Bila dengar je tajuk atau headline broker tak bayar profit trader, sudah semestinya menjadi perhatian tentera bawang semalaya. Ini menandakan trader semalaya sudah semakin muak dan ada kesedaran untuk ambil tahu perkara-perkara sebegini. Bukan itu saja, saban tahun broker baru muncul bagaikan cendawan kemudian menghilang. Nauzubillah min zalikh…semoga kita di jauhkan dari broker-broker seperti ini..


Pada posting kali ini saya nak share satu story yang melibatkan seorang trader mr.x (bukan nama sebenar) dengan broker UAG. perkongsian ini di tulis oleh saudara Mr.x. Jom ikuti cerita beliau.

GENUINE ., PURE STP BROKER

Pasal posting semalam tak best pula kan main hide-hide nama buat orang berteka teki, nanti broker lain yang baik dan hensem terkena sekali dalam sangkaan korang.

Start dari hujung tahun 2019, saya memang ada terima dm dari kawan-kawan dekat thailand pasal isu tak boleh withdraw berbulan-bulan. Saya and team saya wd okey je lagi masa tu, siap dah tanya support, Malaysia so far so good. So saya pun rilek jela.

Broker ni pun pernah subscribe service saya sebagai technical analyst, tapi malangnya nak bayar 1k sebulan pun tak mampu nak pay on time, berbulan-bulan bertangguh baru la bayar. Tu pun atas bantuan kawan saya berkali-kali pujuk suruh bayar. Kalau tak, tak taw la, memang kira halal ke dia macam tu je la. So disebabkan ni, saya dah end subscribtion dengan broker ni untuk service technical analysis pada bulan december 2019.

Start dari dengar kes thailand tak boleh wd tu, saya trade lebih berhati-hati kat broker tu, sebab saya ada buka PAMM di sana dan investor pulak adalah dari kalangan student saya. Dalam bulan January tu pulak ada cutloss dalam 8.9%, so trade dulu slow-slow untuk recovery. Dah la spread macam account standard, ada commisiom charged lagi 17usd/lot. Kalau trade pakai SL+ or BE 5-10 pips dari entry memang negative jugak.

Tiba-tiba 30 january 2020 (Khamis), dapat email tak guna ni. Nak turunkan rate sempena rate 4.0 kata support, awalnya fixed rate 4.2/4.0 untuk depo/withdraw. Berkuatkuasa 1 February 2020(Sabtu), saya ni pulak jenis jarang bukak email, so terbaca la email ni hari sabtu huhu. Tapi kite pun fahamkan jela. Then rate semasa naik semula, tanya la support kenapa tak ikut harga semasa ni, rate tengah naik. Support kata, tak naik sebab fixed rate. Abah dia…sampai rate naik 4.4 pun dia duk fixed lagi dekat 3.8 dia…

Kot ada yang nak kata MIB dapat sikit duit dari exchange rate ni, jangan nak memandai ye, awal-awal memang dia kata akan bagi dan memang bagi la sekali, lepas tu senyap macam tu je. Bila tanya, dia tak mengaku, biasa la mende janji kat mulut. Affliates pun saya buat untuk PAMM tu je okey dapat rebate dari tekan lot, tu pun sikit je, biasa la 0.01 je.

Saya buat conclusion dari dm yang saya dapat dari kawan-kawan thailand, dari rate yang dia turun ikut suka hati abah dia. Broker ni miskin takde duit nak bayar withdraw orang. So kat thailand dia terus takleh withdraw. Kat malaysia pulak dia turunkan rate supaya orang tak jadi nak withdraw sebab rugi dekat exchange rate.

Bila orang tak withdraw, orang akan trade, in hope that traders MC, so broker tak perlu la bayar withdraw orang kan…Tapi malangnya, berkurun lama tunggu Mr.X MC, tak juga MC. Kekal strong dengan capital yang solid susah nak mati.

