Dalam dunia dan era global yang semakin canggih ini bermacam-macam method trading yang telah diterokai samada method yang digunakan adalah semi auto, 100 % auto, manual atau menggunakan fundamental semata-mata.

Kesemua method ini masing-masing mempunya kelebihan dan kekurangan. Bergantung pada usaha setiap trader untuk menguasai setiap method yang telah dipelajari…kita pergi kepada robot dahulu untuk memudahkan kefahaman semua pembaca…

ROBOT @ EXPERT ADVISOR

Robot forex juga dikenali sebagai “Expert Advisor” atau dengan singkatan EA..Bagi yang tak pernah tahu, apakah fungsi Ea ini dalam forex trading, maka anda mesti baca setiap patah di dalam blogpost ini.

Kerana apa yang saya sampaikan tidak memihak pada sesiapa, tidak berat sebelah dan ianya hanyalah pandangan peribadi saya sendiri selama bergiat dalam arena forex trading ini…

Di dalam blogpost ini juga, anda akan faham tentang 4 perkara setelah membaca post ini dari awal hingga ke titik terakhir…4 perkara itu saya listkan seperti di bawah…

  1. Apa kegunaan EA ini dalam forex trading
  2. Bagaimanakah EA ini di hasilkan & bagaimana ianya bekerja
  3. Apakah strategi yang digunakan
  4. Mengapa dan apakah tujuan ia digunakan

Mari kita kupas satu persatu bagi memudahkan kefahaman semua pembaca.

“Apakah Kegunaan EA Dalam Forex Trading??”

Kegunaan EA adalah untuk memudahkan trader. Trader tidak perlu pening kepala untuk melakukan analisa samada untuk buy ataupun sell…semua kerja-kerja tersebut dilakukan oleh EA.

Tambahan pula, ramai trader-trader baru mengalami masalah melakukan analisa samada nak buy atau sell ataupun no entry.

Artikel Berkaitan

.

“Bagaimanakah EA Ini Dihasilkan & Bagaimana Ianya Bekerja”

Ea ini dihasilkan melalui code code tertentu dan hanya mereka yang biasa sahaja mampu meghasilkannya. Tahu melakukan coding sahaja tidak mencukupi. Kebanyakan EA yang dihasilkan ke laut dalam.

Namun bukan semuanya tak boleh pakai,

Ada juga EA yang ok cuma perlukan sedikit kesabaran untuk membuat research dan sejauh mana ianya bertahan.

EA ini akan mula bekerja setelah fungsi “enable automated trading” diaktfkan dalam mt4. Juga tidaklah sesukar mana hanya perlu copy paste dan perlukan beberapa klik dan seterusnya EA dah boleh bekerja.

Jika anda mempunyai SOP trading yang boleh menghasilkan winning profit lebih tinggi dari loss, mungkin apa salahnya anda cuba untuk automatedkan strategi tersebut dan biarkan ianya bekerja untuk anda.

“Apakah Strategi Yang Digunakan” Pada Setiap EA Yang Dihasilkan

Untuk operasi EA ini, pelbagai strategi yang digunakan. Sekiranya ilmu pengetahuan pembuat ea itu ditahap terbaik maka ea yang dihasilkan juga terbaik.

Namun tahap kesukaran untuk mencari EA yang terbaik sangatlah sukar kerana jarang trader akan kongsikan jika ada EA yang boleh memberikan kepadanya pasif income dan kebanyakkannya akan ambil jalan untuk menjadi silent (memencilkan diri).

Antara strategi yang digunakan adalah strategi money managment ( martingle, averaging atau switching), jenis EA raging (sideway), jenis berdasarkan indikator, jenis berdasarkan candlestick dan jenis gabungan beberapa indikator.

Kesemua strategi EA tersebut mempunyai cara tersendiri untuk meraih profit. Ramai juga usahawan dari kalangan trader cuba menghasilkannya namun tidak kurang juga ramai yang gagal dan yang berjaya menghasilkan EA boleh dikira dengan jari.

