Cara Lulus FTMO Challenge
Cara Lulus FTMO Challenge

Ramai trader bermimpi nak jadi trader profesional dengan menggunakan modal besar daripada FTMO, tapi hakikatnya ramai juga yang kecundang pada FTMO Challenge.

Nak tahu cara lulus FTMO Challenge dengan mudah? Artikel ini akan bantu korang dengan tips-tips terbaik dan strategi paling padu.

Nak modal besar untuk trading? FTMO adalah pilihan terbaik – Klik di sini

Apa sebenarnya yang menyebabkan ramai trader gagal, dan bagaimana cara lulus FTMO challange dengan mudah? Artikel ini akan bongkar strategi terbaik untuk korang berjaya dalam challenge FTMO.

Apa Itu FTMO Challenge?

FTMO Challenge ialah satu proses pemilihan trader yang dibuat oleh FTMO, sebuah syarikat prop trading terkenal.

Untuk mula cabaran FTMO, korang boleh daftar akaun di sini: Daftar FTMO Challenge.

Kalau korang berjaya lulus challenge ini, korang akan dapat akses kepada akaun modal besar (contohnya $100,000) dan profit split yang lumayan (biasanya 80-90%). Tapi jangan salah faham, cabaran ini bukan senang.

Kenapa Ramai Trader Gagal FTMO Challenge?

Banyak trader yang sebenarnya mempunyai teknik dan strategi yang baik, tetapi masih gagal dalam FTMO Challenge. Kenapa perkara ini boleh berlaku? Antara punca utama adalah disebabkan kesilapan yang sering diulang tanpa disedari. Berikut adalah beberapa kesilapan biasa yang korang kena elakkan:

1. Terlalu Agresif Dalam Trading

Trader baru biasanya terlalu bersemangat dan mahu cepat lulus challenge. Hasilnya, mereka cenderung membuka lot yang besar tanpa mengambil kira risiko yang sepatutnya. Ingat, FTMO Challenge menekankan pengurusan risiko yang ketat.

2. Tidak Mengikuti Trading Plan

Ramai trader ada trading plan yang hebat, tapi masalahnya tidak ikut! Akibatnya, bila market tidak bergerak seperti yang dirancang, mereka jadi panik dan mula buat keputusan tanpa perancangan.

3. Kurang Disiplin & Emosi Tidak Terkawal

FTMO Challenge memerlukan kesabaran dan disiplin yang tinggi. Kadang-kadang, satu keputusan emosi boleh merosakkan keseluruhan perjalanan challenge. Jadi, pastikan korang ada mindset yang tenang dan berfokus.

Cara Lulus FTMO Challenge dengan Mudah: Tips Paling Berkesan

1. Buat Persediaan Mental dan Emosi

Kunci utama lulus FTMO adalah mental yang stabil. Jangan masuk challenge bila masih ragu-ragu atau dalam keadaan emosi tak stabil. Latih diri dengan akaun demo sebelum cabaran sebenar.

Tips:

  • Tetapkan mindset: “Kalau gagal, belajar dari kesilapan.”
  • Jangan masuk challenge tanpa persediaan emosi yang mantap.

Artikel Lot Size Dalam Forex – Formula & Kiraan Yang Betul Untuk Modal Kecil ini juga boleh membantu tingkatkan pengetahuan untuk lulus FTMO challange.

Artikel Apa Itu Leverage Dalam Forex ? – Panduan Paling Mudah Untuk Faham ini juga boleh membantu korang tingkatkan pengetahuan untuk lulus FTMO challange

2. Guna Teknik Trading yang Terbukti Berkesan

Gunakan teknik yang sudah terbukti, bukan teknik baru yang korang tak mahir. Teknik seperti Price Action, Scalping Intraday, dan Swing Trading lebih sesuai sebab target profit harian dalam challenge biasanya kecil.

Contoh Teknik Price Action:

  • Fokus pada breakout dari zon support/resistance.
  • Tunggu confirmation candle sebelum entry.
  • Elakkan trade masa news besar (boleh hit SL cepat).

3. Jaga Risk Management dengan Ketat

FTMO sangat ketat tentang risiko. Kalau sehari rugi 5% dari modal, akaun korang akan dihentikan. Jadi, kena kawal Risk-Reward Ratio (RRR).

  • Gunakan RRR 1:2 atau 1:3.
  • Stop Loss tak lebih dari 2% per trade.
  • Take Profit yang realistik.

4. Tetapkan Jadual Trading yang Konsisten

Jangan trade sepanjang hari. Pilih waktu aktif seperti sesi London atau New York.

  • Elakkan trade waktu market sunyi (contoh: sesi Asia).
  • Gunakan pending order untuk elak FOMO.
  • Buat jurnal trading untuk catat apa yang menjadi dan apa yang tidak.

5. Elak Overtrading dan Revenge Trading

Dalam FTMO, penting untuk fokus pada kualiti entry, bukan kuantiti. Bila korang terlampau ghairah nak kejar profit, biasanya itulah punca kegagalan.

Tips:

  • Buat maksimum 2-3 trade sehari.
  • Jangan buka trade baru kalau masih floating loss.
  • Berhenti trade bila dah capai target harian.

6. Backtest dan Uji Teknik Sebelum Challenge

Buat backtest pada akaun demo selama sebulan sebelum masuk FTMO.

  • Uji teknik pada pelbagai pair: GBPUSD, EURJPY, XAUUSD.
  • Lihat keberkesanan teknik pada sesi yang berbeza.

7. Diversifikasi Teknikal dan Fundamental

Walaupun korang lebih suka teknik scalping atau swing, jangan abaikan analisis fundamental. Sebagai contoh, pastikan korang semak kalendar ekonomi sebelum masuk posisi besar.

8. Simulasi FTMO Challenge dengan Akaun Demo

Sebelum cuba challenge sebenar, biasakan diri dengan keadaan sebenar melalui akaun demo. Praktikkan trading plan dan lihat sama ada strategi korang boleh bertahan dalam tempoh panjang ataupun tidak.

Mulakan langkah pertama korang dengan daftar akaun FTMO Di sini

Kesimpulan:

Tiada jalan mudah untuk lulus FTMO Challenge. Namun, dengan disiplin, pengurusan risiko yang baik, dan mindset yang positif, korang pasti boleh berjaya. Ingat, bukan semua tentang teknik, tapi juga tentang kawalan emosi dan disiplin diri.

FTMO Challenge memang mencabar, tapi kalau korang ikut langkah di atas, peluang untuk lulus lebih cerah. Ingat, kunci utama adalah disiplin dan kawalan emosi. Jangan terburu-buru dan jangan sesekali trade tanpa plan.

Untuk memahami lebih dalam mengenai prop firm korang boleh baca artikel What Is Prop Trading Firm ? dan juga What Are Prop Firms & How Do They Benefit Traders?

error: Content is protected !!