Lepas dah fikir masak-masak, sebelum broker lari gulung tikar, baik aku keluarkan duit awal-awal. Rate 3.8 lagi okey dari rate 0.0. Dah keluar semua duit, dah landing dalam bank. Baru boleh buka cerita, kang nanti dia pedajal wallet terus jammed nak cari mana 100k+. Tapi ada jugak balance sen-sen dalam broker ni, broker ni dia pandai sikit, kalau nak withdraw all 13623.45USD, memang tak boleh, kene wd nombor genap sahaja. Pandai-pandai la korang darab bahagi kalau ada sejuta client. Orang curi 1 sen MYR pun boleh kaya…ini apatah lagi

So kenapa saya buat posting ni? Nak mintak simpati ke?

Bukan…

Saya nak bagitaw, kalau korang ada duit dalam broker ni, withdraw jela. Kalau ada rasa nak depo dekat broker ni dan sekutunya, cancel jela niat tu, okey. Kalau ada apa2 urusan nak tanya boleh terus direct dengan owner dan assistantnya iaitu En Zainudin dan En Mohd Yusri (+60182286855)

Apa-apa pun, ni pengalaman yang baik bagi diri saya dan investor saya trade and invest di pure STP broker ini. Pasal recovery investor saya dah refund guna duit sendiri sekali dengan lebihan rate 0.2 yang broker miskin ni tak mampu bayar.

Penulisan ini hanya untuk share pengalaman saya, kalau nak membawang mesti saya share di group Trader Forex Malaysia kan…tapi cukuplah saya guna wall fb saya untuk meluahkan perasaan ini, harap pihak broker tak ambil hati. Saya cuma meluahkan rasa tidak puas hati di muka buku personal. No heart feeling okey. Cite sini abis sini🥰. Thanks for the experience.

PS
*terima kasih juga dekat bekas staff antaranya Shahriful Amri Bin Shahrin , dedy Nik Aiman , dan team staff di UAG sebelum ni yang banyak membantu berkenaan pelbagai isu ketika saya di broker ini. Tanpa mereka, sudah tentu saya dah berhuhuhu pada hari ini

  • Artikel Berkaitan Scam Emam Essensefx
  • Artikel Berkaitan Penipuan Macau Scam
  • 9 Pantang Larang Forex Trading Untuk Trader Dan Juga Bakal Trader
  • Dan ini pula respon dari team broker UAG

    Berikutan posting yang di buat oleh salah seorang ex-MIB kami, Mr.x (bukan nama sebenar), di sini pihak UAGTRADE Malaysia Official ingin membuat penjelasan terhadap tuduhan-tuduhan yang di lakukan oleh beliau.

    1. Berkenaan WD from Thailand Client
    • untuk pengetahuan Mr.X, UAGTRADE mempunyai pelbagai rangkaian untuk menguruskan dana deposit & withdrawal oleh para client. Untuk Malaysia, ianya di kawal selia oleh UAG Network Sdn Bhd. Manakala di Thailand, ianya di kawal selia oleh Leonine Global Co. Ltd dan di Indonesia pula ianya di kawal selia oleh PT UAG NODE INDONESIA.

    • UAG Network Sdn Bhd (Malaysia LD) tidak mempunyai apa-apa urusan berkaitan dengan operasi yang di jalankan oleh pihak Leonine Global Co. Ltd (Thailand LD). Client tersebut melakukan deposit dan withdrawal bersama LD mereka, maka sebarang urusan mereka haruslah berurusan bersama LD mereka. Malaysia LD hanya mengawal dan menguruskan client daripada Malaysia, yang melakukan urusan bersama mereka termasuklah Mr.X. Dan setakat ini, Malaysia LD tidak pernah ada sebarang isu dalam membayar kesemua WD client-client mereka.

    • Berikutan isu antara Thailand Client dan Thailand LD, pihak client Thailand telah melakukan laporan polis terhadap syarikat tersebut. Dan isu ini sedang di siasat oleh pihak berkuasa di sana. Tiada sebarang rekod dan kenyataan yang menyatakan Malaysia LD mempunyai tanggungjawab terhadap client-client yang berurusan dengan Thailand LD.

    • Jadi, pihak UAGTRADE Malaysia sebagai Malaysia LD tidak faham, kenapa Mr.X ingin mengaitkan isu Thailand LD dengan pihak kami. Kami beranggapan Mr.X mempunyai niat yang tidak baik terhadap Malaysia LD dan ingin memburukkan reputasi Malaysia LD.

