Penipuan Macau Scam

Published:

Cerita penipuan Macau Scam amat popular masa kini. Jadi ada baiknya saya kongsikan cerita ini untuk korang sebagai produk knowledge. Korang boleh cerita dan ajarkan kepada anak-anak, kawan-kawan, saudara mara dan lain-lain, agar risiko kena tipu ini percentagenya dapat dikurangkan.

Bagi yang tak tahu, penipuan macau scam ini merupakan satu aktiviti panggilan secara rambang yang mengatakan ada saman, kes langgar lari, dadah, akaun kena beku, menang cabutan bertuah dan lain-lain lagi. Walhal, korang tak ada buatpun.

Kes Penipuan Macau Scam yang sedang disiasat sekarang oleh pihak SPRM harus mengingatkan kita semua yang mana ini hanya salah satu kes scam (penipuan) yang berleluasa di negara ini.

Melalui laporan SPRM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telahpun membekukan 730 akaun bank membabitkan wang berjumlah RM80 juta, serta merampas wang tunai kira-kira RM5 juta kerana disyaki terbabit dalam sindiket Macau Scam.

Terlalu banyak peringatan melalui media mengenai kes penipuan yang dikongsikan. Malangnya, kes penipuan terus berlaku hingga membabitkan jutaan ringgit. Kes-kes penipuan sebegini, tumbuh seperti cendawan. 1 ditangkap 10 lagi akan tumbuh dan tak akan pernah pupus.

Penipuan Macau Scam ini sangat ‘popular’ kerana jenayah ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan tiada sempadan. Pengguna perlu memahami modus operandi penjenayah yang menyamar sebagai pegawai daripada PDRM, mahkamah, Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau agensi berkaitan.

Sindiket ini, sangat mahir mencuri maklumat diri mangsa seperti nombor kad pengenalan, akaun bank dan maklumat kenderaan , membolehkan operasi licik mereka memerangkap pengguna berjaya dilakukan dengan mudah.

Panggilan Telefon Secara Rambang!

Menerusi maklumat dikeluarkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), sindiket ini sebenarnya didalangi oleh warga tempatan dan warga asing yang membuat panggilan telefon secara rambang dengan mendakwa mewakili mana-mana institusi kewangan.

Selalunya panggilan dibuat menggunakan talian antarabangsa dari Hong Kong dan juga tempatan.

Panggilan tersebut dibuat bagi mendapatkan pengesahan transaksi kad kredit/debit yang kononnya milik korang. 

Taktik ini digunakan dan telah memperdaya ribuan mangsa yang membabitkan kerugian bernilai jutaan ringgit.

Jangan Panik!

Jadi apa harus dilakukan jika korang menerima panggilan seperti itu?

Selain membuat laporan polis, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah panik.

Jangan sesekali menghubungi semula nombor telefon yang korang terima sebaliknya dapatkan nombor rasmi organisasi yang berkaitan.

Ebook Hartanah Percuma

🏡 Dapatkan Ebook Bernilai RM47 Secara PERCUMA

"17 Sebab Loan Rumah Kena Reject Walaupun Gaji Besar"

🏡 DAPATKAN EBOOK PERCUMA SEKARANG
Ebook Trading Percuma

📘 Dapatkan Ebook Bernilai RM47 Secara PERCUMA

"7 Kesilapan Yang Membuatkan 90% Trader Baru Kehilangan Wang"

🎁 DAPATKAN EBOOK PERCUMA SEKARANG

Korang juga dinasihatkan supaya tidak mendedahkan nombor akaun bank, kad kredit/debit kepada orang tidak dikenali.

Selain itu, korang juga boleh membuat semakan dengan agensi penguat kuasa lain untuk pengesahan aktiviti-aktiviti yang berkaitan.

Saya senaraikan agensi dan pihak berkuasa yang boleh dirujuk:

Korang juga boleh melihat taktik Macau Scam dan cara untuk mengelak daripada ditipu yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia.

Sumber: Facebook PDRM, BNM, Astro Awani

Fundamental

Artikel Terkini