Posting ini bertujuan untuk kita belajar bersama-sama daripada kesilapan yang lepas. Di fahamkan jumlah kerugian melibatkan jutaan USD. Bagi saya, ianya bukanlah satu jumlah yang kecil dan perkara ini telahpun berlaku pada bulan March tahun 2020 yang mana semua investor dikejutkan oleh Floating yang melampau tanpa melakukan cut loss.

Yang peliknya…selama 4 tahun dari 2016, jika berlaku floating yang dijangkakan tidak menyebelahi keadaan biasa akan cut..tapi kali nie tak cut…MOTIF??..Fund Manager kena rasuk hantu mak limah???..tak pastilah kalau saya tersilap…kalau silap tolong maklumkan, saya akan betulkan balik statment nie…

Bila kita lihat terma marketing yang mereka gunakan adalah “MENUJU KEBEBASAN KEWANGAN”…Mudah, selamat dan telus…bagi individu-individu yang baru sudah semestinya mudah tertawan dengan cara marketing berkenan. 

Pihak mereka juga menceritakan mempunyai Liquidity Providers (LP) seperti dalam gambar, nampak seperti gah, namun siapa yang tahu semua itu cuma cerita untuk mengkaburkan mata para nubie…

Dan ini pula plan perancangan dalam tempoh 10 tahun. Makin bersinar-sinar dan berbunga-bungalah hati si mangsa bila nampak macam nie…terbayang-bayang di atas kayangan.

Mereka juga meletakkan perbezaan antara produk Master Zhang Kincing dengan produk lain…nampak begitu licik, percent tak banyak seolah-olah nampak profesional…

Paling saya tak tahan gambar nie, Real Vs Scam…dua mangkuk hayun merpati sejoli…Pandai betul mereka buat game plan…

This image has an empty alt attribute; its file name is zang.jpg

2567% KEUNTUNGAN YANG TELAH DIJANA MELALUI AKAUN INI

Memang mangkuk hayun betull…2567% keuntungan telah dijana dari akaun tersebut. Draw down bawah 30%…bertabahlah pada yang menjadi mangsa

WITHDRAW PENDING BERBULAN

Posting withdraw pending berbulan-bulan di ambil dari posting Sifu Hasmar Ramley. Bagi yang tak tahu, Sifu Hasmar Ramley adalah salah seorang tenaga pengajar dan juga copy manager yang berani publish diri sendiri sebagai copy manager.

Jika anda ingin berkenalan dan belajar dengan beliau, anda boleh KLIK DI SINI. Antara perkongsian beliau adalah seperti berikut ;

“[Withdrawal Pending Berbulan]”

Apa perasaan anda apabila anda pergi ATM dan keluarkan duit tapi bank bagitahu ‘pending berbulan-bulan’ Pasti marahkan..walaupun cuma nilai RM10 sebab itu hak kita..

“Itulah yang dialami oleh kawan-kawan saya dan sebahagian clients yang mengadu pada saya Withdrawal yang masih ‘pending’ sampai berbulan dari LE(3 nombor)”

“Dahlah loss almost 85% dari Copytrade masta ‘XYZ’ baki yang ada pun tak tahu status pengeluaran”

“Kesian mereka-mereka yang terkesan lebih-lebih lagi musim PKP ini…
Sudah jatuh, tercucuk duri dibontot..”

“Ada 2/3 orang yang terkesan, ada plan nak join copytrade Faculty Of Forex tapi since withdrawal sangkut”

“Info terbaru saya terima, broker claim dah release pada LE
Entahlah saya bukan pakar dalam hal ini, maybe ada yang lebih faham the flow.”

“Semoga mereka yang terkesan, dipermudahkan”

“Saya tak takut untuk up status ini walaupun mungkin diugut sebagai menabur fitnah…Simple rules, tidak mahu jadi fitnah, perjelaskan pada client situasi sebenar..Alhamdulillah withdrawal saya di 3 abjab xde masalah pun walaupun telan pahit loss”

Tidak lama selepas itu, dapat pulak berita broker essensefx mahu angkat kaki daripada asia sebab seluar dah terlondeh…dah kenyang cekau duit pastu senang-senang angkat kaki…kalau posting ini silap mohon maklumkan Abg, Abg akan betulkan balik statment ini…Posting ini diperoleh dari perkongsian Sifu Tusvendran Tpfx iaitu

“BROKER GULUNG TIKAR ?”

Antara perkongsian sifu Tusvendran Tpfx adalah seperti berikut

“Game plan yang sama diorang pakai untuk scam trader Malaysia rupanya ! Sama macam broker Malaysia TOPPROFX 2017 ! dah kenyang kumpul deposit masuk acc bank terus SHUTDOWN BUSINESS!”

“Tak serik kena scam lagi ka dengan broker2 baru macam ni ? Ramai trader termakan MARKETING MURAHAN IB broker , kereta mewah & duit kepuk!”

“eMAM Master Zhang hanya satu produk direka utk tarik duit investor. Ramai trader dah dikaburkan dengan data data Myfxbook dan Mt4 yg dh dimainkan”.

APA YANG KITA DAPAT BELAJAR DARI KES INI ???

Dalam arena Forex Trading kita tak akan lari daripada pelbagai risiko. Risiko pula dari segenap sudut. Maksud saya di sini, risiko kena tipu, risiko kena game, risiko kerugian yang bakal di hadapi, risiko kena lipat dengan market dan macam-macam lagi. Bila kita menjejakkan kaki ke dunia Invesment yang berisiko tinggi ini, maka kita wajib menjadi seorang yang rajin membaca.

Bukan membaca komen-komen bawang di media sosial. Baca sekali sekala untuk hilangkan boring itu oklah..tapi janganlah samapi pagi, petang, siang, malam dan sampai ke subuh baca komen bawang…Rajinlah membaca perkara-perkara yang berilmiah dan boleh menambah ilmu pengetahuan kita. Jika anda seorang yang malas membaca dan banyak beralasan, saya nasihatkan lupakan dan tinggalkan segera Forex Trading. Kerana ianya tidak sesuai untuk anda.

PERKARA YANG SELALU DI JANJIKAN

Kebiasaan dalam skim-skim sebegini, apa yang mereka janjikan adalah keuntungan berlipat kali ganda dengan cara mudah dan sambil goyang kaki. Bukan itu saja, mereka juga meletakkan jaminan tak akan loss dalam apa jua keadaan market. Paling best mereka ceritakan ianya adalah pengetahuan terbaru yang tidak pernah didedahkan sebelum ini..

Jadi jika anda jumpa ayat-ayat seperti di atas, saya nasihatkan sila berhati-hati. bukan saja anda, malah orang yang lama dalam Forex Trading ini termasuklah saya, ada kebarangkalian bakal tertipu jika tak berhati-hati.

Tapi bukan semuanya penipu, ada juga yang ok…cabaran untuk anda adalah nak jumpa yang ok memang susah, tapi kalau dah jumpa tu, kira alhamdulillah..Jadi eloklah anda sentiasa berhati-hati sebelum membuat keputusan.

PENGURUS AKAUN

Seboleh-bolehnya pilihlah pengurus akaun yang dikenali. Bukan sekadar dengar nama, tapi orangnya entah wujud ke tak. Contoh Master Zhang..entah Master Zhang Kincing tu wujud ke tak. Bila jadi kes macam nie, senang mereka lari. Kemudian selang beberapa bulan muncul pulak Master Zhan Kaki Lipat. Siapa tahu???…sekadar meneka je…jangan marah..huhu

Kebiasaan dalam kes sebegini, mereka selalu memberikan janji manis kepada investor. Investor pula bukan dari kalangan trader. Kebanyakan dari mereka tidak tahupun apa itu Forex Trading. Mereka mudah terpedaya bila dijanjikan dengan janji bulan dan bintang beserta bukti-bukti yang entah betul atau tak.

Ada juga kes pengurus akaun, collect duit dari orang ramai, kemudian dikumpulkan ke dalam 1 akaun (POOL AKAUN) dan mereka akan trade. Banyak terjadi kes bawa lari duit dalam situasi begini. Bila di tanya jawapan mereka cukup mudah iaitu akaun dah total loss (MC). Tapi bukti modal dah depo dan juga dah MC tak ada..

Paling best ada pengurus akaun, collect duit dari orang yang berminat untuk join program kemudian dia akan trade siap tunjuk duit dah masuk dalam akaun trading. Yang celakanya adalah akaun yang ditunjukkan adalah akaun cent. Senang betul mereka buat duit…

Pada pendapat saya, sekiranya ingin melabur, gunakanlah platform yang betul, seperti PAMM, MAM atau Copytrade. Sebolehnya cari yang kita boleh pantau, boleh nampak entry pengurus akaun, ada button unfollow, dan pendek cerita kita mempunyai kawalan terhadap akaun sendiri bukannya bagi duit kat orang..

Rugi memang kita tak boleh elakkan, risiko kerugian itu tetap ada dan amat mustahil jika berlaku zero loss…

CARA MEREKA BEROPERASI

Mereka fokus pada merekrut agen, tayang kemewahan harta benda, tunjuk makan di tempat mewah dan tunjuk duit berkepuk-kepuk. Dah menjadi lumrah manusia mudah tergoda bila ditayangkan dengan harta benda. Sekali dua pujuk tak jadi lagi, tapi bila kena gosok berkali-kali akhirnya terjoin juga.

BAGAIMANA NAK ELAK DARI TERTIPU ??

Tak ada cara lain untuk mengelakkan dari ditipu adalah dengan banyakkan membaca dan belajar dalam bidang berkaitan. Carilah dari pelbagai sumber dan bacalah sebelum anda join sesuatu program.

Kadang ada yang berbayar tapi berbaloi dari kena tipu ribuan ringgit. Ada juga yang FREE dan tak semestinya tak berkualiti. Malah ada yang lebih baik dari berbayar.

.

telegram channel - Synapse Trading

.


KESIMPULAN

Apa yang dapat simpulkan adalah, belajarlah untuk menjadi trader dan belajar uruskan akaun trading sendiri. Bukannya bagi duit kat orang. Loss memang kita tak boleh elakkan. Tapi cubalah belajar untuk kurangkan LOSS…bukan senang nak senang.

Semuanya memerlukan pengorbanan. Tiada jalan mudah dan tiada jalan short Cut bagi memperoleh sesuatu yang kita inginkan. Jika ada itu bermakna anda sudah tersilap jalan. Cepat-cepatlah sedarkan diri dari terlena.

Sekiranya anda ada cerita pengalaman pahit atau manis atau ILMU berkaitan Forex Trading yang ingin dikongsikan secara percuma anda boleh Pm admin page fb Traderstylo. Admin akan publish dalam blog ini nanti.

Anda ada pengalaman lain kena kencing dalam Forex Trading?..jangan segan silu kongsikan pengalaman anda dalam ruangan komen di bawah. Ramai yang nak baca untuk ilmu tambahan.

4 thoughts on “SCAM E-MAM ESSENSEFX”
  1. […] Artikel ini juga sesuai untuk bacaan anda untuk menigkatkan pengetahuan dan mengurangkan risiko kena tipu. Anda boleh baca artikel berikut dengan klik artikel ini “Scam Emam Essensefx”. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Contact Us

error: Content is protected !!
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
  • More Networks
Copy link
Powered by Social Snap