    2. Subscribe service sebagai Technical Analyst

    • Pihak UAGTRADE Malaysia melantik Mr.X sebagai MIB, atas recommendation daripada pihak Marketing kami pada masa itu. Sebagai MIB, Mr.X seharusnya menggalas tanggungjawab yang sepatutnya kerana beliau di bayar commission dan affiliate dengan nilaian unlimited. Kemudian, di sebabkan Mr.X mempunyai kepakaran dalam technical analyst, pihak UAGTRADE Malaysia bersetuju untuk membayar atas servis yang beliau sediakan dengan bayaran sebanyak RM1,000 sebulan. Memang pihak UAGTRADE Malaysia mengakui ada berlaku kelewatan pembayaran tapi ianya hanya berlaku sekali sahaja, berikutan salah faham pihak kewangan kami pada ketika itu di tambah dengan pengauditan kewangan syarikat. Namun, pihak kami tidak lepas tangan, dan pembayaran tetap di lakukan sepenuhnya.

    3. Commission charges yang tinggi

    • Sebelum Mr.X membuka akaun PAMM bersama UAG, beliau sedia maklum yang akaun PAMM menggunakan akaun yang sama seperti Self Trade PRO. Charges yang dikenakan adalah sebanyak $17 per lot, di mana total $12 adalah hak milik beliau. $10 adalah Self Rebate ke akaun PAMM beliau manakala tambahan $2 adalah sebagai MIB di UAG. Milik syarikat hanyalah sebanyak $5 untuk UAGTRADE mebayar charges lot yang dikenakan oleh pihak LP kepada UAG dan caj-caj yang lain.

    • Jadi, di sini kami juga tidak memahami, apakah niat Mr.X memberikan kenyataan sedemikian rupa. Kami beranggapan beliau mempunyai niat yang tidak baik terhadap syarikat UAGTRADE Malaysia.

    4. Penurunan Rate

    • Untuk pengetahuan Mr.X, UAGTRADE Malaysia menjalankan perniagaan STP. Di mana, hampir kesemua duit deposit client kami hantar ke LP melalui transaksi Telegraphic Transfer ke akaun LP. Rata-rata para pelanggan Mr.X melakukan deposit ke akaun bank Malaysia LD pada April 2019 sehingga October 2019.

    • Penurunan rate terpaksa berlaku di sebabkan pada bulan Januari 2020 sehingga March 2020, para pelanggan di UAGTRADE Malaysia melakukan withdrawal secara serentak. Oleh itu, pihak Malaysia LD telah memohon untuk melakukan WD from LP pada bulan February 2020 dengan amount yang agak besar (for cover all WD Jan to Mar) . Rate yang pihak Malaysia LD terima pada waktu itu adalah pada rate yang lebih rendah RM 4.00 per dollar (Kadar semasa terendah pada waktu itu adalah RM4.06 bukan kadar bank). Jadi, pihak Malaysia LD tidak mempunyai pilihan yang lain selain terpaksa menurunkan rate pada waktu tersebut. Melainkan pada ketika itu, jika pihak Malaysia LD menerima new sales daripada client Malaysia, maka pihak Malaysia LD tidak perlu menurunkan sebarang rate di sebabkan tiada keperluan untuk Malaysia LD melakukan permohonan WD from LP (contra between new client & existing client).

    • Isu terbesar melakukan perniagaan STP adalah, pihak Malaysia LD terpaksa mengikut kadar transaksi antarabangsa plus charges-charges yang berkenaan. Pihak kami tidak boleh sewenang-wenangnya menukar kadar semasa sesuka hati. Berapa amount yang kami dapat daripada LP, itu juga yang kami berikan kepada client. Isu penurunan client secara mendadak di sebabkan kadar rate yang kami terima setelah melakukan pengeluaran pada waktu itu. Memang mengejut, tetapi kami tidak mampu menampung WD client pada rate lama.

