Perkongsian

5 Proses Perjalanan Seorang Trader

.

.

Pada hari ini saya akan kongsikan pada anda 5 proses perjalanan seorang trader yang bakal anda lalui daripada bermula dengan pengetahuan yang kosong hinggalah ke tahap advance. Setiap apa yang dilalui 99.99% menyamai dengan apa yang diceritakan dan boleh dikatakan 99.99% semua trader akan melalui dugaan dan cabaran yang sama cuma berbeza dagi segi jumlah kerugian yang dialami.

.

Trader Tahap 1

.

Pada peringkat ini, ianya merupakan langkah pertama anda untuk menceburkan diri dalam dunia forex trading, kerana ingin mendapatkan duit yang banyak dalam jangka masa yang sigkat. Anda beranggapan trade forex nie mudah kerana terpengaruh dengan kata-kata manis bulan dan bintang mengenai keuntungan yang bakal diraih jika keadaan menyebelahi.

.

Setelah menceburkan diri, anda begitu taksub dan tak sabar untuk bermula. Bila tekan buy price turun, bila tekan sell price naik, rasa begitu tertekan dan modal yang ada semakin berkurang. Adakala profit dan merasa diri dah hebat, tapi jumlah kerugian lebih banyak dari jumlah keuntungan. Semakin banyak kerugian yang dialami, perasaan geram semakin membuak-buak di dalam diri.

.


DOWNLOAD E-BOOK ASAS FOREX TRADING PART I-IV SECARA PERCUMA!!!

Sila Masukkan Nama Dan Email Anda Untuk Download E-Book Ini Sekarang!!!


.

Andapun mula menggandakan lot dan berserah pada nasib semata-mata. Namun apa yang diharapkan tidak berlaku dan akhirnya kesemua modal menjadi total loss atau dengan bahasa yang lebih mudah nak faham modal dalam akaun trading licin. Semua trader akan melalui peringkat ini, asal depo mesti total loss, asal depo mesti total loss. Anda akan bergelar raja depo. Banyak trader pada peringkat ini, terus mengundurkan diri kerana beranggapan forex trading begitu susah untuk dikuasai dan hanya sebahagian sahaja yang maju ke peringkat kedua.

.

Trader Tahap 2

.

Pada tahap ini, anda sedar yang anda perlu untuk bekerja keras untuk memahami pergerakan market kerana tahu anda tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk melakukan urusniaga. Selama masa ini, bermulalah kembara mencari sistem trading yang holy grail.

.

Anda mula mencari sistem, menyelongkar pelbagai laman web yang berkaitan forex trading, membeli e-book, membeli indicator, mencuba pelbagai robot untuk dijadikan bahan ujikaji dan berharap akan menemui sistem yang boleh memberikan profit secara konsisten. Anda mula mencuba dan mempraktikkan  segala jenis method, sistem, support dan resistance, fibo, trendline, candlestick, moving average, bolinger band, fractals dan bermacam lagi method digunakan dari hari ke hari dan minggu ke minggu namun segala usaha yang dilakukan menemui kekecewaan.

.

Anda akan menemui trader-trader berpengalaman yang akan menasihati dan memberitahu bahawa teknik holy grail tak pernah wujud, namun anda tetap dengil dan merasa anda akan menemuinya cuma memerlukan kerja keras dan usaha tanpa putus.

.

Anda akan mempertimbangkan semua nasihat yang diberikan, tapi hakikatnya anda tetap degil dan suka menggunakan teknik harapan setiap kali entry beserta dengan lot yang tak masuk akal jika dibandingkan dengan modal yang ada. Tak cukup dengan itu, anda mula mencari group-group signal samada berbayar ataupun percuma. Namun apa yang anda lakukan tetap menemui kekecewaan.

.

Kemudian anda cuba pula untuk mencari guru-guru yang telah lama berkecimpung dalam arena forex trading. Ada yang berbayar dan ada yang percuma. Boleh dikatakan setiap teknik akan menceritakan wajib tunggu setup terhidang baru mula mencari peluang entry. Namun apa yang anda cuba lakukan adalah berlawanan dari apa yang disarankan oleh pengajar dan tetap tidak membuahkan hasil. Anda tetap tidak mampu mengawal emosi dan sifat ingin balas dendam sentiasa menguasai diri sendiri.

.

Pada tahap ini, anda akan melalui proses pembelajaran yang panjang antara 1-3 tahun. Ramai trader baru akan merasa tertekan dan 60% akan meninggalkan kerjaya sebagai forex trader kerana beranggapan itulah yang terbaik untuk mereka. Hanya segelintir saja yang akan meneruskan perjuangan iaitu lebih kurang 20% . Perkara ini akan berlanjutan setahun lebih dan mereka akan berputus asa dipertengahan jalan kerana mengambil risiko trading dan menghancurkan akaun mereka. Daripada 20% ini hanya 3% – 10% yang mampu untuk menjana pendapatan secara konsisten.

.

Trader Tahap 3

.

Pada tahap 3 ini, anda mula menyedari bahawa teknik bukanlah segala-galanya, teknik bukanlah penentu kejayaan, dan tak ada satu teknik pun yang boleh menjamin 100% profit. Anda mula menyedari masalah sebenarnya bukanlah terletak pada teknik tapi masalah yang sebenar-benarnya adalah pada diri sendiri.

.

Sehebat manapun teknik yang digunakan ianya memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menunggu setup sebelum entry. Sekiranya emosi tidak boleh dikawal, sehebat manapun guru yang mengajar pasti akan kecundang jua.

.

Anda mula menyedari bahawa profit boleh diraih dengan hanya teknik yang simple walaupun hanya menggunakan sebatang candlestick dan walaupun hanya menggunakan moving average sahaja tanpa menggunakan sistem yang memeningkan. Anda boleh konsisten jika boleh mengawal emosi dengan pengurusan kewangan (money management) yang betul.

.

Anda juga mula mencari dan mempelajari mengenai psikology trading dan mula menyesuaikan dengan personaliti diri. Pada tahap ini anda mengetahui tak ada seorangpun yang mampu membuat jangkaan dengan tepat samada pada time frame kecil hinggalah ke timeframe besar.

.

Selain itu, pada tahap ini, anda mula fokus pada satu teknik dan belajar menguasainya sehingga serasi dengan jiwa dan perwatakan dan boleh meraih profit. Pada tahap ini juga, anda hanya akan entry bila ada setup terbentuk dan kebarangkalian profit lebih besar dari loss. Anda mula trade dengan meletakkan stop loss kerana menyedari stop loss digunakan untuk meminimakan kerugian.

.

Pada tahap ini juga, anda sudah menyedari bahawa, untuk menjadi forex trader, perlu konsisten dengan 3 perkara iaitu konsisten pada sistem dan bukannya bertukar-tukar teknik, konsisten pada psikologi trading ( emosi ), dan konsisten pada money management.

.

Trader Tahap 4

.

Di tahap ini, anda sudah boleh mendisplinkan diri dan trade hanya bila ada setup sahaja. Sekiranya entry menyentuh stop loss, anda hanya berlapang dada dan bukannya terdorong untuk balas dendam dengan market. Anda akan cut loss bila keadaan market tidak menyebelahi kerana anda yakin kerugian yang dialami adalah satu proses urusniaga. Adakala untung dan adakalanya rugi. Setiap kerugian yang dialami akan diatasi dengan profit melebihi kerugian.

.


DOWNLOAD E-BOOK ASAS FOREX TRADING PART I-IV SECARA PERCUMA!!!

Sila Masukkan Nama Dan Email Anda Untuk Download E-Book Ini Sekarang!!!


.

Di tahap ini juga, anda sudah mula menggunakan target sebagai sasaran samada harian, mingguan ataupun bulanan. Anda mula mensasarkan target berdasarkan kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri sendiri.

.

Apabila target sasaran telah dicapai, anda akan berehat dan merancang untuk target seterusnya. Anda lebih cool dan steady ditahap ini. Anda juga akan cuba untuk memperbaiki sistem trading yang ada untuk meningkatkan lagi winning ratio trade kerana anda sedar banyak lagi yang perlu diperbaiki.

.

Trader Tahap 5

.

Level ini adalah level yang diharapkan oleh trader seluruh dunia, namun hanya sebahagian kecil sahaja yang akan sampai ketahap ini. Ketika ditahap ini, anda boleh trade secara bebas, anda boleh trade bila-bila masa dan anda boleh trade tak kira siang atau malam kerana anda sudah menguasai sistem trading yang anda telah pelajari mengikut kefahaman sendiri samada dari sudut yang sama atau berbeza. Anda boleh menari bersama market, anda boleh ikut rentak market tanpa merasa risau dan gusar.

.

Inilah puncak seorang trader iaitu anda telah menguasai emosi sepenuhnya. Anda juga telah menguasai ketiga-tiga elemen iaitu psikologi, money management, dan sistem.

.

Anda akan menjadi seperti seorang selebriti terkenal, kerana akan ada trader-trader baru yang tak putus-putus bertanya dan tak kurangnya nak menuntut ilmu. Anda menjawab segala persoalan yang mereka kemukakan kerana anda telah melalui tahap trader dari level 1.

.

Namun apa yang anda berikan samada nasihat atau cadangan mereka tak akan endahkan, mereka sangat keras hati, degil dan tak dengar cakap. Mereka sibuk mencari teknik yang holy grail 100% dan tak ada loss, sedangkan anda sudah menasihati mereka kerana perjalanan mereka sebagai trader level 1 baru bermula sama seperti anda yang 4 ke 5 tahun yang lepas.

.

Semua trader akan melalui perkara yang sama, cuma bezanya adalah berapa banyak yang mereka telah rugi. Lagi banyak seseorang trader itu rugi, maka trader itu adalah seorang trader yang berhati kental dan steady. Kalau tak mereka tak akan sampai ke level 5 dan sebaliknya berputus asa samada di peringkat 1,2 ataupun 3 kerana tidak mampu lagi untuk meneruskan perjuangan.

.

Jom register akaun trading bersama saya. Hanya perlu klik banner FXPRIMUS di bawah untuk register. Banyak kemudahan pembelajaran yang saya berikan pada trader yang bernaung di bawah networking saya. Pembelajaran A to Z dan no hidden charge. Hanya perlu deposit 100usd dan saya akan masukkan anda ke dalam group pembelajaran A to Z. Semua pembelajaran secara online..anda boleh belajar sambil bergolek-golek atas katil.

.

Ada sebarang pertanyaan, berita, info, ilmu atau teknik untuk dikongsikan secara PERCUMA ???..jangan segan silu pm admin Traderstylo…atau emailkan ke admin@traderstylo.com.

.

Anda juga boleh kongsikan pendapat, pandangan atau info pada ruangan komen di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *