasti trend ataupun arah market. Sekiranya kita tidak mempunyai ilmu tersebut, maka kita boleh diibaratkan seperti naik sampan tanpa pendayung atau paling tidakpun seperti naik kapal tanpa jurukemudi.

Apabila kedua-dua diatas ini tidak ada, maka kapal dan juga sampan tersebut tidak ada arah tuju, ke hulur ke hilir, ke sini dan kesana . Kedua-dua hanyut di bawa arus. Sampai satu masa kedua-dua penumpang akan kehabisan makanan (Modal). Namun sekiranya anda mempunyai ilmu menentukan arah market walaupun sedikit. Ianya akan meningkatkan kebarangkalian untuk meraih profit.

Malangnya, untuk menentukan arah trend atau arah market bukanlah sesuatu tugas yang mudah seperti apa yang digembar gemburkan. terdapat seribu satu cara untuk menentukan arah trend atau arah market. Yang paling mencabar adalah tiada siapa yang betul atau salah. Anda perlu mencari rentak yang bersesuaian dengan diri sendiri berdasarkan 1001 cara tadi.

Di sini saya akan kongsikan 3 cara mengenalpasti arah trend atau arah market. Namun terpulang pada anda untuk mempraktikkannya sehingga mahir. Bak kata pepatal, “practise can make me perfect” . Namun jika anda hanya sekadar baca dan tidak amalkannya maka ianya menjadi sia-sia.

1# MENGGUNAKAN TREND LINE

Trendline didefinasikan sebagai garisan yang dibentuk samada secara menaik atau menurun ataupun mendatar yang disasarkan dari satu titik ke titik yang lain. Ada orang melukis dari perselisihan closing price, ada orang lukis dari body ke body candle dan ada orang lukis dari bucu candle ke bucu candle seterusnya.

Terdapat 3 cara melukis Trendline iaitu

# Trendline Menaik

Seperti yang anda lihat di dalam gambar rajah di atas, trendline dilukis dan disambungkan dari satu titik ke satu titik yang lain. Lower Trendline adalah garisan yang berada di bawah dan Upper Trendline adalah garisan yang berada di atas.

Cara untuk menentukan arah trend atau arah market menggunakan kaedah ini teramat mudah iaitu, hanya fokus pada cari setup sell apabila price mencecah atau terdapat rejection pada Upper trendline. Sebaliknya hanya perlu fokus cari setup BUY apabila price mencecah atau terdapat rejection pada Lower Trendline. Namun sebelum masuk entry, perlu untuk anda tahu, bukan terus-terus masuk entry. Anda perlulah mempunyai kaedah sendiri untuk filter samada boleh masuk entry sell ataupun tidak.

# Trendline Menurun

Melalui gambarajah di atas, gambar menunjukkan trendline menurun. Cara melukis sama sahaja seperti melukis trendline menaik. Untuk menentukan arah trend atau arah market teramat mudah iaitu, hanya perlu fokus buy apabila price mencecah atau berlaku rejection pada lower trendline dan hanya perlu fokus sell sekiranya price mencecah atau berlaku rejection pada upper trendline.

Sekiranya price keluar dari channel trendline ini, maka secara automatik, channel itu tidak boleh digunapakai dan anda perlulah menunggu untuk peluang sebegini muncul.

# Trendline Mendatar

Melalui Gambar rajah di atas, gambar menunjukkan channel trendline mendatar atau lebih dikenali sebagai sideway. Cara melukis sama sahaja seperti kedua-dua trendline menaik dan juga trendlinen menurun. Kebanyakan trader yang menggunakan Expert advisor amat menggemari pattern ini kerana boleh mengaut keuntungan dengan pantas. Naik untuk dan turunpun untung.

Price bergerak dalam range pips yang kecil. Cara untuk menentukan arah trend atau arah market menggunakan kaedah ini adalah apabila price menghampiri, mencecah atau terdapat rejection berulang kali pada upper trendline, anda hanya perlu fokus cari setup sell sahaja. Sebaliknya anda hanya perlu fokus buy sekiranya price menghampiri, mencecah atau terdapat rejection berulang kali pada lower trendline.

Dan sekiranya price telah keluar dari channel ini atau lebih dikenali sebagai breakout, maka channel ini tidak digunapakai lagi. Anda boleh jadikan garisan trendline ini sebagai point support atau resistance. Malah kadangkala ia juga boleh dijadikan sebagai kawasan “support become resistance” dan “resistance become support”.

OPEN REAL AKAUN TRADING DI SINI

BrokerLeverageMin. DepositIB CodeOpen Real Account

Melalui gambar rajah di atas, cara untuk memasukkan MA50 ke dalam MT4 anda adalah anda perlu login MT4 terlebih dahulu, kemudian pergi ke tab insert>klik indikator>Trend>klik moving average seperti dalam gambar.

