.Secara umumnya broker di definasikan sebagai sebuah institusi,perusahaan,agen atau individu yang menghimpunkan antara penjual dan pembeli.Apa yang saya tahu broker mengaut keuntungan dari pelbagai aspek antaranya spread dan komisyen.Mereka memperdagangkan Forex (Foreign Exchange) di dalam sebuah platform sehingga mencetuskan permintaan dan penawaran matawang dalam bentuk pasangan yang di panggil sebagai currency.Berikut saya senaraikan panduan untuk memilih Broker :-1) Melalui Review. Anda cuma perlu tanya trader-trader yang menggunakan broker berkaitan. Jika komen positif lagi banyak dari negatif bermakna broker itu boleh digunakan..2) Spread yang ditawarkan. Sebagai trader baru adalah teramat penting untuk anda perhatikan spread yang ditawarkan oleh broker. Spread anda boleh tahu melalui perbezaan bid dan ask dan perbezaan itulah yang dipanggil sebagai spread. Lagi rendah spread yang ditawarkan lagi baik..3) Fix Spread. Setiap trader mempunyai pendapat yang berbeza, ada yang suka fix spread dan ada yang suka spread yang berubah-ubah. Jika anda tanya saya, saya lebih memilih fix spread. banyak kelebihannya terutamanya waktu big news diumumkan dan hujung minggu. Walaupun big news diumumkan spread tetap dan tidak berubah manakala spread yang berubah-ubah terkadang boleh mencecah hingga 20 pips-40 pips untuk major pair sahaja bergantung pada broker bila big news diumumkan. Sekiranya anda baru ingin berjinak-jinak dalam trading forex saya lebih syorkan fix spread..4) Deposit dan Withdraw. Anda cuba perhatikan service yang diberikan oleh setiap IB Broker. Ada sesetengah IB bila deposit laju, bila nak draw sampai seminggupun tak clear-clear lagi. Nasihat saya lebih baik tinggalkan saja dan cari broker lain. Pada saya tak perlupun nak cari broker yang regulated jika modal trading anda bawah dari 3k usd. Pada saya yang lebih penting adalah segala urusan deposit dan withraw mudah dan tidak banyak cengkadak..5) Pilih broker yang mempunyai ciri-ciri yang anda inginkan. Cuba senaraikan broker-broker yang ada dalam list anda dan carila ciri-ciri broker yang anda inginkan..6)Perhatikan service client yang diberikan. Broker yang memberi layanan 24 jam sehari dan 5 hari seminggu adalah syarat utama. Semakin lengkap method komunikasi (no telefon,alamat,fax dan live chat) maka semakin baiklah broker itu beroperasi..7) STP broker (Straight Through Processing).STP broker bermaksud sistem yang proses trading secara automatik terus ke Liquidity Provider. Broker yang menggunakan proses STP adalah broker yang bagus..sebenarnya ada banyak lagi cara-cara memilih broker dan 7 cara di atas adalah perkara terpenting dalam memilih broker.Saya berharap sedikit sebanyak dapat membantu anda..Moga posting ini memberi manfaat pada semuaRelated Posts:Apa Itu Broker No Dealing Desk dan Dealing Desk?Apa Itu Spread Dalam Forex? Cara Kenal Broker Yang…6 Sebab Saya Memilih Forex Trading Post navigation Jangan Panggil Abg J Sifu, Otai atau Masta
Your post extremely cool. I glad to be here. I enjoyed reading your articles. Thanks and keep up the good work!Log in to Reply