Infografik leverage forex dan cara ia berfungsi
Infografik leverage forex dan cara ia berfungsi

Leverage forex adalah satu konsep penting yang semua trader kena faham. Ia membolehkan korang mengawal posisi lebih besar dengan modal yang kecil.

Kalau korang baru nak kenal dunia forex, mesti pernah dengar perkataan “leverage”. Tapi… apa sebenarnya leverage dalam forex ni? Kenapa semua trader sebut pasal benda ni, dan apa kesan dia terhadap modal korang?

Jangan risau, artikel ni akan bantu korang faham konsep leverage dalam forex dengan cara yang paling mudah, tanpa pening kepala dengan matematik mudah. Jom mula!

Apa Maksud Leverage Dalam Forex?

Leverage dalam forex bermaksud pinjaman sementara daripada broker kepada trader, supaya trader boleh buka posisi yang lebih besar berbanding modal sebenar yang dia ada.

Contoh mudah:

Korang ada modal $100, tapi dengan leverage 1:100, korang boleh trade seolah-olah ada $10,000.

Dengan leverage, korang boleh mengawal jumlah wang yang lebih besar, jadi potensi untung lebih besar… tapi ingat, risiko pun besar juga!

Untuk penjelasan teknikal lebih lanjut, korang boleh rujuk artikel leverage oleh Investopedia

ARTIKEL BERKAITAN

Cara Leverage Berfungsi

Leverage ditulis dalam nisbah, contohnya:

  • 1:50
  • 1:100
  • 1:500

Kalau korang guna leverage 1:100, maksudnya untuk setiap $1 modal korang, broker bagi korang akses $100 dalam pasaran.

  • Modal korang = $200
  • Leverage = 1:100
  • Jadi korang boleh buka posisi sehingga $20,000 dalam pasaran

Tapi korang tak dapat duit tu secara fizikal. Ia hanya digunakan sebagai margin untuk buka posisi dalam trade.

Kenapa Leverage Digunakan?

  • Modal kecil, peluang besar. Boleh mula trading walaupun modal rendah
  • Akses kepada pasaran besar. Boleh trade mana-mana pair walaupun modal sikit
  • Potensi untung lebih besar. Trade yang kecil boleh hasilkan keuntungan yang nampak besar

TAPI… leverage ni bukan magic tool. Korang kena faham juga risikonya.

Risiko Leverage Yang Ramai Abaikan

Ramai trader baru silap kat sini:

  • Guna leverage terlalu tinggi tanpa kawalan risiko
  • Tak letak stop loss → modal habis dalam beberapa minit
  • Terlalu yakin sebab boleh grow acc dari kecil ke besar dengan cepat

Ingat: Leverage boleh jadikan $10 jadi $100… tapi juga boleh bakar $100 jadi $0 dengan cepat.

Apa Itu Margin Dalam Forex?

Margin ialah jumlah sebenar duit korang yang digunakan untuk support posisi trade. Bila guna leverage, margin yang diperlukan jadi jauh lebih kecil.

Contoh:

  • Korang nak buka posisi 1 lot standard ($100,000)
  • Leverage: 1:100
  • Margin yang diperlukan = $1,000 je

Kalau market bergerak lawan trade korang, dan margin tak cukup, akaun boleh kena margin call atau terus stop out.

Margin Call & Stop Out: Bahaya Sebenar Leverage

Margin Call = Amaran awal broker yang margin korang tak cukup. Stop Out = Broker akan tutup posisi secara automatik bila margin terlalu rendah.
Situasi ni selalu berlaku bila:

  • Korang overtrade
  • Tak letak stop loss
  • Guna lot besar dengan modal kecil

Berapa Leverage Sesuai Untuk Beginner?

Ini cadangan paling selamat:

  • 1:50 atau 1:100 = sesuai untuk belajar & kawal risiko
  • 1:200 ke atas = hanya bila dah mahir dan ada risk management ketat

Ramai newbie suka pilih 1:500 atau 1:1000 sebab nampak wow, tapi tak tahu risiko sebenar.

Tapi saya gerenti tak ada yang sanggup guna leverage 1:100 ataupun 1:50…ada pun boleh dikira dengan jari..

ARTIKEL LAIN

Cara Kawal Risiko Bila Guna Leverage

✅ Gunakan stop loss setiap trade
✅ Guna lot size kecil ikut modal
✅ Jangan open banyak trade serentak
✅ Gunakan leverage rendah bila news besar nak keluar
✅ Elakkan FOMO (fear of missing out)


Soalan Lazim (FAQ)

1. Leverage ni haram ke halal?

  • Kalau guna akaun Islamik (swap-free) dan tak melibatkan riba, leverage dibenarkan. Semak terma broker.

2. Leverage tinggi bagus ke?

  • Bagus kalau tahu kawal. Tapi untuk beginner, ia ibarat pedang dua mata.

3. Leverage sama ke untuk semua pair?

  • Tak semestinya. Sesetengah broker bagi leverage lebih rendah untuk gold atau crypto.

Kesimpulan: Leverage Adalah Kawan & Musuh

Kalau korang faham cara guna leverage, ia boleh bantu korang gandakan keuntungan walaupun dengan modal kecil. Tapi kalau silap langkah, modal boleh lebur sekelip mata.


Jadi nasihat saya — jangan kejar untung besar dulu. Belajar kawal risiko, faham konsep leverage, dan mula dengan akaun demo.

Ingat, dalam forex bukan siapa paling laju menang… tapi siapa paling lama bertahan.

error: Content is protected !!