“Mengapa EA Digunakan Dalam Trading”

EA digunakan adalah untuk memudahkan kerja tuan punya akaun..dimana tuan punya akaun hanya perlu plug and play dan biarkan EA tersebut bekerja dengan sendirinya.

Cuma untuk run EA ini memerlukan anda untuk menyewa VPS (Virtual Private Server) dan sedikit kemahiran setup vps serta aktifkan EA pada mt4 agar boleh bekerja 24 jam sehari untuk anda.

Ianya tidaklah terlalu rumit jika dibandingkan dengan menghasilkan EA. Ada juga dikalangan trader menyediakan service setup VPS dan EA secara percuma.

Jadi anda tak perlu tanggung kos sewa vps dan selepas akaun dah siap setup, anda hanya perlu biarkan EA bekerja dan make profit untuk anda.

Sepanjang saya bergiat aktif sejak tahun 2023 lagi, mencuba pelbagai EA dari pelbagai strategi tak ada satupun yang bertahan hingga kini. Pengakhirannya juga adalah MC…

Paling lama saya guna EA dalam setahun lebih dan gain 700% dan selepas itu acc berakhir dengan MC…

Pelbagai pendapat dan percanggahan yang saya temui …ada yang mengecam dan ada yang menyokong.

Namun bagi pendapat saya…semuanya terpulang pada individu tesebut kerana kita halang macam mana sekalipun jika dia kata nak join..dia akan join juga..

Tapi bila kita minta dia join…buatlah macam manapun dia tetap tidak akan join..semua dah besar panjang…pandai-pandailah buat keputusan okay

.

ANALISA TEKNIKAL

.

.

Bagi teknikal berbeza dengan penggunaan EA. Segalanya dilakukan secara manual samada membaca arah trend, bila masa yang sesuai untuk buy atau sell atau no entry.

Ianya memerlukan sedikit kemahiran teknikal dan kemahiran ini bergantung pada teknik apa yang anda gunakan. pelbagai cara dan teknik yang digunakan untuk meraih profit.

Antara teknik yang popular digunakan adalah supply and demand, naked chart, bbma, moving average, fibonacci, trendline, support and resistance dan bermacam-macam teknik lagi yang ada.

Anda cuma perlu cari teknik yang bersesuaian dengan jiwa anda kemudian praktikkan sehingga mahir…

Jika anda tanya teknik manakah yang paling power dan tiada loss??…jujur saya katakan tidak ada satu teknikpun yang power dan seandainya teknik itu wujud dah ramai yang telah bergelar jutawan.

Perkara seharusnya anda lakukan adalah stay dengan satu teknik yang boleh masuk dengan kepala dan jiwa anda…

Kemudian fokus dan mahirkan teknik tersebut. Selepas itu, belajar pula cara untuk kurangkan kesilapan kerana setiap teknik itu pasti ada kelemahan.

Anda cuma perlu praktikkan agar percentage profit lebih besar dari percentage loss untuk meraih keuntungan.

Untuk sementara waktu, anda pastinya akan menjadi butterfly trader. Walaupun ramai mengatakan jangan jadi butterfly trader kerana anda akan melalui proses pembelajaran yang panjang.

Saya sangat-sangat setuju dengan kenyataan tersebut. Namun dari satu sudut saya beranggapan menjadi butterfly trader itu adalah normal kerana sebenarnya sesetengah trader sedang mencari teknik yang sesuai dengan jiwa mereka.

Anda Mungkin Berminat Dengan Artikel Ini

.

Ada sebarang pertanyaan, berita, info, ilmu atau teknik untuk dikongsikan secara PERCUMA ???..jangan segan silu pm admin Traderstylo…atau emailkan ke admin@traderstylo.com.

.

Anda juga boleh kongsikan pendapat, pandangan atau info pada ruangan komen di bawah.

4 thoughts on “Robot Forex vs Teknikal Analisis”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Contact Us

error: Content is protected !!
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
  • More Networks
Copy link
Powered by Social Snap