Perkongsian

Depo Kecil, Besar Atau Trade Demo Dulu?

Ramai dikalangan trader baru dan juga bakal trader tertanya-tanya dengan 3 situasi ini, iaitu nak deposit kecil ke akaun trading real dulu atau trade akaun trading demo dulu ataupun terus deposit besar sekepuk. Jadi pada hari ini, Abang akan share pandangan peribadi mengenai perkara ini.

Sejujurnya kalau tanya Abang, sudah tentu jawapan Abang buka akaun real secepat yang mungkin walau hanya serendah 25usd. Malah ada sesetengah broker cuma mengenakan syarat deposit serendah 10usd…dan lagi best ada sesetengah broker, berikan Bonus NDB (NO DEPOSIT BONUS) bagi client baru yang register.

Namun dari segi penyesuaian, bagi korang yang terlalu baru dan fresh, yang terbaik adalah berlatih dengan akaun trading demo dulu. Letaklah amount modal mengikut amount yang korang mampu deposit pada akaun real nanti dan bukannya amount yang korang sendiri tak mampu.

Cuma yang tak bestnya bila akaun demo nie, korang tak akan ada rasa feel. Iaitu perasaan masa menghadapi floating, perasaan bila akaun licin balance menjadi zero. Perasaan tak senang, tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah, gundah dan gulana, frust, bercakap dengan dinding sorang-sorang dan macam-macam lagi.

Namun dari satu sudut, berlatih diakaun demo juga ada banyak baiknya iaitu, korang boleh berlatih tajamkan skill. Cuba grow dari 50usd ke 100usd, 100usd ke 200usd, 200usd e 500usd dan seterusnya.

Melalui pendekatan ini, korang akan kurang terdedah dari risiko kerugian yang besar. apabila sudah yakin barulah korang pertimbangkan untuk buka akaun real trading. Kalau korang belum mempunyai akaun trading real, boleh klik DI SINI untuk register.

Bagi korang yang fresh, dengan akaun demo, korang boleh belajar bagaimana untuk buy dan sell, bagaimana untuk menganalisa, bagaimana untuk meletakkan stop loss dan juga take profit, bagaimana untuk close entry dan macam-macam lagi. Dan yang paling penting adalah cari teknik yang serasi dengan jiwa korang.

Apabila korang dah jumpa teknik yang serasi dengan jiwa. Cubalah seberapa segera untuk deposit ke trading akaun real secepat yang mungkin bagi melatih emosi. Buka akaun cent dan depositlah serendah 10usd.

Di sini korang perlu berlatih mengasah emosi apabila menghadapi situasi floating negatif. Kalau ada modal 100usd. Sebaiknya pecahkan modal kepada 5 hingga 10 bahagian. Ambil contoh sebentar tadi iaitu korang ada modal 100usd. Pecahkan kepada 5 bahagian.

Formulanya Mudah : 100USD / 5 = 1 bahagian 20usd.

Apabila korang buka akaun cent, 20usd tadi akan menjadi 2000USD cent. Jangan salah faham pulak. 2000USD cent tak sama dengan 2000USD akaun standard.

Sekiranya akaun 2000USD cent tadi MC (singkatan bagi Margin Call), korang boleh top up akaun semula sebanyak 20USD. Korang perlu cuba sedaya upaya untuk growkan akaun atau cuba bertahan selama yang boleh.

Bagaimana untuk pecahkan akaun sedangkan kalau top up atau depo terus direct ke akaun trading real. Jawapan abang mudah je, carilah broker yang menyediakan wallet. Wallet ini digunakan untuk transfer duit ke real trading akaun tak kira samada akaun cent, standard, ataupun ECN. Malah guna untuk withdraw profit.

Nak taw broker apa yang sediakan wallet, korang boleh klik DI SINI untuk register. Klik dan baca dulu review Abang. Sebolehnya terus register. Nak depo kemudianpun tak apa.

Berbalik kepada cerita tadi, korang perlu banyak bersabar. Begitulah proses learning yang perlu korang lalui. Sampai satu tahap, di mana emosi dah boleh kontrol dan boleh grow akaun walau dalam keadaan yang perlahan. Korang bolehlah beralih ke akaun standard.

Cuma perlu diingat, biar profit dan grow akaun dalam keadaan perlahan dan jangan terlalu agresif. Bila dah profit dan capai target stop terus jangan trade lagi. Tradelah pada bulan berikutnya.

Sampai satu tahap, bila korang dah betul-betul konfiden dan profit lebih dari loss. Barulah korang fikirkan untuk deposit besar. Berapa besar nak depo tu terpulang dan ikut kemampuan atau boleh kira berapa income yang korang mahukan.

Kalau tak tahu camne nak kira, korang boleh baca artikel ini sebagai rujukan. Teramat simple dan mudah untuk difahami. KLIK DI SINI untuk baca artikel

.

Jangan lupa join channel telegram Abang J DI SINI

telegram channel - Synapse Trading

Ada sebarang pertanyaan, berita, info, ilmu atau teknik untuk dikongsikan secara PERCUMA ???..jangan segan silu pm admin Traderstylo…atau emailkan ke admin@traderstylo.com.

.

Anda juga boleh kongsikan pendapat, pandangan atau info pada ruangan komen di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *