Cara Baca Candlestick
Cara Baca Candlestick

Kalau korang baru nak terjun dalam dunia trading, benda paling basic yang wajib tahu adalah cara baca candlestick. Dalam chart, candlestick bukan sekadar batang hijau merah, ia sebenarnya “bahasa pasaran” yang tunjukkan siapa tengah kuat, buyer atau seller.

Ramai beginner rasa candlestick ni complicated, tapi sebenarnya kalau tahu asas, senang je nak baca. Dengan candlestick, korang boleh nampak:

  • Market tengah bullish (uptrend) atau bearish (downtrend).
  • Level Support & Resistance.
  • Signal untuk Entry Position.
  • Reversal Pattern bila trend nak bertukar arah.

Artikel ni saya tulis khas untuk beginner, step by step cara baca candlestick dengan mudah, siap dengan contoh, gambar dan table ringkas.

Apa Itu Candlestick Chart?

Candlestick chart adalah salah satu jenis chart yang paling popular dalam trading. Ia digunakan dalam Forex, Saham, Crypto, dan Index. Candlestick mula diperkenalkan oleh peniaga beras Jepun lebih 200 tahun lepas untuk meramal harga beras.

Setiap candlestick menggambarkan pergerakan harga dalam satu tempoh masa (trading time) tertentu. Contoh:

  • M1 (1 minit) → 1 candlestick wakili 1 minit.
  • H1 (1 jam) → 1 candlestick wakili 1 jam.
  • D1 (1 hari) → 1 candlestick wakili 1 hari.

Struktur Asas Candlestick

  1. Body (Badan): Menunjukkan harga buka (open) & tutup (close).
  2. Wick/Shadow (Sumbu): Menunjukkan harga tertinggi (high) & terendah (low).
  3. Warna:
    • Hijau/Bullish → harga naik.
    • Merah/Bearish → harga turun.

Nak baca lebih detail pasal candlestick, boleh rujuk Investopedia – Candlestick.

Jenis-Jenis Candlestick Utama

1. Bullish Candlestick

  • Harga close lebih tinggi dari harga open.
  • Tanda buyer lebih dominan.
  • Biasanya warna hijau.

2. Bearish Candlestick

  • Harga close lebih rendah dari harga open.
  • Seller lebih dominan.
  • Biasanya warna merah.

Perkara paling penting yang perlu korang faham adalah mengenai open, high, low, close candle (OHLC). Seringkali kita dengar OHLC, tapi adakah korang sebenarnya faham atau buat-buat faham?

Selepas membaca artikel ini, korang akan tahu samada tergolong dalam golongan yang faham atau golongan yang buat-buat faham.

Berdasarkan rajah di atas terdapat 2 candle body sama besar yang mempunyai shadow di bahagian atas dan bawah. Satu warna merah ( mewakili bear candle) dan satu lagi warna biru ( mewakili bull candle).

Menatang apa pulak bear dengan bull nie??…releks….teruskan membaca korang akan faham nanti..

Bear dalam bahasa melayu beruang manakala bull pula bermaksud lembu. Tingkah laku kedua-dua binatang ini sangat berkaitan dengan pergerakan market iaitu turun dan naik dan sering berlawanan antara satu dengan yang lain.

Beruang menyerang lawannya dan menerkam ke bawah seiring dengan pergerakan market yang bergerak ke bawah dan ianya di namakan bearish ( pergerakan menurun ).

Manakala lembu pula menyerang lawannya dengan menghalakan tanduk dari bawah kemudian menolak lawannya ke atas menggunakan tanduk seiring dengan pergerakan market yang bergerak dari bawah ke atas dan ianya dinamakan bullish ( pergerakan menaik )…

Kemudian price naik lalu membentuk high dan price berpatah balik ke bawah dalam beberapa ketika untuk membentuk low ( harga terendah ) dan seterusnya close di  bawah harga open untuk melengkapkan sebatang candle.

Manakala pembentukan candle bull pula adalah sebaliknya iaitu harga open bermula dari bawah, kemudian price turun membentuk low dan berpatah balik ke atas untuk membentuk high lalu close di atas harga open tadi.

Perkara sebegini perlu dititikberatkan, sekiranya korang boleh faham maka mudahlah untuk mempelajari ilmu-ilmu yang lebih advance.

Cara membaca candlestick cukup mudah:

  • Open bermaksud harga pembukaan
  • Close bermaksud harga penutupan
  • Low bermaksud harga terendah
  • High bermaksud harga tertinggi
Paling penting adalah korang perlu mengetahui dengan jelas candlestick yang berada di depan sedang ingin menyampaikan pesanan apa kepada korang mengenai market structure, kekuatan sebuah trend, pertarungan buyer dan seller dan kemungkinan pergerakan harga berikutnya.

Candlestick Pattern Asas Yang Wajib Beginner Tahu

Kalau korang baru nak belajar, cukup kenal beberapa pattern asas je dulu. Jangan terus hafal semua sebab ada beratus pattern.

Candlestick Reversal Pattern

  1. Hammer
    • Body kecil, shadow bawah panjang.
    • Signal kemungkinan reversal dari downtrend ke uptrend.
  2. Shooting Star
    • Body kecil, shadow atas panjang.
    • Signal kemungkinan reversal dari uptrend ke downtrend.
  3. Engulfing Pattern
    • Bullish Engulfing → Candlestick hijau besar telan candlestick merah sebelumnya.
    • Bearish Engulfing → Candlestick merah besar telan candlestick hijau sebelumnya.
  4. Doji
    • Open ≈ Close.
    • Menunjukkan ketidakpastian (market neutral).

Cara Baca Candlestick Dengan Step by Step

Step 1: Kenal Body & Wick

Fahami body tunjukkan momentum buyer/seller, manakala wick tunjukkan rejection pada level tertentu.

