
Setiap kali tahun baru menjelma, ramai orang dikalangan kita akan menetapkan azam baru walaupun azam yang lepas-lepas tak tertunai lagi. Pernahkah kita terfikir apa agaknya azam tahun baru orang-orang berjaya. Adakah azam mereka sama seperti kita? Atau ada keunikan yang akan membantu mereka terus berjaya?
.
Di dalam blog post ini saya akan kongsikan 4 tips untuk anda gunakan menetapkan azam baru…
.
# Nyatakan matlamat
Sebelum anda menetapkan matlamat, anda perlu faham dahulu apakah yang dimaksudkan dengan matlamat. Matlamat dalam bahasa mudahnya adalah perkara yang ingin kita capai dalam tempoh masa yang telah kita tetapkan. Matlamat juga seharusnya boleh diukur, tidak mengarut, realistik dan yang pastinya ianya mudah dicapai.
Ramai dikalangan kita tidak dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan kerana mereka meletakkan matlamat yang tinggi dan tidak mampu dicapai. Mereka juga meletakkan matlamat sekadar matlamat dan tidak bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya.
.
Pada saya mulakan dengan matlamat yang kecil dahulu. Jika matlamat yang kecilpun tidak mampu dicapai, inikan pulak matlamat yang besar, lagilah tak boleh di capai. Contoh yang mudah untuk dipraktikkan adalah jika dahulunya anda tidak mampu capai matlamat dalam usd, apa kata tahun nie anda ubah matlamat kepada target berapa pips yang boleh anda capai. Samada seminggu 100 pips atau sebulan 300 pips atau mana yang lebih mudah dicapai.
# Uruskan masa dengan sebaiknya
Uruskan masa dengan sebaiknya. Belajar anggap masa itu adalah emas kerana setiap detik itu berharga. Belajar buat kerja mengikut tempoh waktu yang telah ditetapkan. Tambah pula ramai dikalangan kita adalah part time trader. Sekiranya anda tidak menguruskan masa dengan sebaiknya percayalah kerja anda akan jadi kucar kacir, hal anak-anak terabai dan masa bersama keluarga semakin menjauh.
.
Perkara yang seharusnya anda lakukan adalah tetapkan jam berapa untuk anda buka chart dan berapa lama anda perlu untuk membuat analisa. Bagi saya sebaiknya anda fokuskan pada 4 petang ke atas..jika anda kerja office hour anda boleh trade sebelah malam dan sekiranya anda seorang yang tersangat sibuk dan hanya boleh buka chart sekali sekala sahaja saya sangat syorkan anda untuk trade H4 ke atas dan mahirkan penggunakan pending order. Anda boleh set dan forget.
.
# Kuasai ilmu dan tambah ilmu

🏡 Dapatkan Ebook Bernilai RM47 Secara PERCUMA
"17 Sebab Loan Rumah Kena Reject Walaupun Gaji Besar"
🏡 DAPATKAN EBOOK PERCUMA SEKARANG
📘 Dapatkan Ebook Bernilai RM47 Secara PERCUMA
"7 Kesilapan Yang Membuatkan 90% Trader Baru Kehilangan Wang"
🎁 DAPATKAN EBOOK PERCUMA SEKARANGJika dahulunya anda adalah seorang butterfly trader, tapi untuk tahun ini cuba fokus dengan 1 teknik sahaja. Mahirkan diri dan kuasai teknik tersebut bila dah mahir baru cari ilmu lain untuk tambahan atau yang lagi advance. Pada saya bertukar-tukar teknik itu normal kerana setiap trader akan melalui perkara yang sama iaitu mereka mencari teknik yang bersesuaian dengan diri.
.
# Cari mentor atau rakan yang boleh membimbing anda
Pada saya sebaiknya anda carilah mentor atau rakan yang boleh membimbing anda. Apa yang saya maksudkan adalah apabila terdapat perkara-perkara yang anda tidak faham dan perlukan penjelasan mereka ada untuk anda.
.
Proses pembelajaran anda akan lebih cepat dan tidak bersimpang siuh. Jika anda belajar bersendirian dengan hanya belajar dari google, proses pembelajaran anda akan lebih panjang dan sangat memakan masa. Tu belum termasuk berapa lama lagi untuk anda menguji sesuatu teknik itu berhasil atau pun tidak.
