Dalam melakukan aktiviti urusniaga trading forex, terdapat 1001 teknik, anda gunalah teknik mana sekalipun matlamat utama dia pasti meraih profit. Gunalah teknik apa sekalipun janji anda boleh profit, itu sudah di kira memadai. Ingatlah tujuan utama kita untuk melakukan urusniaga trading adalah untuk menambah pendapatan dan bukannya mengurangkan pendapatan.

.

Baiklah pada part ini saya tunjukkan 3 teknik forex yang simple hanya dengan menggunakan teknik triangle pattern dan sebenarnya ianya adalah sebahagian daripada naked chart trading style. Antaranya :-

# Ascending Triangle

3_Easy_Triangle_Patterns_Every_Forex_Trader_Should_Know_body_Picture_1

.

Teknik forex yang pertama adalah Ascending Triangle. Ia dikenali dengan segitiga menaik atau segitiga kaki tak sama dan dilukis menggunakan tools yang dipanggil Trendline. Garis pertama dilukis secara melintang dan garisan kedua dilukis secara menaik seperti dalam rajah di atas. Cara untuk trade menggunakan teknik Ascending Triangle Pattern hanya perlu menunggu breakout. Bila breakout berlaku cari point entry, stop loss yang sesuai dan jangan lupa letakkan take profit terus sekiranya anda sibuk dengan pelbagai urusan. Kebiasaannya jumlah pips pada bahagian bawah akan sama pada bahagian atas, sila rujuk garis purple.

.

# Symmetrical Triangle

.

3_Easy_Triangle_Patterns_Every_Forex_Trader_Should_Know_body_Picture_2

.

Teknik forex yang kedua pula adalah Symmetrical Triangle atau lebih dikenali sebagai segitiga kaki sama dilukis dengan cara mencondongkan kedua-dua garis seperti dalam rajah di atas. Cara menggunakan teknik ini sama sahaja seperti ascending triangle iaitu hanya perlu tunggu breakout berlaku kemudian cari point-point entry, stop loss dan juga target profit. Dalam gambarajah di atas di tunjukkan pada time frame 1 jam untuk pair AUDUSD. Rujuk garisan purple, kebiasaan nilai pips yang berada pada sebelah kiri akan sama pada target seterusnya.

.

# Falling Wedge

.

5_Easy_Steps_to_Trade_the_Forex_Falling_Wedge_Price_Pattern_body_Picture_1

.

Teknik forex yang ketiga adalah Falling wedge. Ia juga dikenali sebagai segitiga menurun. Teknik forex ini sama sahaja seperti ascending triangle dan symmetrical triangle. Pertama sekali kenal pasti point-point utama untuk meletakkan garisan, tunggu breakout dan akhir sekali cari point-point entry, stop loss dan juga target profit. Itu sahaja.

.

Jika anda perasaan, melalu ketiga-tiga teknik ini, apa yang perlu anda lakukan adalah

    • Pertama kenalpasti point-point untuk melukis triangle pattern,

    • Kedua tunggu breakout berlaku,

    • ketiga setelah breakout berlaku cari point entry, stop loss dan juga target profit

  •  selesai

.

Jika dilihat ketiga-tiga teknik ini sangat mudah dan simple. Tapi peliknya ramai yang tak mampu ikut disebabkan sikap trader yang tak tahan untuk menunggu. Ramai dikalangan trader bila setup tak muncul, mereka akan buat andaian dengan perkataan keramat “BOLEH NIE”…”10 PIPS – 15 PIPS JADILAH”….akhirnya boleh bla…masyallah..huhu.

.

Setakat ini, itu saja yang saya kongsikan. Anda juga mungkin berminat atau boleh cuba teknik simple dan santai dengan baca artikel ini “teknik forex simple dengan bands, stochastic & candlestick”

.

Atau sekiranya anda seorang yang bz kerja dan ingin jadikan forex trading ini sebagai side income, mungkin artikel ini sesuai untuk anda hadamkan “teknik forex untuk mereka yang sibuk bekerja”


DOWNLOAD E-BOOK ASAS FOREX TRADING PART I-IV SECARA PERCUMA!!!

Sila Masukkan Nama Dan Email Anda Untuk Download E-Book Ini Sekarang!!!


.

Ada sebarang pertanyaan, berita, info, ilmu atau teknik untuk dikongsikan secara PERCUMA ???..jangan segan silu pm admin Traderstylo…atau emailkan ke admin@traderstylo.com.

.

Anda juga boleh kongsikan pendapat, pandangan atau info pada ruangan komen di bawah.

4 thoughts on “3 Teknik Forex Simple”
  1. Mohd faizal says:

    Terima kasih tuan dgn perkongsian INI…

    1. Jamal Abdullah ( Naked Chart Trader ) says:

      sama tn 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Contact Us

error: Content is protected !!
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
  • More Networks
Copy link
Powered by Social Snap