Selepas anda klik moving average, akan terpapar gambar seperti di atas. Anda cuma perlu klik bahagian parameter>tetapkan period 50. Untuk MA method ini ada 4 iaitu simple, exponential, smoothed dan linear weighted. Anda boleh pilih ikut kesesuaian anda sendiri. Dalam kes ini saya pilih simple untuk MA method.

Bagi setting Apply to juga terdapat pilihan iaitu close, open, high, low, median price (HL/2), typical price (HLC/3), weighted close (HLCC/4). Anda boleh pilih ikut citarasa sendiri dengan mencuba setiap satu. Dalam kes ini saya pilih setting apply to close.

Untuk no 5 dan juga 6 ia cuma setting yang simple iaitu no 5 tetapkan warna yang anda inginkan. Manakala no 6 tetapkan ketebalan garis yang anda inginkan. Siap sila tekan ok.

Apabila anda sudah menekan button ok, maka akan nampak seperti dalam rajah di atas. Garisan MA50 telah dibentuk mengikut setting yang telah ditetapkan. Melalui gambar di atas anda boleh melihat price menaik, menurun dan menaik semula.

Perlu anda tahu, setting di atas saya tetapkan pada daily chart, bermakna MA50 akan menunjukkan purata pergerakan pada 50 hari sebelumnya.

Untuk menentukan arah trend atau arah market menggunakan MA50 ini, apabila candle close di atas MA50, anda perlu fokus untuk mencari setup buy. Cari setup buy apabila terdapat rejection berulang kali setiap kali seller cuba menekan harga ke bawah dan close semula di atas garis MA50. Untuk cari arah sell, anda cuma perlu lakukan sebaliknya.

Sebenarnya MA50 ini juga bukan terhad untuk menentukan arah market sahaja, malah ianya juga boleh dijadikan sebagai support dan resistance atau breakout strategi.

3# MENGGUNAKAN BOLLINGER BANDS

Bollinger Bands dibuat oleh pakar Analisa Teknikal bernama John Bollinger pada tahun 1980-an. Indikator ini merupakan derivat dari Moving Averages yang dikembangkan menjadi 2 (dua) garis, iaitu Garis Atas (atau disebut Upper Band), dan Garis Bawah (atau disebut Lower Band). Kedua garis ini membatasi pergerakan price, dengan lebih dari 90% berada di dalamnya. 

OPEN REAL AKAUN TRADING DI SINI

BrokerLeverageMin. DepositIB CodeOpen Real Account

Untuk masukkan setting bollinger band, anda terlebih dahulu perlulah login ke dalam MT4 anda. Setelah login, pergi ke tab insert>klik indicator>Trend>pilih bollinger bands seperti dalam rajah di atas.

Setelah anda klik perkataan bolinger bands, gambar seperti di atas akan dipaparkan. Pergi ke parameter, pilih period dan isikan 20, deviation isikan 2 dan apply to close. Setting ini adalah setting default sahaja anda boleh ubah-ubah mengikut keselesaan anda sendiri. Untuk no 5 anda hanya perlu set warna dan ketebalan garis. Selesai sila klik ok.

Setelah anda klik ok, maka gambar rajah seperti di atas akan dipaparkan. Melalui rajah di atas, anda boleh melihat pergerakan price menaik, menurun dan menaik semula.

Cara menggunakan bollinger bands untuk menentukan arah trend atau arah market yang paling simple adalah menggunakan channel tersebut seperti trendline. garis tengah jadikan sebagai support dan juga resistance. Sekiranya price breakout ke atas maka anda perlu fokus untuk cari setup buy sahaja.

Pastikan price breakout terlebih dahulu kemudian tunggu sehingga price melakukan reversal dan berlaku berulang kali rejection di atas garis tengah tersebut. Sebaliknya pula untuk arah setup sell.

KESIMPULAN

Perlu diingat bahawa segala apa yang saya kongsikan di atas adalah hasil dari pengalaman sendiri dan belajar dari pelbagai sumber. Namun terdapat pelbagai pemahaman dan cara untuk mengadaptasi cara-cara diatas. Segalanya terpulang pada anda untuk mempraktikkannya.

Segala apa yang saya kongsikan sangat sesuai untuk nubie yang tercari-cari cara untuk menentukan arah market. Teramat simple dan mudah.

Ada sebarang pertanyaan, berita, info, ilmu atau teknik untuk dikongsikan secara PERCUMA ???..jangan segan silu pm admin Traderstylo…atau emailkan ke admin@traderstylo.com.

Anda juga boleh kongsikan pendapat, pandangan atau info cara untuk anda tentukan arah trend atau arah market pada ruangan komen di bawah.

3 thoughts on “3 Cara Mengenalpasti Arah Market Untuk Nubie, No 3 Paling Ramai Guna Tapi Tak Faham Fungsinya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Contact Us

error: Content is protected !!
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
  • More Networks
Copy link
Powered by Social Snap