Margin call dan stop out dalam forex boleh buat akaun korang licin tanpa sedar. Jom faham maksud dan cara elakkan situasi ni…Pernah tak korang buka MetaTrader, tengok chart macam cantik je, setup padu, entry pun confident. Tapi tiba-tiba, satu hari akaun korang tinggal RM5 je, atau lagi tragis… kosong terus! Masa tu mesti rasa pelik, “Eh, kenapa akaun boleh burn padahal aku dah letak stop loss?” Haa… kemungkinan besar korang dah kena Margin Call atau Stop Out. Dalam artikel ni, saya akan explain dengan cara paling mudah supaya korang especially beginner, boleh faham apa itu margin call, apa itu stop out, dan macam mana nak elakkan dua benda ni dari makan akaun korang secara senyap.Table of Contents ToggleApa Itu Margin Dalam Forex?ARTIKEL BERKAITANApa Itu Margin Call?Apa Itu Stop Out?Bezakan Margin Call dan Stop OutKenapa Ramai Trader Tak Sedar Akaun Dah Habis?ARTIKEL LAINCara Elak Margin Call & Stop OutPenutupUntuk memahami lebih lanjut tentang margin call dan stop out korang boleh baca melalui pautan link di bawahApa Itu Margin Dalam Forex?Sebelum kita masuk bab margin call dan stop out, jom fahamkan dulu apa itu margin. Bila korang buka position dalam forex, korang sebenarnya “pinjam” duit daripada broker.Margin ialah sejumlah kecil duit dari akaun korang yang digunakan sebagai cagaran untuk buka position tu.Contoh:Kalau leverage korang 1:100, dan korang nak buka position 1 lot standard (100,000 unit), korang cuma perlukan lebih kurang $1,000 sebagai margin (bergantung pada pair).ARTIKEL BERKAITANPengenalan Teknik Teori Elliott WaveForex Trading For Beginner3 Persepsi Forex Trading Yang Wajib Korang TahuApa Itu Margin Call?Margin Call berlaku bila baki equity dalam akaun korang jatuh bawah tahap margin yang diperlukan. Maksudnya apa? Maksudnya floating loss korang dah besar sangat sampai broker bagi “warning” atau notis bahawa akaun korang dah tak cukup margin untuk cover trade yang tengah jalan.Biasanya bila margin level turun bawah 100%, broker akan bagi margin call – bukan telefon, tapi notification dalam platform atau email je.Contoh mudah:Korang ada $500 dan buka trade besar sangat. Bila market lawan arah, korang floating -$400. Maka equity tinggal $100 je. Bila margin level jatuh bawah 100%, korang kena margin call. Masa ni, tak boleh buka position baru. Tapi trade lama masih running.Apa Itu Stop Out?Stop Out pula lebih serius. Ini berlaku bila margin level korang jatuh lagi rendah, contohnya bawah 50% (atau ikut broker masing-masing). Masa ni, broker akan automatik close position korang satu per satu, bermula dari yang paling rugi, untuk lindungi diri dia dari kerugian.Maknanya apa?Akaun korang akan mula “dilupuskan” tanpa belas kasihan. Kalau market terus lawan, semua position korang akan kena tutup – dan akaun boleh kosong tanpa sempat korang buat apa-apa.Bezakan Margin Call dan Stop OutCIRIMARGIN CALLSTOP OUTBila BerlakuMargin level bawah 100%Margin level bawah 50% (ikut broker)Apa JadiTak boleh buka trade baruBroker auto tutup positionTujuanAmaran awalLindungi broker dari kerugianSiapa yang KawalTrader boleh kawal lagiBroker yang kawal akaunKenapa Ramai Trader Tak Sedar Akaun Dah Habis?Trade terlalu besar dari modal – bila lot terlalu besar, floating loss sikit pun dah makan margin banyak.Tak faham leverage & margin – ramai cuma nampak “boleh trade besar”, tapi tak kira risiko.Tak letak stop loss – bila market bergerak luar jangkaan, akaun terus hanyut.Guna robot (EA) tanpa setting betul – EA akan terus buka position tanpa kawalan margin.Tak tengok margin level – hanya fokus pada profit/loss, tapi abaikan angka margin level.ARTIKEL LAINAsas Candlestick3 Jenis Chart Dan Bagaimana Cara MembacanyaKewangan Anda Sedang Tenat?..Baca Tips Ini Untuk MerawatnyaCara Elak Margin Call & Stop Out✅ Guna Lot Saiz Sesuai – guna risk calculator. Jangan main belasah 1 lot kalau modal bawah $1000.✅ Jaga Leverage – leverage tinggi memang nampak menarik, tapi risiko tinggi juga. Pilih leverage yang sesuai dengan strategi.✅ Letak Stop Loss & Target – wajib ada! Bukan untuk rugi, tapi untuk kawal kerugian kecil dari jadi besar.✅ Pantau Margin Level – selalu check % margin dalam platform. Biasanya, selamat kalau atas 300%-500%.✅ Elakkan Overtrade – jangan buka terlalu banyak position sekaligus.PenutupLeverage memang tools yang powerful dalam forex, tapi tanpa ilmu margin call & stop out, ianya boleh jadi senjata makan tuan. Ramai trader newbie terjebak sebab tak tahu cara kerja margin ni. Harapan saya, dengan artikel ni, korang dah boleh nampak dengan jelas apa maksud sebenar margin call & stop out, serta cara nak elakkan akaun daripada burn.Kalau korang nak selamat, sentiasa jaga margin level, jangan tamak, dan kawal risiko.Untuk memahami lebih lanjut tentang margin call dan stop out korang boleh baca melalui pautan link di bawahhttps://www.investopedia.com/terms/m/margincall.asphttps://www.investopedia.com/terms/s/stop-out-level.asp https://www.investopedia.com/terms/m/margin.aspRelated Posts:Apa Itu Leverage Dalam Forex? Panduan Paling Mudah…Lot Size Dalam Forex – Formula & Kiraan Yang…Apa Itu Spread Dalam Forex? Cara Kenal Broker Yang… Post navigationApa Itu Leverage Dalam Forex? Panduan Paling Mudah Untuk Faham Lot Size Dalam Forex – Formula & Kiraan Yang Betul Untuk Modal Kecil