Step 2: Tengok Warna

  • Hijau → Buyer control.
  • Merah → Seller control.

Step 3: Lihat Posisi Candlestick Dalam Chart

Candlestick kena baca dalam konteks:

  • Kalau muncul dekat Support, pattern bullish lebih kuat.
  • Kalau muncul dekat Resistance, pattern bearish lebih kuat.

Step 4: Cari Confirmation

Jangan entry hanya berdasarkan 1 candlestick. Tunggu confirmation daripada candlestick seterusnya atau confluence dengan indicator lain (contoh Moving Average, RSI).

Table Ringkas: Perbandingan Candlestick Asas

CandlestickSignalMakna
HammerBullish ReversalBuyer reject harga rendah
Shooting StarBearish ReversalSeller reject harga tinggi
Bullish EngulfingBullishBuyer takeover seller
Bearish EngulfingBearishSeller takeover buyer
DojiNeutralMarket ragu-ragu

Tips Penting Baca Candlestick

  • Jangan baca candlestick secara isolated. Tengok trend keseluruhan.
  • Gabungkan candlestick dengan Support & Resistance zone.
  • Gunakan timeframe lebih besar (H4, D1) untuk analisa utama, timeframe kecil untuk entry.
  • Jangan overtrade hanya sebab nampak 1 pattern.

Latihan Praktikal Untuk Beginner

Kalau korang nak belajar cepat, practice baca candlestick dekat chart real-time. Boleh guna platform percuma macam:

  • TradingView (senang guna, banyak indicator).
  • MT4/MT5 (platform standard Forex trader).

Kesimpulan

Candlestick chart sebenarnya bukan susah, cuma kena belajar step by step. Asalkan korang tahu body, wick, warna, dan pattern asas, dah cukup untuk mula. Yang penting, jangan entry ikut pattern semata-mata, tapi gabungkan dengan analisa lain.

Candlestick ni macam “bahasa market”, lagi banyak practice, lagi mudah korang faham apa yang buyer & seller tengah buat.


FAQ

1. Berapa banyak candlestick pattern saya perlu hafal?
Tak perlu hafal semua. Cukup kenal pattern asas macam Hammer, Shooting Star, Engulfing, dan Doji.

2. Adakah candlestick sesuai untuk intraday trader?
Ya, sangat sesuai sebab candlestick tunjuk signal cepat. Tapi pastikan guna timeframe sesuai dengan strategi.

3. Boleh ke entry guna candlestick sahaja?
Tak digalakkan. Candlestick bagus untuk signal, tapi kena confirm dengan Support/Resistance dan indicator lain.

Kalau korang rasa artikel ni membantu, jangan berhenti belajar kat sini je. Teruskan baca artikel lain yang saya tulis untuk mantapkan pengetahuan korang:

12 thoughts on “Cara Baca Candlestick Dengan Mudah”
  1. Halo! Selamat Siang,

    Perkenalkan sebelumnya, saya Elfira, dari Department Kemitraan Instaforex Company.
    Kami ingin menawarkan kerjasama program afiliasi yang memungkinkan Anda mendapatkan $ 15-53 dari setiap lot pasar standar pelanggan Anda.
    Jika Anda tertarik, silahkan hubungi saya dan saya akan memberikan rincian.

    InstaForex memberikan semua mitra dengan peluang berikut:

    – SUB-IB Program – menarik mitra dan mendapatkan komisi dari klien sub IB anda;
    – jangkauan terluas materi promosi;
    – konten gratis untuk situs web Anda;
    – Statistik link referral canggih dalam Kabinet Mitra Anda;
    – website siap pakai bebas untuk kenyamanan Anda;
    – bonus kupon untuk mendorong pedagang;
    – kampanye – “$ 500 Afiliasi Reward!”;
    – hadiah untuk mitra: undian dari gadget mobile (iPad, iPhone, Blackberry, atau Samsung Galaxy Tab);
    – berbagai pilihan sistem pembayaran untuk account pengisian dan penarikan dana;
    – dukungan dan pendekatan individu untuk setiap mitra.

    Menjadi afiliasi sekarang dan mendapatkan materi informasi untuk situs web Anda dengan link afiliasi terintegrasi!
    Kami akan senang untuk membangun kerjasama yang saling menguntungkan dengan Anda.
    Terima kasih atas perhatian yang diberikan, jika ada pertanyaan atau sudah melakukan pendaftaran, silahkan hubungi saya kembali.

    Salam,
    Elfira

    Email:
    partners@mail4.instaforex.com

    1. Jamal Abdullah ( Naked Chart Trader ) says:

      wsalam…t.kasih atas pelawaan anda…buat masa sekarang sy tak berminat lg.. 🙂

  2. Assalammualaikum bos.. Boleh tak saya belajar lebih lanjut lagi tentang candlestick ni dari bos.. Sy ada ebook psl ni tapi bahasa english.. Kurang nak faham sbb terma2 dalam bahasa english yg buat saya susah nak faham psl candlestick ni.. Boleh tak bos ajar saya?

    1. Trader Stylo says:

      Wsalam..maaf lambat balas baru pasan msg..boleh aja tn 🙂

  3. Hassim Hamdan says:

    Assalammualaikum bos.. Boleh tak saya belajar lebih lanjut lagi tentang candlestick ni dari bos.. Sy ada ebook psl ni tapi bahasa english.. Kurang nak faham sbb terma2 dalam bahasa english yg buat saya susah nak faham psl candlestick ni.. Boleh tak bos ajar saya?

    1. Trader Stylo says:

      Wsalam..maaf lambat balas baru pasan msg..boleh aja tn 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!