    • Kenapa Malaysia LD tidak naikkan rate Depo/WD untuk bulan April 2020 adalah di sebabkan tiada keperluan lagi untuk kami menghantar duit ke LP selepas pengeluaran besar-besaran pada bulan lepas. Untuk bulan April 2020, pihak Malaysia LD tiada menerima sebarang deposit yang besar, yang memerlukan pihak Malaysia LD send duit tersebut ke LP. Jadi, ianya mencukupi untuk meneruskan perniagaan sedia ada dengan baki duit di LP. Untuk WD pun sama, pada waktu ini Malaysia LD tidak perlu membuat sebarang WD from LP.

    5. MIB dan Sales Rebate dari Exchange Rate

    • Untuk pengetahuan Mr.X, ya memang pihak Malaysia LD memberi rate exchange kepada MIB yang memenuhi syarat. Sebagai MIB, Mr.X seharusnya memenuhi tanggungjawab tersebut dan target-target yang telah di tetapkan oleh pihak syarikat. Jika pada ketika itu, Mr.X memang tidak dapat memenuhi syarat-syarat dan target yang telah di tetapkan, boleh sahaja beliau menolak tawaran tersebut. Tiada paksaan di UAGTRADE Malaysia untuk mana-mana client menjadi MIB. Fahami apa tugas MIB sebelum mudah melafazkan persetujuan.

    • Untuk pengetahuan, Mr.X tidak pernah memenuhi target yang di tetapkan untuk beliau menggalas jawatan MIB. Jadi, di sebabkan itu, pihak Malaysia LD tidak meneruskan pemberian Sales Rebate kepada beliau.

    • Untuk Affiliate, pihak UAGTRADE Malaysia memberi beliau $2 per lot unlimited, jadi pendapatan beliau adalah bergantung kepada berapa banyak lot yang beliau dan network di bawah beliau trade. Jika jumlah trade 0.01 lot, maka hanya $0.02 sahaja yang beliau akan perolehi. Untuk akaun PAMM, beliau memperolehi affiliate sebanyak $0.10 dan tambahan $0.02 (unlimited income sebagai MIB). Jumlah nya adalah $0.12 per 0.01 lot. Nilai affiliate beliau adalah bergantung kepada berapa banyak lot yang beliau trade. Jika beliau trade sebanyak 100 lot, maka jumlah affiliate yang beliau dapat adalah sebanyak $1,200.

    6. Buat conclusion sendiri

    • Di sini, Mr.X secara jelas menyatakan beliau membuat kenyataan ini selepas mendapat DM daripada rakan-rakan di Thailand. Sekali lagi pihak UAGTRADE Malaysia ingin menyatakan, Thailand Client adalah tertakluk kepada Thailand LD mereka masing-masing. Seperti Mr.X, anda melakukan deposit bersama Malaysia LD. Jadi, sebarang WD pun haruslah melalui Malaysia LD. Tidak masuk akal jika Mr.X meminta WD daripada Thailand LD ataupun Indonesia LD. Pastinya mereka tidak akan melayan permintaan Mr.X kerana beliau terikat dengan Malaysia LD, bukan nya dengan LD yang lain.

    • Pihak Malaysia LD menurunkan rate bukan sebab nak mengharapkan trader MC. Sekali lagi Mr.X telah melakukan fitnah yang benar-benar nyata, sedangkan pihak Malaysia LD telah menjelaskan kepada Client Relationship kami untuk menerangkan kepada semua client yang terlibat, mengapa kami harus berbuat demikian. Jika Mr.X tetap tidak dapat menerimanya, tiada sebarang isu untuk Mr.X meneruskan trade bersama kami dan melakukan WD setelah rate berubah kemudian.

    • Menuduh broker lari gulung tikar. Untuk pengetahuan Mr.X, Malaysia LD langsung tiada masalah membayar kesemua WD client yang berurusan dengan kami, semenjak tahun 2016, sehingga sekarang. Kesemuanya di bayar dengan baik. Cuma, kami akui kelewatan kami membayar WD itu kami terima. Lewat di sebabkan terpaksa contra + WD from LP. Isu terbesar menjalankan STP Broker, duit di Malaysia LD tidak sebanyak duit di LP. Jadi, di manakah relevan nya tuduhan sedemikan rupa oleh Mr.X.

    • Benar, capital yang solid dan susah mati di akaun PAMM Mr.X. Namun, Mr.X harus akui yang beliau gagal untuk melakukan sebarang profit apabila melakukan trade bersama UAGTRADE. Sejak April 2019 sehingga terkini, tiada sebarang profit di catatkan oleh beliau apabila bersama UAGTRADE.

