Abang buat posting ini bagi menjawab segala pm yang abang terima…Bacalah dengan hati yang tenang…terkadang rasa malu dan segan bila yang pm nak belajar, rata-ratanya panggil sifu, otai, atau masta… .Sebelum tu abang mohon maaf pada semua..rasa-rasa tak suka dengan apa yang abang sampaikan tekan je button UNFOLLOW atau UNFRIEND..semua dihujung jari…jadi korang tak akan nampak lagi posting dan iklan abang….Jujur abang katakan..abang bukan sifu, otai, masta, atau legend seperti yang korang sangkakan…abang juga bukan FTT (singkatan bagi perkataan Fulltime Trader)….terdetik rasa malu dan segan dalam diri…Sehingga ke hari ini abang masih lagi bekerja di salah sebuah syarikat sebagai Head dot.dot.dot sahaja…walaupun jawatan nampak gah..tapi hakikatnya abang juga adalah seorang kuli dan hidup dengan makan gaji…abang juga sama seperti kebanyakan orang…bukan berasal dari keluarga berada atau berharta….Abang membesar dalam keluarga yang miskin dan serba kekurangan…Sehingga ke hari ini, abang masih lagi struggle untuk teruskan kehidupan dan menambah baik nilai hidup demi kelangsungan hidup sekeluarga…..Abang da rasa bersyukur dengan apa yang ada pada hari ini…jika dibandingkan kehidupan 15 tahun yang lepas…kehidupan abang begitu daif dan serba kekurangan…hidup tak ada halatuju..yang ada cuma keinginan dan tekad yang kuat untuk tambah baik nilai kehidupan….Dahulunya abang menjadi nelayan seawal usia 6 tahun dan turun ke laut bersama nenek (orang kl cakap atuk) untuk mencari rezeki dan hasil lebihan dijual untuk beli barang keperluan seperti beras, gula dan kopi untuk keperluan harian. Umur 6 tahun abang dah jadi nelayan dan ketuk pintu jiran untuk jual ikan…..Abang bekerja seawal usia 13 tahun di kilang kayu balak..kilang sinora sdn.bhd namanya..tah wujud lagi tak kilang tu sekarang…di tempat kerja, tugas abang menyusun lebihan kayu ke dalam bakul yang disediakan…,Itupun masuk kerja secara seludup dan bos yang jaga department tu, bagi masuk kerja atas sebab kesian dengan keadaan abang yang tak terurus dan sangat memerlukan wang…abang cuma cakap..bagilah kerja apapun saya sanggup buat..kecuali mencuri….Bos tu bagi gaji RM10 sehari dan bekerja 10 jam…abang terima tanpa banyak soal..janji ada daripada tak ada langsung..pagi abang sekolah, balik sekolah cuci baju dan jemur..petang abang masuk kerja dan balik pula pada malam hari…setiap hari rutin yang sama abang lakukan..Dikala budak lain menghabiskan masa bermain pada usia itu….abang sibuk mencari wang demi kelangsungan hidup dan perbelanjaan sekolah sendiri….mak selalu sakit-sakit..ayah pulak kerja tak tentu….dalam keluarga abang anak ke.4..atas abang semua perempuan...Kalau lelaki abanglah yang sulung…pada masa abang kerja sampingan tu..adalah duit sikit….tapi nak tampung keperluan rumah memang tak sepenuhnya..abang cuma beli benda yang betul-betul perlu….Gaji masa tu paling banyak, dalam dalam RM180 sebulan..biasa sebulan antara RM100-RM150 sebulan sebab seminggu 2 kali cuti..kadang ada juga skip tak datang kerja..normallah gaji ciput…tapi seronoknya macam dapat sejuta..huhu..ANDA JUGA MUNGKIN BERMINAT UNTUK MEMBACA ARTIKEL BERIKUT.9 Pantang Larang Forex TradingForex Trading For BeginnerForex Trader Remaja Grow Akaun Trading Real Dari 150 GBP Ke 60K GBP.Dalam sekolah abang merupakan antara pelajar bermasalah dan paling lembab di dalam kelas, selalu dirotan, selalu didenda angkat kerusi, bediri satu kaki