DEFINASI CANDLESTICK SHOOTING STAR

Shooting Star adalah candlestick bearish dengan shadow atas yang panjang, sedikit atau tidak ada shadow pada bahagian bawah, dan mempunyai saiz body yang kecil. Ia muncul selepas price melakukan kenaikan.

Bagi korang yang masih fresh berkaitan Candlestick ini, Abang cadangkan korang untuk baca dahulu artikel ini sebelum meneruskan pembacaan. Boleh Klik DI SINI untuk baca.

CIRI-CIRI CANDLESTICK SHOOTING STAR

  • Muncul ketika Uptrend atau price dalam keadaan menaik
  • Shadow panjang di atas dan sedikit atau tiada shadow di bahagian bawah
  • Body candle agak kecil di bahagian bawah
  • Apabila ianya terbentuk, memberikan petanda bahawa price berkemungkinan akan melakukan penurunan.

Bila candlestick ini muncul bukan bermakna akan 100% confirm. Tapi ia cuma memberikan petanda bahawa price bakal akan turun sama ada melakukan penurunan reversal ataupun continue the trend.

Sekiranya price semakin naik selepas candlestick ini terbentuk, maka ianya dianggap sebagai fake signal kerana berkemungkinan besar shooting star ini terbentuk di kawasan atau zon di antara support dan resistance.

.

OPEN REAL AKAUN TRADING DI SINI

BrokerLeverageMin. DepositIB CodeOpen Real Account

Candlestick yang terbentuk selepas shooting star ini muncul dikira sebagai salah satu confomation ianya valid untuk dijadikan sebagai panduan sebelum memasuki pasaran. Rujuk rajah di atas.

CONTOH 1 SHOOTING STAR

This image has an empty alt attribute; its file name is image-9.png

Melalui gambar rajah di atas, Candlestick Shooting Star terbentuk dua kali yang mana pada mulanya price melakukan kenaikan dan kemudian membentuk shooting star. Selepas ianya muncul, price mula melakukan penurunan.

Candlestick seterusnya perlu berada di bawah price tertinggi shooting star tersebut dan body perlulah close di bawah price terendah shooting star.

.

CONTOH 2 SHOOTING STAR

This image has an empty alt attribute; its file name is image-10.png

Melalui contoh dua di atas, Candlestick Shooting Star yang dipetakkan bewarna kuning. Ianya terbentuk selepas price melakukan kenaikan dan apabila Candlestick ini terbentuk price cuba melakukan sebaliknya iaitu melakukan penurunan.

Ada juga berlaku, price melakukan retracement terlebih dahulu iaitu price naik terlebih dahulu tetapi tidak melepasi price tertinggi shooting star kemudian barulah melakukan penurunan.

Jika itu berlaku, ianya memberikan petanda bahawa buyer cuba menekan untuk price naik semula namun seller lebih mendominasikan pasaran dan price akhirnya melakukan penurunan.

.

CONTOH CARA MENGGUNAKAN CANDLESTICK SHOOTING STAR

.

Melalui contoh rajah di atas, overal pergerkan price adalah dalam keadaan menaik. Sehinggalah candlestick shooting star ini terbentuk yang mana open price dan high price sangat jauh berbeza (shadow) dan close price pula berhampiran dengan open price.

Candlestick yang muncul selepas shooting star dan close di bawah price terendah shooting star memberikan petanda bawaha price berkemungkinan akan turun lebih rendah(melakukan penurunan).

Untuk melakukan SELL, terdapat tiga pilihan order iaitu, instant order, limit order ataupun stop order.

Setiap pilihan order itu, boleh digunakan mengikut keselesaan masing-masing. Ada yang suka floating rendah, ada yang suka price pergi dulu baru instant manual, ada juga trader yang gemar menggunakan stop order.

Semua jenis order boleh digunakan mengikut keselesaan masing-masing. Dalam Forex Trading tiada istilah siapa betul atau salah, kalau ada sifu atau masta kata cara itu salah, cara ini salah semua dia je betul, teknik dia je power dan betul. Ketuk je kepala dia.

Dan jika korang dalam kelas, sifu kata tanpa teknik dia, semua teknik tidak bermakna. Abang nasihatkan angkat beg dan keluar dari kelas cepat-cepat.

.

CONTOH 1

Melalui contoh di atas, cara terbaik untuk memanfaatkan candlestick shooting star ini adalah tunggu sehingga candlestick selepas shooting star itu close dahulu. Ianya bertujuan untuk mengenalpasti samada candlestick selepas itu close di bawah open price atau di bawah low price shooting star tersebut.

Sekiranya ianya berlaku besar kemungkinan price akan turun lebih rendah. Daripada rajah di atas juga, jika menggunakan stop order maka akan berlaku floating besar terlebih dahulu sebelum ianya bertukar menjadi positif.

Namun, sekiranya menggunakan limit order, floating negatif agak rendah berbanding menggunakan stop order. Malah risiko stop loss juga lebih rendah berbanding menggunakan stop order.

Entry terbaik dilakukan apabila ada confirmation dan price melakukan retrecement(sama maksud dengan pullback) terlebih dahulu. Apabila price masuk ke zon support dan resistance yang korang dah highlight sebagai stroong, maka itulah kawasan entry terbaik.

.

CONTOH 2

Contoh 2 di atas pula menunjukkan cara dan juga tips untuk entry di kawasan open price pada next candlestick ataupun korang boleh entry apabila lower price candlestick shooting star yang telah dipecahkan (Break).

Dan sebenarnya ada banyak trick entry lagi selain dari contoh-contoh di atas.

.

Akhir sekali, jemput join dan lepak kat channel telegram Abang DI SINI. FREE je tak bayar YURAN pun.

telegram channel - Synapse Trading

Ada sebarang pertanyaan, berita, info, ilmu atau teknik untuk dikongsikan secara PERCUMA ???..jangan segan silu pm admin Traderstylo…atau emailkan ke admin@traderstylo.com.

.

Anda juga boleh kongsikan pendapat, pandangan atau info pada ruangan komen di bawah.

3 thoughts on “Candlestick Shooting Star Dan Perinciannya”

Leave a Reply

error: Content is protected !!