    • Kesemua WD yang di lakukan oleh Mr.X telah di bayar sepenuhnya kepada beliau. Malaysia LD tiada sebarang masalah membayar kesemua WD tersebut kepada Mr.X. Berikutan balance sen-sen di dalam akaun kabinet, beliau seharusnya menghubungi pihak support untuk meminta terminate akaun tersebut. Once terminated, pihak Malaysia LD boleh menjelaskan kesemua nilaian sen-sen tersebut. Sehingga sekarang, pihak UAGTRADE Malaysia tidak menerima apa-apa permintaan daripada Mr.X untuk berbuat demikian. Sekali lagi fitnah di lemparkan oleh beliau kepada pihak kami.

    7. Fitnah yang nyata

    • Ya, itu yang paling tepat dapat di nyatakan oleh pihak UAGTRADE Malaysia selaku Malaysia LD terhadap kesemua tuduhan yang di lakukan oleh Mr.X. Kepada client yang masih bersama kami, terima kasih kami ucapkan. Kepada client yang ingin melakukan WD, sila lakukan tanpa ragu-ragu. Malaysia LD memang agak lambat servisnya dalam urusan Depo dan WD client, dan itu kami akui tanpa berselindung, Namun, menipu client dengan tidak membayar WD mereka, tidak sekali-kali pihak Malaysia LD melakukan nya.

    • Broker miskin. Ya, boleh di katakan begitu. UAGTRADE miskin dari segi memberi imbuhan kepada para client dan networking, namun UAGTRADE tidak akan berkompromi dalam memberikan servis trading yang terbaik kepada para pelanggan. MT4, pricing feed, LP, bridge dan banyak lagi. Anda boleh bandingkan execution UAGTRADE dengan mana-mana broker lain. Mana-mana client yang telah dan juga pernah bersama UAGTRADE, tahu tentang ketelusan broker memberikan pengalaman STP trading bersama-sama bank terkemuka dunia. Tidak semua trader mampu menjana keuntungan apabila berdagang di STP, dan Mr.X sendiri telah membuktikan nya.

    Kenapa UAGTRADE Malaysia / Malaysia LD membuat posting ini? Nak mintak simpati ke?

    Bukan…

    Kami ingin memaklumkan, bahawanya semenjak tahun 2016 sehingga kini, Malaysia LD tidak pernah mempunyai sebarang isu berkaitan WD seperti yang di fitnah oleh Mr.X. Kesemuanya di bayar, cuma agak lambat (Kadang-kadang melebihi 3 hari). Jika Mr.X tidak berpuas hati dengan servis Depo dan WD kami yang lambat, seharusnya Mr.X boleh melakukan WD dalam kadar yang segera semenjak mendengar isu-isu daripada Thailand, iaitu pada hujung tahun 2019. Pihak Malaysia LD juga tidak memahami mengapa Mr.X perlu menunggu sehingga April 2020 untuk melakukan WD nya.

    Pihak kami cuma memberikan penjelasan kepada kesemua client untuk memberi kefahaman yang sepenuhnya tentang isu yang Mr.X utarakan baru-baru ini. Pihak kami lebih mengalu-ngalukan jika Mr.X datang berbincang dengan kami terlebih dahulu berbanding melakukan fitnah sedemikian rupa. Malaysia LD juga berbangga kerana kami tidak seperti yang Mr.X nyatakan, di mana beliau menyatakan ketakutan nya jika Malaysia LD tidak membayar WD nya. Pedajal wallet bukan cara kami. Tidak membayar WD client juga bukan cara kami. Malaysia LD lebih selesa menjalankan perniagaan dengan jujur, walaupun ianya tidak mendatangkan keuntungan yang besar kepada kami.

    Untuk Mr.X, pihak kami sebagai Malaysia LD untuk broker UAGTRADE, lebih memilih jika Mr.X berbincang dan bertanya kesemuanya bersama pihak kami terlebih dahulu berbanding menabur fitnah sedemikian rupa. Kami menghormati Mr.X sebagai trader dan guru kepada ramai pelajar-pelajar dalam bidang forex di seluruh dunia. Namun, menabur fitnah sebegini bukan sahaja menjejaskan imej anda, tetapi merosakkan tanggapan pihak kami terhadap anda.