tangan lurus ke depan, berdiri atas meja, jemur di luar kelas, dirotan, cubit, tarik telinga dan macam-macam lagi denda abang dapat…(tapi tak pernah mengadu kat mak atau ayah…sbb klu ngadu dapat double lagi…huhuhu)…sebabnya selalu tak siapkan kerja rumah dan tak ada buku atau lambat beli buku…mana taknya..kena tunggu gaji baru dapat beli..huhu…dalam kelas ada dalam 30 orang..abang antara top 3 kat belakang….Dalam kelas selalu diherdik anak miskin, bodoh, lembab….Orang lain setiap tahun dapat beg baru, baju baru, kasut baru, stokin baru, buku baru dan ditemani mak ayah untuk proses pendaftaran….Abang setiap tahun urus sekolah sendiri, daftar sendiri, cari belanja sekolah sendiri, ambil report kad pun sendiri..tapi tak pernah mengeluh...Tiap tahun abang akan minta buku kawan-kawan yang dah tak pakai, kumpul kemudian amik helaian yang masih kosong kemudian gabungkan sampai nampak jadi satu buku….Nama yang ada kat depan..padam pakai liquid je, baju sekolah beli sekali dan pakai sampai lunyai..koyak sini jahit, koyak sana jahit sehinggalah baju nampak betul-betul lusuh baru beli….Tapi nasiblah masa tu sekolah ada bagi baju free.. dapatlah juga merasa baju baru..stokin jangan cakaplah..koyak kat tumit, jahit, koyak kat ibu jari jahit, jahit sana, jahit sini..sampailah stokin tu jadi pendek betul..barulah beli baru..itupun kalau dapat beli….Beg sekolah abang, kebanyakkan kutip kat laut yang hanyut di bawa arus..bila abang ambil dan nampak masih boleh pakai, abang bawa balik..kemudian beli zip dan minta tolong dengan mak untuk tukar zip..kemudian cuci bersih-bersih, jemur..dan itulah beg baru abang…..Orang selalu kata kais pagi makan pagi..tapi kami sekeluarga kais pagi untuk 1 atau 2 hari…selebihnya minum air banyak-banyak…ada pernah makan pisang mentah yang masih hijau bergetah sebab terlalu lapar...Abih melecet bibir…tak boleh makan macam tu..cuba pulak rebus bagi lembut..sekali sama je..cuci kemudian rebus dan tumbuk dengan lesung batu bagi hancur…konon senang nak makan..rasa nk termuntah….tapi apakan daya…kunyah dan paksa telan je..janji dapat makan untuk alas perut..benda nie berlarutan sejak abang diberhentikan kerja sebab bawah umur…..Nak tak nak..abang kena cari idea juga…abang dapat idea…jual tin dan besi buruk…abang ditertawakan oleh kawan-kawan sebab sanggup cari tin-tin dan besi buruk...Tapi abang tak peduli semua tu..yang penting abang tak mencuri…tebalkan je muka…penat lelah dan malu itu hilang bila tin dan besi buruk itu ditukar jadi duit…tapi gembiranya mcm dapat sejuta..huhuhu..Kalau setakat makan nasi dengan garam itu dah biasa dan menjadi rutin ..nasi campur gula, campur minyak itu da biasa bagi kami sekeluarga…kalau dapat makan nasi plus garam plus ikan goreng..itulah makanan paling mewah dalam hidup kami….Tapi yang bestnya jiran-jiran dan saudara-saudara tak tahupun kami anak beranak hidup susah…mak selalu pesan biar kita mati ke bulur tapi jangan sekali-kali meminta atau mencuri…nak sesuatu kena usaha..jangan menyusahkan orang, walau orang tu keluarga terdekat…...Paling abang tak boleh lupa pesanan keramat mak, biar kita miskin, biar rumah kita buruk, janji dalam rumah, tandas bersih dan kemas. Biar kita miskin harta tapi jangan miskin akhlak..Nak minta bantuan..masa tu family tak ada pendedahan..tak reti panjat kebajikan untuk minta bantuan..yang mak taw hari-hari dia pesan…biar mati kebulur, jangan sekali-kali meminta-minta…kalau mak tahu…siaplah konfom berbirat satu badan….Sehinggalah ke hari ini..tabiat tu terbawa-bawa..bila wife tanya nak makan apa..abang jawab masaklah apapun abang makan, tolak racunje abang tak makan..kalau ada ikan gorengpon abang dah happy giler dan bersyukur kerana itulah makanan abang paling mewah suatu ketika dahulu..wajah wife abang terus bertukar bila dengar ayat keramat tu….huhuhu…..Bila nak sesuatu perlu usaha..bila ada kesusahan, abang tak pernah bercerita pada sesiapa..hanya tenung dinding sambil berfikir untuk mencari jalan penyelesaian..walaupun jalan yang abang pilih itu sebenarnya boleh menghantar abang ke gaung dalam dan hidup dalam kegelapan….Walau dalam kesempitan abang sangat jarang pinjam duit dengan kawan…selagi boleh iktiar, abang iktiar sehabis mungkin…selagi boleh jimat..abg jimat mengalahkan tahap haji bakhil…kecuali bila dah terdesak sangat atau bila perlu...Bila dapat gaji abang akan dahulukan keperluan rumah dan hutang..lebihan barulah guna untuk diri sendiri…abang rasa masa tu..kamilah keluarga yang paling susah….Tapi bila dah besar panjang dan hidup merantau…barulah abang tahu…sesusah-susah kehidupan dulu…rupanya ada lagi keluarga dan insan yang lebih susah..Susahnya sampai tahap makan kulit kayu dan dakwat pensil pun ada…bila tahu hal tu….secara automatik air mata jantan abang jatuh berderai dan tak mampu dikawal.Nak cerita perjalanan hidup abang sangatlah panjang….keperitan, cabaran, dugaan hidup diperantauan, kena tipu, kena kencing dan macam-macam lagi..itu bagi abang adalah lumrah kehidupan….Semua tu dipanggil proses learning. Belajar tentang survival hidup. Moving foward…terus melangkah walau pahit dan perit dirasa..Setakat buat 3 hingga 4 kerja dalam sehari itu normal bagi abang….siang kerja hakiki, malam kerja di kedai makan, kfc, mcd, kenny rodges, pasar malam….Macam-macam kerja abang buat dulu..yang pastinya siang abang kerja office hour..malam abang kerja di tempat yang boleh bagi free makan..jadi kos perbelanjaan makan jadi jimat…..Setiap kali gaji, first abang akan transfer dulu kat mak, itu kira pejam mata je..ada duit atau tak ada duit belakang cerita, sebab masa tu adik-adik kecil lagi dan perlukan wang untuk belanja persekolahan.Dan keperluan dirumah. Kemudian hutang-hutang, bil-bil dan barulah kepada keperluan diri sendiri…lebihan duit gaji kebanyakannya abih invest kat mencari ilmu...Abang tak ada duit simpanan..kalau ada lebihan RM200..abang akan cari sesuatu yang boleh menambah nilai kehidupan abang…sebab abang percaya..dengan adanya ilmu duit akan datang kemudian..abang boleh gunakan ilmu tu bila-bila masa diperlukan…tapi bila tak ada ilmu, orang kaya rayapun boleh jadi papa kedana…..Sepanjang hidup abang dekat semenanjung nie..bermacam-macam kelas ilmu dah join, bermacam-macam ebook dan bermacam-macam buku dah beli…kebanyakan hidup abang abih mencari ilmu...Buat kerja sambil membaca macam orang gila…lepas belajar banyak idea muncul..tapi terkubur macamtu je disebabkan kurangnya ilmu…abang jenis tak suka melepak..tempat lepak abang biasanya di gelanggang badminton atau futsal..dan hanya teman terdekat yang mengenali abang….Abang rasa cukup itu saja abang kongsikan…tulis panjang-panjangpun bukan ada orang nak baca…tapi kalau korang baca hingga ke point ini,..bermakna anda juga sama seperti abang atau paling tidakpun lebih kurang seperti abang…dan mempunyai keinginan dan matlamat yang sama iaitu