Kewangan Anda Sedang Tenat ?..Baca Tips Ini Untuk Merawatnya

Ada orang gaji RM4 ribu, nak beli sebuah rumah pun tak lepas sebab terbeban dengan hutang. Tapi ada yang bergaji RM2 ribu boleh beli sampai tiga hingga empat buah rumah.

Adakah anda mempunyai simptom-simptom berikut?

  • Gaji besar tetapi tak pernah cukup?
  • Pengurusan kewangan kelaut? Hancur? Barai? Rabak?
  • Segala jenis hutang dah bela?
  • Simpanan setiap bulan langsung zero?
  • Banyak resit daripada duit dalam dompet?
  • Tak cukup duit nak bayar hutang PTPTN?

Itu tandanya kewangan korang sedang tenat dan patut masuk ICU. Owh ya..sebelum tu jika anda belum mempunyai akaun trading real, anda boleh buka akaun melalui pautan di bawah

OPEN REAL AKAUN TRADING DI SINI

BrokerLeverageMin. DepositIB CodeOpen Real Account
Image result for blackbullmarketsUP to 1:500200USDN/AImage result for REGISTER HERE
UP to 1:100010USD10014Image result for REGISTER HERE
Image result for fxprimusUP to 1:3000100USDN/AImage result for REGISTER HERE
Image result for gmiedgeUP to 1:200025USDGMP05839Image result for REGISTER HERE
Image result for fullertonmarketsUP to 1:500100USDN/AImage result for REGISTER HERE

Sebarang pertanyaan dan bantuan berkaitan pendaftaran real akaun trading, boleh ajukan melalui whats app ke no berikut 019-281 5242

6 Cara Untuk Merawat Kewangan Yang Sedang Tenat

1# Tahan Nafsu Berbelanja

Ada jenis orang akan menggelupur setiap kali ternampak perkataan SALE 70% atau 80%. Seperti terkena renjatan elektrik. Lebih-lebih lagi kalau iklan jualan murah tu melintas dekat timeline Facebook. Walaupun tak ada duit, tapi nak juga beli. Rugi tak beli masa harga promosi katanya. Kad kredit menjadi mangsa.

Lepas beli, mula lah rasa menyesal sebab benda yang sama dah pernah beli sebelum ni. Jadi, lain kali fikir dulu sebelum klik BUY NOW.

2# Berhenti Buat Hutang Baru

Tolong berhenti buat hutang baru. Jika dah ada hutang kad kredit RM15K, jangan pula buat hutang peribadi untuk langsaikan kad kredit tu. Gali lubang tutup lubang bukan caranya. Jangan bertangguh bayar hutang. Rosak CCRIS nanti.

3# Turunkan Taraf Hidup

Kalau sebelum ini, setiap awal bulan dapat gaji mesti ketuk pintu restoran Nandoz, Kenni Rogers, Pizza Hat, lepas ni kurangkan. Boleh makan, tak berdosa tapi janganlah sampai lupa nak menyimpan dan bayar hutang.

Jadi, berubahlah. Tahan sikit godaan nak minum air kopi mahal tu. Minum air masak hilang juga dahaga.

4# Potong Gaji

Bila simpan duit dalam bank, senang nak keluarkan balik. Baik buat potongan gaji ke Tabung Haji ataupun ASB. Bank akan potong siap-siap daripada akaun bank sebagai “force saving”. Jadi, selebihnya boleh buat belanja.

5# Buat Perancangan Perbelanjaan Dan Ikut

Rangka perancangan perbelanjaan, tulis dan ikut. Tulis apa yang ingin dibelanjakan dan yang lebih penting lagi, patuhi rangka perancangan perbelanjaan yang telah dibuat. Anda perlu berdisiplin dalam berbelanja. Membuat bajet adalah langkah yang sangat penting.

6# Jangan Ikut Syaitan

Jauhkan diri daripada sifat membazir. Amalan syaitan tu. Bezakan antara barang-barang keperluan dan kehendak. Gaji bawah RM3K kenapa nak pakai kereta import. Pakai kereta tempatan sudah. Masa beli tu beringat sama duit belanja untuk maintenance. Telefon tu selagi dia hidup tak perlu tukar baru. Guna telefon baru tapi bila bank telefon takut nak angkat.

Guna sampai habis, pakai sampai rosak.

Masa muda gilakan kereta import, tukar sport rim, tukar seat driver. Tiap bulan dapat gaji mesti pergi travel. Siap beli GoPro, DSLR bagai. Nak kahwin berhutang, nak beli kereta import RM80K pun berhutang. Lepas tu, bila masa nak simpan duit? Macam mana nak beli rumah nanti? Lepas tu marahkan orang lain yang mampu beli rumah banyak-banyak.

Saya doakan agar Allah buka pintu rezeki anda yang baca post ini seluas-luasnya, jika rasa perkongsian ilmu ini cukup bermanfaat.

Ada sebarang pertanyaan, berita, info, ilmu atau teknik untuk dikongsikan secara PERCUMA ???..jangan segan silu pm admin Traderstylo…atau emailkan ke admin@traderstylo.com.

.

Anda juga boleh kongsikan pendapat, pandangan atau info pada ruangan komen di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.