Perkongsian

Tolong Jangan Berhutang Untuk Berurusniaga Dalam Forex Trading

Forex Trading amat berisiko tinggi. Ramai dikalangan kita memandang ringan malah sanggup berhutang dengan harapan bila modal besar profit yang diraih juga besar. Namun 99.99% apa yang diangankan tidak menjadi malah menambahkan beban. Bukan itu sahaja, ada yang sampai tahap rumah tangga porak peranda dan bercerai berai.

Agama Islam membenarkan malah mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berdepan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang melibatkan masalah kewangan. Dalam masa yang sama, Islam memberi galakkan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.

Firman Allah S.W.T :

Maksudnya :
“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah (semata-mata untuk mendapatkan pahala) dengan pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia” (Al-Hadid : 18)

Firman Allah S.W.T :

Maksudnya :
” Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketaqwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan” (Al-Maidah : 2)

Namun demikian, Islam begitu teliti dan amat memandang berat dalam soal memberi, menerima dan membayar semula hutang tersebut kerana ia melibatkan hubungan sesama manusia ketika hidup di dunia ini sehinggalah ke akhirat kelak.

OPEN REAL AKAUN TRADING DI SINI

Image result for blackbullmarketsUP to 1:500200USDN/AImage result for REGISTER HERE
UP to 1:100010USD10014Image result for REGISTER HERE
Image result for fxprimusUP to 1:3000100USDN/AImage result for REGISTER HERE
Image result for gmiedgeUP to 1:200025USDGMP05839Image result for REGISTER HERE
Image result for fullertonmarketsUP to 1:500100USDN/AImage result for REGISTER HERE
Image result for roboforexUP to 1:200010USDkdej
Image result for REGISTER HERE

Sebarang pertanyaan dan bantuan berkaitan pendaftaran real akaun trading, boleh ajukan melalui whats app ke no berikut 019-281 5242

ANTARA SEBAB BERHUTANG

Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu terjebak dalam hutang antaranya ialah :-

1) Ingin memenuhi kehendak dan tuntutan hawa nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang.

2) Pengaruh daripada sahabat handai atau jiran tetangga yang sering memberi galakan untuk berhutang, lantaran itu ia berbuat demikian, walaupun pada hakikat dirinya itu tidak memerlukan, tetapi hanyalah untuk berbangga dengan apa yang dimilikinya.

3) Sikap tidak merasa puas dan cukup dengan apa yang telah dimiliki dan sanggup berhutang demi memenuhi kehendak dan hajatnya tanpa memikirkan akibat yang mendatang.

4) Kemudahan pinjaman yang disediakan oleh beberapa pihak tertentu seperti institusi kewangan dan perbankan bagi menggalakkan lagi amalan berhutang.

5) Berkehendakkan sesuatu benda yang melibatkan metarial dan kebendaan dengan cepat dan pantas walaupun pada hakikatnya ia tidak mampu berbuat demikian.

Dalam hal ini jika perkara yang hendak dimiliki itu merupakan keperluan asasi (dharuriat) seperti makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian, pelajaran dan seumpamanya, maka Islam membenarkan berhutang. Tetapi jika perkara yang ingin dimiliki itu bukan merupakan perkara asasi atau penting dalam kehidupan seseorang itu, maka tidak perlulah ia berhutang, kerana hanya akan menambahkan bebanan.

IMPLIKASI JIKA BERHUTANG

1) Penyakit berhutang ini jika diamalkan akan menjadi satu budaya dalam kehidupan manusia yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pemiutang seperti muflis disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskan hutangnya.

2) Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman hidupnya dalam kancah resah gelisah dihantui oleh bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.

3) Seseorang yang terbeban dengan hutang itu akan memungkinkan ia melakukan pelbagai perkara yang dilarang oleh Syarak seperti mencuri dan menjual maruah diri semata-mata untuk melunaskan hutangnya.

4) Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya setelah meniggal dunia sehinggalah dilunaskan segala hutang piutangnya semasa hidup.

OPEN REAL AKAUN TRADING DI SINI

Image result for blackbullmarketsUP to 1:500200USDN/AImage result for REGISTER HERE
UP to 1:100010USD10014Image result for REGISTER HERE
Image result for fxprimusUP to 1:3000100USDN/AImage result for REGISTER HERE
Image result for gmiedgeUP to 1:200025USDGMP05839Image result for REGISTER HERE
Image result for fullertonmarketsUP to 1:500100USDN/AImage result for REGISTER HERE
Image result for roboforexUP to 1:200010USDkdej
Image result for REGISTER HERE

Sebarang pertanyaan dan bantuan berkaitan pendaftaran real akaun trading, boleh ajukan melalui whats app ke no berikut 019-281 5242

IMPLIKASI JIKA BERHUTANG UNTUK MEMULAKAN URUSNIAGA FOREX TRADING

1# Beranggapan Modal Besar Keuntungan Juga Besar

Boleh dikatakan ramai dikalangan kita beranggapan bahawa jika mempunyai modal besar, maka keuntungan juga besar. Persepsi sebegini, ramai mengambil jalan mudah dengan berhutang semata-mata untuk mendapatkan modal yang besar. Namun apabila melakukan urusniaga, yang berlaku adalah sebaliknya.

Untung tak kunjung tiba, kerugian kecil menjadi kerugian besar. Bila keadaan ini terjadi, anda akan jadi loss control your self dan lebih kepada ingin membalas dendam. Lot juga semakin besar, tanpa disedari risiko kerugian juga semakin besar. Akhirnya bebanan yang dipikul semakin besar.

2# Keluarga Porak Peranda

Ada juga yang sampai keluarga porak peranda disebabkan berhutang untuk mendapatkan modal trade. Keluarga yang dulunya bahagia walau hidup sederhana berubah menjadi neraka. Alasan yang selalu diberikan adalah rezeki belum sampai lagi dan perlu FOKUS belajar.

Niat dah memang betul, tapi displin diri masih ke laut dalam. Perkara seharusnya yang dilakukan adalah jadikan Forex Trading ini sebagai side income. Dalam masa yang sama pergilah kerja. Bila dah betul-betul menguasai barulah buat persiapan untuk jadi Fulltime Trader.

3# Ada Yang Sampai Tahap Nak Bunuh Diri

Ada satu kisah, tapi tak berapa ingat, loss yang dialami mencecah jutaan ringgit. Puncanya sama seperti no 1 di atas. Sampai tahap keyakinan diri dah tak ada, sampai tahap dah tak nak hidup dan akhirnya hampir-hampir bunuh diri.

Nak buat macam mana, nasi dah jadi bubur. Perkara seharusnya yang dilakukan adalah muhasabah diri, stop trade dan amik masa rehatkan diri dan bukan terjun bangunan.

KESIMPULAN

Sebenarnya ada lagi banyak keburukan jika menggunakan hutang untuk modal berurusniaga forex trading. Bukan dalam forex trading sahaja, malah semua perniagaan juga sama.

Dipendekkan cerita, jika ingin melakukan urusniaga forex trading dengan cara berhutang 99.99% akan berakhir dengan kesudahan yang tidak baik. Biarlah bermula dengan berapa yang ada, biarlah bermula dengan modal walau sekadar 10usd, biarlah apa orang nak kata dan biarlah orang mentertawakan kita yang hanya ada modal 10usd.

Namun itulah sebaik-baiknya dan jika loss tidak menjejaskan kehidupan.

Ada sebarang pertanyaan, berita, info, ilmu atau teknik untuk dikongsikan secara PERCUMA ???..jangan segan silu pm admin Traderstylo…atau emailkan ke admin@traderstylo.com.

Anda juga boleh kongsikan pendapat, pandangan, info atau pengalaman perit semasa mengambil hutang sebagai modal trade pada ruangan komen di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *