Elliott wave ini merupakan salah satu teknik yang advance di dalam market dan boleh digunakan dalam pelbagai pasaran seperti saham, forex, indeks, komoditi, dan lain-lain. Elliott Wave juga merupakan antara teknik yang sukar untuk dikuasai.

.

Namun didalam kesukaran, ada keseronokan untuk belajar teknik Elliott Wave ini. Jangan risau kerana saya akan cuba untuk terangkan teknik Ellioit Wave ini dengan cara yang mudah dan secara berperingkat-peringkat untuk memudahkan kefahaman anda.

.

Dalam pembelajaran ini saya akan menggunakan rajah simple dan beberapa contoh chart untuk memudahkan lagi kefahaman anda bagi menghadapi situasi market sebenar.

.

Sekiranya anda mahu belajar teknik Ellioit Wave ini, pastikan anda sudah mempunyai pengalaman dalam trading sekurang-kurangnya 3 ke 6 bulan dan mempunyai basic trading.

.

Jika anda merupakan seorang yang masih fresh dan nubie anda boleh bermula dengan membaca artikel ini “Forex trading For Beginner” kerana teknik Elliott Wave ini agak advance untuk anda yang baru dan fresh.

.

Melalui artikel blogpost ini, anda akan belajar perkara-perkara berikut ;

  • Sejarah Elliott Wave
  • Apa itu Elliott Wave Theory
  • Basic Elliott Wave

.

Sejarah Elliott Wave Teori

Teori Elliot Wave dicipta oleh seorang akauntan professional warga Amerika, Ralph Nelson Elliot. Pekerjaannya sebagai akauntan professional yang sentiasa dengan data, angka dan statistik membolehkan ia menemui sistem analisa pergerakan harga saham, matawang dan sebagainya setelah menganalisis pasaran selama 75 tahun yang di kenali dengan Teori Elliot Wave.

.

Ralph Nelson Elliott lahir pada tahun 1871, berasal dari Amarika Syarikat, beliau adalah seorang accountant dan juga penulis. Elliott menyimpulkan bahawa pergerakan pasaran saham boleh diramalkan dengan memerhatikan dan mengenal pasti corak “Wave” yang sentiasa berulang dalam pasaran.

.

Teori ini memudahkan trader untuk mengenal pasti harga pasaran berada pada tahap yang paling tinggi atau rendah atau menjangkakan pasaran di kemuncak ataupun di bawah.

.

Tahun 1930 Elliott mula mengkaji lebih lagi tentang kajiannya dengan menggunakan data pasaran saham untuk tempoh 75 tahun yang lepas. Pada tahun itu tiada lagi komputer jadi semua kerja yang di lakukan olehnya adalah dalam bentuk manual.

.

Pada tahun 1938 Ralph Nelson Elliott telah menerbitkan sebuah buku bernama “The Wave Principle” di mana dia berkongsi kepada orang ramai tentang kajiannya. Ini bermaksud Elliott mengkaji tentang “Wave” ini selama 8 tahun sebelum dia kongsikan kepada orang ramai.

.

Artikel Lain ;

.

Elloitt Wave Analysis Di Dalam Pasaran Forex

Walaupun pada asalnya Elliott kaji Wave ini di pasaran saham tetapi ianya juga boleh digunakan di pasaran lain seperti saham, komoditi, matawang crypto & indeks. Jadi Analisis Elloitt Wave ini boleh di gunakan di pelbagai jenis market yang lain.

.

Elliott Wave Theory

Secara asasnya Elliott menggatakan pergerakan market yang mengikut arah trend mempunyai 5 wave atau nama lain “Motive Wave”, manakala untuk pergerakan yang tidak menggikut arah trend market ianya di panggil sebagai “Corrective Wave” atau mungkin anda pernah dengar perkataan “Correction” ianya benda yang sama.

Gambar menunjukkan wave Bullish Pattern 1,2,3,4,5 dan Bearish Pattern 1,2,3,4,5

.

Prinsip Utama Teori Elliott Wave (EW) dan perkara yang membatalkan kitaran EW jika prinsip utama tidak di patuhi :

.
1. Wave 2 tidak boleh melepasi permulaan Wave 1
2. Wave 3 adalah yg terpanjang diantara impulse wave
3. Wave4 tidak boleh melepasi harga Wave 1

.

CONTOH WAVE 1,2,3,4,5

Melalui rajah di atas, ianya adalah contoh dalam chart yang sebenar. Dalam rajah di atas, saya menggunakan bar chart dan time frame H4 untuk memudahkan atau mengenalpasti wave tersebut. Anda juga boleh menggunakan candlestick chart atau line chart dan tiada masalah sekiranya anda mempunyai asas pemahaman Elliott Wave

.

Melalui rajah di atas juga, jelas menunjukkan ianya memenuhi 3 prinsip utama teori Elliott Wave iaitu, Pertama Wave2 tidak boleh melepasi permulaan Wave1, Kedua Wave3 adalah yg terpanjang diantara wave, Ketiga Wave4 tidak boleh melepasi harga Wave 1

.

Wave 1, Wave 3, dan Wave 5 adalah pergerakan yang menggikut arah trend market.

.

Manakala Wave 2 dan Wave 4 pula bergerak dengan melawan arah trend market.

Elliott Menggatakan Corrective wave ada 3 wave.

.

Rajah Menunjukkan Corrective Wave

.

Melalui rajah di atas, ia memberi gambaran pergerakan corrective wave dengan marking A, B, dan C. Corrective juga lebih mesra dikenali sebagai correction oleh kebanyakan trader.

.

Kedua-dua pattern ini boleh dijumpai di time frame besar mahupun kecil.

.

Melalui gambar di atas juga, market sedang bergerak dalam motive wave ke atas itu bermaksud market sedang berada dalam uptrend pada time frame tertentu.

.

Wave 1, Wave 3, dan Wave 5 adalah pergerakan yang menggikut arah trend market.

.

Manakala Wave 2, Wave 4, Wave A dan Wave C pula bergerak dengan melawan arah trend market.

.

Belajar sesuatu?…

.

Jumpa di artikel seterusnya nanti

.

Mungkin Anda Juga Berminat Dengan Artikel Berikut :

.

One thought on “Pengenalan Teknik Teori Elliott Wave”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Contact Us

error: Content is protected !!
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
  • More Networks
Copy link
Powered by Social Snap