Tan Sri Syed Azman merupakan seorang pegawai perisikan tentera yang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Dia telah dianugerahkan pangkat Mejar setelah berkhidmat selama 13 tahun. Dan pada tahun 1993, Tan Sri Azman berhenti, kemudian memulakan perniagaan kereta terpakai bersama isteri.

.

.

Selepas memulakan perniagaan, anak jati Sungai Petani, Kedah ini berulang-alik dari Malaysia ke London untuk membeli kereta terpakai sebelum menjualnya. Dia yang tidak memiliki AP pada ketika itu terpaksa berkongsi dengan rakan-rakan yang memiliki permit tersebut.

.

AP bermaksud ‘Approved Permits’ yang membolehkan seseorang untuk menjual beli kenderaan import secara sah.

Akhirnya kerajaan setuju mengurniakan AP kepadanya, Setelah beberapa tahun bertungkus-lumus, Perniagaan kereta terpakai Tan Sri Syed Azman mula menjadi sebutan ramai.

Namun begitu, kerajaan mengambil keputusan untuk memberhentikan pemberian AP secara terbuka dan hanya menawarkan franchise AP.

.

Nak dapatkan franchise AP bukan senang. Seseorang itu perlu dilantik oleh syarikat kereta asing sebagai pengedar. Contohnya, jika anda ingin menjual kereta Mercedes di Malaysia, syarikat tersebut yang berpangkalan di Jerman perlu melantik anda sebagai pengedar yang sah. Kemudian barulah kerajaan boleh memberikan franchise AP kepada anda.

.

Artikel Lain Yang Mungkin Anda Berminat Untuk Baca ;

.

Bagi Tan Sri Syed Azman, nasib menyebelahinya apabila syarikat automotif gergasi Honda dari Jepun meletakkan kepercayaan tinggi terhadapnya lalu melantik Tan Sri sebagai pengedar kereta jenama tersebut di Malaysia.

Dan selepas Honda, Tan Sri Syed Azman juga mendapat hak untuk mengedar kereta Chevrolet dan Suzuki.

.

Pada mulanya hanya jual kereta. Tapi bagaimana Tan Sri Syed Azman boleh terlibat dalam industri penerbangan seperti helikopter?

This image has an empty alt attribute; its file name is image.png

Tan Sri pernah berkata, rutin hariannya banyak dihabiskan di atas jalan kerana banyak menjalankan urusan perniagaan di merata tempat. Jadi cepatlah terasa bosan. Kemudian, seorang rakannya mencadangkan untuk dia membeli sebuah helikopter. Daripada bosan atas jalan raya, lebih baik terbang di udara.

.

Pada tahun 2003, Tan Sri Syed Azman membeli sebuah helikopter dengan harga US$1.5 juta (RM5.858 juta) untuk digunakan pelbagai urusan. Tetapi ada masanya helikopter itu tidak digunakan. Bila tak pakai, di sewakan saja kepada sesiapa yang mahu guna.

.

Ketika itulah Tan Sri sedar bahawa permintaan helikopter sebenarnya tinggi di Malaysia, satu perkara yang tidak pernah diketahuinya sebelum ini. 5 tahun kemudian, Tan Sri Syed Azman berjaya mendapatkan kontrak pertama untuk menyediakan perkhidmatan helikopter untuk membawa pekerja sektor minyak dan gas ke pelantar.

.

Tan Sri Syed Azman memiliki sebuah syarikat penerbangan yang diberi nama ‘Weststar Aviation’. Kontrak pertama yang didapatinya pada 2008 dulu kini bernilai RM8 bilion!

Image from www.airplane-pictures.net

Tan Sri Syed Azman memiliki lebih 40 buah helikopter dan 4 buah jet persendirian. Selain itu, kontrak bagi membawa pekerja pelantar minyak yang diperolehnya pada 2008 kini bernilai RM8 bilion. Nilai ini telah menjadikannya antara lelaki Melayu paling kaya di Malaysia.

.

Lebih menarik, jumlah itu belum termasuk perniagaan peluru berpandu, peralatan pertahanan, hartanah, kenderaan, pembinaan, dan macam-macam lagi yang dimilikinya. Jadi boleh bayangkan betapa kayanya Tan Sri?

Image from FlyingJ31/flickriver

Tan Sri Syed Azman enggan menyatakan jumlah asetnya. Tn Sri Syed Azman hanya menjawab: “Saya tak boleh beritahu jumlah harta saya, mak saya tak suka”.

.

Anda Juga Mungkin Berminat Dengan Artikel Berikut ;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Contact Us

error: Content is protected !!
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
  • More Networks
Copy link
Powered by Social Snap