untuk mengubah hidup dan keluar dari zon miskin..Jika dibandingkan kehidupan abang sekarang dengan kehidupan 15 tahun yang lepas..kehidupan abang jauh lebih baik…dan abang juga tak buat kerja part time kat kedai makan, hotel, atau pasar malam….Tapi kerja tu abang tukar dengan menjadi forex trader…Nak kata income forex lebat tu tak adalah..tapi bolehlah untuk tampung minyak, tols, kadang pergi berjalan-jalan dan bercuti, kadang cover sampai bayar hutang piutang…cuma ada kalanya loss berderet-deret…kadang trade macam tak reti trade..rasa macam orang bodohpon ada…..Serius abang katakan..sehingga ke hari ini kalau trade, loss abang masih berderet-deret merah…nak kata MC (singkatan bagi perkataan Margin Call) tu..dah biasa dan dah lali dgn MC…sampai sekarang kalau tak jaga MM (singkatan bagi perkataan Money Managment)..konfom MC..tapi kalau jaga risk betul-betul…susah nak MC…..Nak kata dah berjaya dalam trading nie…bagi abang belum berjaya lagi…jaraknya ibarat langit dan bumi…banyak faktor kena fikirkan..tambah pulak abang nie anak orang susah…komitmen tinggi….Kena fikir masak-masak….abang tak nak berlagak macam orang berduit, tapi sebenarnya poket kosong…pendek ceritanya…sedar diri siapa..atau paling tidakpon ukurlah baju di badan sendiri..Cuma abang faham satu perkara dalam trading…tapi ini mungkin abang share lain kali..itupun kalau ada yang nak….kalau tak nak simpan jela…sebab ramai lg sifu-sifu, otai-otai atau masta-masta yang power korang boleh belajar…..Maaf coretan ini agak sedikit panjang…sebab tak nak korang fikir abang nie macam sifu-sifu, otai-otai atau masta-masta lain yang dahpun FTT….Lepas nie jangan tanya abang dah FTT ke?…kalau ada org tanya nanti abang bagi dia baca post nie balik…jadi kalau nak belajar dengan abang….fikirlah banyak kali ok…huhuhu...Tapi kalau anda serius nak belajar dengan abang…korang perlu ready back to basic..tanpa basic yang kukuh, trading korang akan jadi tunggang langgang. Bila basic korang stroong, belajarlah teknik manapun…insyallah tak akan ada masalah..malah amat mudah untuk digabungkan...Niat nak FTT tu memang ada…tapi belum sampai masanya..pedulilah apa orang nak kata…periuk nasi abang kat rumah tak ada siapa nk jaga melainkan abang sendiri...Gambar di atas abang ambil masa jalan-jalan dengan anak dan isteri pergi mini zoo apa tah, tak ingat nama dia..tempat dia kat serdang atau sri kembangan tak silap…maklumlah masa kecil-kecil dulu abang tak pernah jalan-jalan…bila dah besar nie….kaki asyik nak berjalan je..huhuhu..Jangan lupa join dan lepak kat channel telegram Abang DI SINI.Begitulah cerita sedikit sebanyak tentang Abang J 🙂.Ada sebarang pertanyaan, berita, info, ilmu atau teknik untuk dikongsikan secara PERCUMA ???..jangan segan silu pm admin Traderstylo…atau emailkan ke admin@traderstylo.com..Anda juga boleh kongsikan pendapat, pandangan atau info pada ruangan komen di bawah.Related Posts:Depo Kecil, Besar Atau Trade Demo Dulu?Contest Battle Trading 2019Candlestick Shooting Star Dan Perinciannya Post navigationPanduan Memilih Broker Teknik Forex Terulung
Sedih ku baca bang 😭😭😭 teringat knangan dlu .. bg jamal dlu pndiam btl smpai aq sm adikku takut sm bg jamal 🤣 lau lg kmi btebiat blg arwah mama ku nah mai kau tgok dlu durank mai . Anduk bha bkin rindu kan bang suasana d kbun lg dlu mmg meriah kita skluarga .. smoga abg n skluarga sehat2 sllu pnjg umur kita jmpa jg insyaAllah..Log in to Reply