Dalam kehidupan seharian, kita semua sibuk dengan urusan masing-masing. ini kerana semua daripada kita mempunyai komitmen masing-masing. Namun begitu faktor kesibukan bukanlah penghalang untuk kita menjadi seorang forex trader. Sebenarnya anda sendiri tahu bila masa anda ada masa free bila masa anda sibuk dan bila masa anda tak ada kerja. Faktor kesibukan bukanlah penghalang besar untuk anda yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang forex trader. Walau sibuk macam mana sekalipun, anda sebenarnya boleh belajar bagaimana untuk menguruskan masa sebaiknya. Berita baiknya anda tak perlupun berhenti kerja sedia ada, anda boleh jadikan forex trading ini sebagai side income. Cuma yang tak seronoknya, anda tak akan menjadi kaya sama seperti saya. Pada hari ini, saya terdetik untuk share pada anda satu teknik forex KHAS untuk mereka yang sibuk bekerja, tak nak berhenti kerja, tapi nak jadikan forex trading ini sebagai side income. Teknik forex ini sangat simple dan ianya mudah untuk dipraktikkan dan mudah untuk difahami. . Teknik forex ini saya panggil sebagai teknik rutin 30 minit. Teknik forex ini telah lama saya praktikkan dari dulu hingga kini. Ianya menjimatkan masa dan psikologi saya secara semula jadi. Sebenarnya teknik forex ini juga telah dipraktikkan oleh otai-otai atau mereka yang telah lama dalam bidang forex trading ini. . Jom saya tunjukkan pada anda, teknik forex yang simple hanya dengan mengamalkan rutin harian dengan 30 minit sehari TEKNIK FOREX 30 MINIT RUTIN 2 komponen utama yang saya amalkan dalam trading adalah #1. Tunggu market New York tutup Setiap hari anda cuma perlu tunggu sahaja markets new york tutup. Cuma cabaran di sini adalah chart setiap broker berlainan dan close candle juga berlainan. Point yang saya ingin sampaikan di sini adalah fokus pada daily chart sahaja. Tunggu dan fokus pada daily chart close. Sekiranya chart belum close, maka abaikan. Anda hanya perlu luangkan 30 minit sehari atau kurang daripada itu untuk membuat jangkaan dan membuat keputusan. Ini adalah perkara basic ataupun prinsip asas cara saya melakukan urusniaga forex trading #2. Set dan Forget Perkara kedua yang perlu anda lakukan adalah set dan forget, setelah membuat keputusan samada anda nak buy atau sell. Kurangkan tabiat kerap melihat chart, kerana semakin kerap anda melihat chart, semakin banyak pengaruh emosi yang anda terima. Biarkan markets buat kerja. Mari kita lihat beberapa contoh yang mudah untuk anda fahami. Rujuk rajah di bawah RAJAH 1 : EURUSD DAILY CHART Gambar di atas menunjukkan gambar bagi pair EURUSD Daily chart. Apa yang perlu anda lakukan adalah, tentukan terlebih dahulu samada price akan naik ataupun turun. Jika anda lihat dalam rajah, price menunjukkan nak naik lagi. Perkara kedua yang perlu anda lakukan adalah, tentukan level-level support dan resistance. Dalam rajah di atas saya telah mudahkan untuk memudahkan pemahaman anda. Garis merah mewakili support level, garis merah tebal mewakili stop loss, biru mewakili new support & point entry. Manakala garis hijau adalah kawasan target profit 1 dan juga 2. Anda cuma perlu kenal pasti kawasan-kawasan yang berpotensi untuk memberikan profit 2 kali ganda dari nilai stop loss. Ini kerana tidak semua entry anda boleh win, adakala entry anda juga akan kena stop loss dan itu hakikat yang perlu anda terima. Kalau semua entry 100% boleh win, dah ramai jutawan forex, tapi semua itu hanya indah dari khabar sahaja. Nak percaya atau tidak terpulang. Mari kita lihat pula contoh kedua dengan rujuk gambar di bawah RAJAH 2 : GBPUSD DAILY CHART Gambar di atas menunjukkan gambar bagi pair GBPUSD Daily chart. Apa yang perlu anda lakukan adalah, sama sahaja seperti step di rajah 1. Tentukan terlebih dahulu samada price akan naik ataupun turun. Jika anda lihat dalam rajah, price menunjukkan akan turun ke bawah. Perkara kedua yang perlu anda lakukan adalah, tentukan level-level support dan resistance. Kemudian tentukan pula point-point atau kawasan untuk entry, stop loss dan target profit. Jika anda lihat gambarajah di atas, garis merah telah saya tandakan sebagai level resistance, garis merah tebal sebagai stop loss, garis biru kawasan new resistance dan juga entry point. Ia juga di kenali sebagai resistance become support. Akhir sekali garis hijau mewakili target profit 1 dan juga target profit 2. Itu sahaja step dia mudah ke mudah? Mungkin pada peringkat awal, anda terasa susah dan pening. Tambah pula chart kosong dan cuma ada candlestick serta beberapa tools simple untuk bantuan. Tapi bila da selalu buat, lama-lama akan terbiasa juga. Pernah dengar ayat keramat “practise can make me perfect” ?…jadikan ayat keramat ini sebagai amalan untuk mengingatkan diri anda. ok Artikel berkaitan Forex Trading For Beginner Mulakan Perniagaan Forex Trading Anda Dan Jangan Over Thinking Ada 5 Ciri NIe, Please Jangan Jadi Forex Trader KESIMPULAN Jadikan teknik forex 30 minit ini sebagai rutin harian bagi anda yang sibuk bekerja. Teknik ini juga boleh digunakan untuk semua jenis instrumen. Anda sebenarnya tak perlupun berhenti kerja sekiranya anda sayang dengan kerjaya sedia ada. Jadikan forex trading ini sebagai income kedua anda. Biarkan apa orang nak kata. Beras habis kat rumah tiada siapa yang tahu. . Semoga posting ini memberi manfaat pada anda dan mereka yang memerlukan Post Views: 4,178 Share via: Facebook Twitter LinkedIn More Post navigation Teknik Forex Simple Dengan Bands, Stochastic, Candlestick Candlestick Shooting Star Dan Perinciannya
[…] Atau sekiranya anda seorang yang bz kerja dan ingin jadikan forex trading ini sebagai side income, mungkin artikel ini sesuai untuk anda hadamkan “teknik forex untuk mereka yang sibuk bekerja” […] Reply
[…] Atau sekiranya anda seorang yang bz kerja dan ingin jadikan forex trading ini sebagai side income, mungkin artikel ini sesuai untuk anda hadamkan “teknik forex untuk mereka yang sibuk bekerja” […] Reply