1

2

.

Bagi trader-trader yang baru menceburkan diri di dalam arena forex trading, mereka beranggapan bahawa menjadi seorang forex trader merupakan jalan pintas untuk menjadi kaya dalam jangka masa yang singkat. Hal ini terjadi disebabkan mereka terpengaruh dengan tayangan secreen short profit yang berleluasa di media sosial seolah-olah tak pernah rugi. Masuk entry mesti untung, asal masuk entry je mesti untung. Bagi pendapat saya lebih baik lupakan mencari teknik yang holly grail atau lebih dikenali sebagai teknik 100% win. Apa yang paling penting adalah nilai keuntungan melebihi nilai kerugian itu sudah memadai.

.

.

3

.

Dalam apa jua bidang diceburi, jika anda malas maka anda akan gagal. Waktu ambil SPM dulupun kalau malas pasti akan gagal. Ramai trader memberikan alasan bahawa mereka tak ada masa untuk belajar disebabkan kekangan kesibukan kerja. Pagi masuk kerja, malam hari balik kerja dan badanpun dah letih masa tu. Sedangkan masa kerja ada masa rehat, sambil kerja sambil pelan-pelan kayuh untuk belajar. Bak kata pepatah hentak seribu daya, tak hendah seribu dalih. Anda boleh ambil inisiatif untuk membuat nota-nota kecil untuk diselitkan di dalam poket dan boleh dibawa ke mana-mana. Bukan senang jika nak senang. Semuanya memerlukan pengorbanan

.

4

.

Perkara yang seharusnya dilakukan adalah perbaiki sistem trading anda bukannya sibuk mencari broker 100% tiptop. Setiap broker ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Bagi saya apa yang paling penting proses depo, draw tak banyak cengkadak dan tak banyak rules yang perlu dipatuhi. Setakat mt4 hang 5-10 minit sekali sekala tu bagi saya normal dan tak menjejaskan, melainkan anda seorang scalper.

.

5

.

Mengabaikan Money Managment dalam Forex Trading umpama anda menaiki motorsikal tanpa helmet. Ianya juga boleh diumpamakan seperti memandu tanpa memakai tali pinggang keledar. Nampak seperti remeh tapi sebenarnya membahayakan diri sendiri. Power mana sekalipun anda dalam trading pasti akan tersungkur jua. Ini kerana, kita takkan boleh win dalam semua entry, pasti akan ada loss.

.

6

.

Tamak boleh diumpamakan seperti ” bagai anjing dengan bayang-bayangnya “. Nampak seperti sinis tapi itulah realitinya. Rata-rata trader tidak boleh mengawal sifat tamak yang menguasai diri. Profit dah dapat dan dah lebih dari target tapi merasakan masih tak cukup. Kemudian trade lagi hinggakan profit tadi hilang dan lagi menyedihkan akaun bertukar menjadi total loss. Begitulah kesannya bila tamak menguasai diri

.

.

7

.

Trade mengikut emosi umpama tunduk ke atas hawa nafsu. Lumrah kehidupan bila diri dikuasai nafsu, pasti akan merosakkan diri. Buat trading plan anda dan ukurlah kemampuan diri. Sama ada meletakkan target harian, mingguan ataupun bulanan. Bila target tercapai tutup mt4 dan buatlah benda lain agar profit anda tidak hilang begitu sahaja.

.

8

.

Gamble lebih dikenali sebagai berjudi. Gamble ini sangat-sangat tidak baik untuk mereka yang mempunyai masalah kewangan. Sekali trade 100% merisikokan modal yang ada. Bila profit rasa sangat seronok, tapi bila loss abih ranap kesemua modal yang ada. Lebih menyedihkan modal yang ranap itulah untuk diguna beli susu anak dan dengan duit itu jugalah digunakan untuk beli belanja rumah dan seisi keluarga.

.

9

.

Stop Loss lebih dikenali sebagai nilai kerugian yang sanggup ditanggung oleh individu itu sendiri. Stop Loss digunakan sebagai ukuran atau jumlah kerugian yang sanggup kita rugi dalam setiap entry. Bila anda tak meletakkan stop loss pada setiap entry, bermakna anda merisikokan keseluruhan modal yang ada dalam akaun. Memang tidak dinafikan jika anda mengambil inisiatif untuk melakukan cut loss bila kerugian berlaku..itu jika anda boleh monitor entry..jika anda seorang yang sibuk bekerja, nasihat saya letaklah stop loss untuk mengurangkan risiko terhadap akaun anda.

.

10

.

Perkara yang sebetulnya anda lakukan adalah perbaiki kesilapan, adakah silap entry awal ataupun silap entry lambat..adakah stop loss terlalu dekat ataupun memang tak sesuai. Bila anda menghabiskan sepanjang hari untuk belajar dari forum dan blog, ianya akan merugikan masa anda. Anda akan melalui proses pembelajaran yang panjang. Anda akan bertemu dengan 1001 teknik dan terpaksa try and eror satu persatu.

.


DOWNLOAD E-BOOK ASAS FOREX TRADING PART I-IV SECARA PERCUMA!!!

Sila Masukkan Nama Dan Email Anda Untuk Download E-Book Ini Sekarang!!!


.

Ada sebarang pertanyaan, berita, info, ilmu atau teknik untuk dikongsikan secara PERCUMA ???..jangan segan silu pm admin Traderstylo…atau emailkan ke admin@traderstylo.com.

.

Anda juga boleh kongsikan pendapat, pandangan atau info pada ruangan komen di bawah.

Leave a Reply

error: Content is protected !!