    Kepada LD di luar sana, sama-sama kita jalankan amanah dan tanggungjawab kita kepada client. Seperti kami sebagai Malaysia LD / UAG Network Sdn Bhd yang mendukung nama UAGTRADE dalam menjalankan urusan Deposit dan Withdrawal untuk Malaysia client, di sebabkan Thailand LD yang sama-sama bernaung di bawah satu Broker melakukan perkara yang tak sepatutnya dan menganiayai client, maka pihak LD yang lain terpalit jua kesan nya. Lebih mendukacitakan apabila ada beberapa nama besar seperti Mr.X lebih mempercayainya tanpa usul periksa dan menabur fitnah kepada pihak kami (Malaysia LD).

    Akhir kata, kami mengucapkan terima kasih kepada Mr.X selama beliau bersama kami. Selamat maju jaya kami ucapkan kepada beliau di masa akan datang. Dan juga terima kasih atas fitnah yang di lemparkan pada bulan Ramdhan yang mulia ini. Mungkin ada hikmah untuk pihak kami atas perkara ini. Untuk semua traders, selamat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

    Sekian, terima kasih.

    Kesimpulan

    Apa yang dapat disimpulkan, ada pro dan con…ada betul dan ada juga salah pada kedua-dua belah pihak…dan ada juga baiknya bila Mr.X kongsikan luahan hatinya…di mana as a trader jika withdrawal lambat akan mengganggu emosi semasa trade. Itu normal…bukan semua trader mampu bersabar dan berhari-hari menunggu melainkan tempoh withdrawal itu telah dinyatakan. Itu memang salah trader.

    Tapi bila masuk ke website uagtrade, menurut statment dalam website withdrawal akan dilunaskan 1-3 hari bekerja. Anda boleh rujuk di sini. namun sekiranya lebih dari 3 hari seharusnya pihak uagtrade perlu mengubah statment yang ada pada website tersebut bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

    Menurunkan kadar rate pertukaran tiada masalah. Cuma masalahnya tiada hebahan dilakukan kepada client. Jadi kat situ, client tertanya-tanya. Sekiranya hebahan awal dilakukan, berkemungkinan trader yang tak nak akan keluar dan yang terima akan teruskan trade di broker berkenan. Kat situ nampak seperti ada sesuatu yang tak kena.

    Kadang ada broker betul buat 100% STP…..tetapi trade volume tak mencukupi untuk cover segala expenses broker yang tinggi.

    Berkenan LD malaysia dan LD thailand memang betul. Melainkan buka 2 company nama berlainan tapi owner sama. Harapnya betullah apa yang pihak uagtrade ceritakan.

    Panjang lebar pihak uag membuat penjelasan. Harapnya semua persoalan client yang bernaung di bawah broker telah pun terjawab.

    Saya buat posting ini bukan untuk menjatuhkan sesiapa. Kedua-dua pihak telahpun membuat penjelasan. Nasihat saya, sekiranya tidak berkenan dengan sesuatu broker sebaiknya keluarkan segala balance yang ada dan carilah broker yang serasi dengan anda.

    Namun jujur cakap, tak ada 100% broker yang perfect. Pasti ada kekurangannya. Terpulang pada anda untuk membuat keputusan.

    Sebagai trader kita berhak nak join broker yang kita nak cuba dan sebagai broker sudah semestinya perlu sentiasa menambah baik kekurangan yang ada serta memberikan perkhidmatan yang terbaik pada client.

    Saya doakan anda semua kaya dan berjaya dan profit selalu..Biar tak hensem janji biru.

    3 thoughts on “Betul ke Broker Tak Bayar Profit Trader?”
    1. trader x style says:

      haha tau post siapa ni, kenapa nk tutup nama dia kalau dia sendiri public kan benda ni 😂

      1. Trader Stylo says:

        huhu..tuan badan tak apa…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Contact Us

    error: Content is protected !!
    • Facebook
    • Twitter
    • LinkedIn
    • More Networks
    Copy link
    Powered by Social Snap