3 Persepsi Forex Trading Yang Wajib Trader Tahu

FOREX BUKAN SKIM CEPAT KAYA ATAU ANDA BOLEH KAYA DALAM SEMALAM

Ini adalah satu keterujaan dan 99% yang terjun dalam bidang ini beranggapan forex adalah lubuk untuk menjadi cepat kaya samada dalam semalam, seminggu dan sebulan. Boleh dikatakan rata-rata yang baru menceburi bidang ini memasang angan-angan seperti mat jenin dengan modal 100 usd menjadi 10k usd dalam sebulan. Malah ada yang lebih teruk dan berangan-angan lebih dari itu.

.

Dalam apa jua perniagaan kita akan sentiasa berhadapan dengan risiko. Apa yang saya ingin tekankan di sini adalah bagaimana cara anda menguruskan risiko dan cara itu akan menentukan ianya berkesan atau gagal. Pepatah melayu “ orang tamak selalu rugi”, telah wujud sejak dulu kala lagi tapi sehingga kini masyarakat kita abaikan. Jadi tak hairanlah pepatah melayu mudah lupa begitu sinonim dengan masyarakat kita.

.

Jadi berhati-hatilah dengan skim-skim pelaburan forex yang menjanjikan pulangan yang tinggi dan tak masuk akal. Bukan sahaja forex trading malah pelaburan lain juga sama. Secara logiknya pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi ini bagi saya mereka adalah gamble trader.

.

Bila pulangan yang tinggi diberi maka risiko juga adalah tinggi. Peluang untuk modal lesap juga sangat-sangat berpotensi tinggi. Tanamkan dalam akar umbi kepala otak…tiada jalan yang mudah untuk memperoleh keuntungan berlipat kali ganda dalam dunia melainkan anda belajar, praktik dan hadamkan sendiri yesss yang tu baru betul dan anda bebas untuk tentukan berapa yang anda inginkan sebulan, 3 bulan ataupun setahun.

.

ANDA PERLU BELAJAR, PRAKTIK, DAN USAHA

Jangan beranggapan bahawa anda baru belajar hari nie, anda boleh hadamkan semuanya. Saya tak nafikan anda boleh faham namun tahap pemahaman anda sebenarnya adalah diperingkat permulaan. Sama seperti kanak-kanak yang baru belajar untuk berjalan. Dia boleh berdiri namun masih teragak-agak dan bila melangkah dalam beberapa langkah dia akan terjatuh. Lebih kurang macam tula perumpamaan dia. Jadi jangan ego, buang ego tu jauh-jauh belajar pelan-pelan insyallah mesti boleh.

.

Dalam forex trading anda perlu memahami banyak perkara. Dalam banyak-banyak perkara itu saya pendekkan jadi 2 perkara iaitu anda perlu belajar memahami teknikal dan fundamental. Untuk menguasai teknikal terdapat 1001 cara untuk dapatkan profit. Terpulang pada anda nak gunakan method yang mana satu. Bagi saya sebaik-baiknya anda kuasai perkara asas dahulu. Bila asas anda dah kukuh anda tak akan menghadapi masalah untuk belajar method yang lebih advance.

.

Bagaimana untuk belajar sebenarnya semua itu ada ditangan anda. Anda mempunyai pilihan samada untuk belajar secara percuma atau berbayar. Belajar percuma boleh je sebenarnya, cuma proses pembelajaran itu akan menjadi panjang kerana anda belajar secara try & eror satu persatu method dan ianya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan mungkin akan memakan masa bertahun-tahun.

.

Menguasai salah satu samada teknikal ataupun fundamental bagi saya sudah mencukupi. Menguasai teknikal dan fundamental sekaligus ianya adalah satu kelebihan. Ada trader boleh konsisten hanya berpandukan pada teknikal analisis sahaja. Ada trader boleh konsisten berpandukan pada fundamental sahaja. Ada pro dan ada kontra dia, tak perlu keliru hanya fokus pada part yang boleh anda kuasai.

.

FOREX TRADING BERSIFAT SPEKULASI

Bersifat spekulasi yang saya maksudkan bukannya penipu atau kaki kencing. Spekulasi yang saya maksudkan adalah berkaitan psikologi anda. Ianya akan mengganggu emosi dan anda akan terasa seperti sedang bermain roller coaster. Kadang kala rasa seperti jantung hendak gugur dan degupan jantung menjadi laju.

.

Perniagaan forex trading ini sangat-sangat mengganggu pemikiran dan emosi. Anda akan rasa tak senang lena, makan tak lau, serba tak kena bila menghadapi floating negative sebelum bertukar kepada positif. Saya bukan tipu atau gimik semata-mata ianya adalah reality. Tak percaya cubalah…

.

Anda perlu berlatih untuk menguatkan mental dan sekiranya anda tak mampu untuk mengawalnya bermakna anda tak sesuai utuk menjadi forex trader. Sekiranya anda mampu mengatasinya maka anda akan trade dengan lebih tenang

.

Ada sebarang pertanyaan, berita, info, ilmu atau teknik untuk dikongsikan secara PERCUMA ???..jangan segan silu pm admin Traderstylo…atau emailkan ke admin@traderstylo.com.

.

Anda juga boleh kongsikan pendapat, pandangan atau info pada ruangan komen di bawah.

One Reply to “3 Persepsi Forex Trading Yang Wajib Trader Tahu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *